omniture

Perikatan Industri eLTE Capai Lebih 100 Ahli

Percepat Transformasi Digital melalui Pasaran, Penyelesaian dan Ekosistem Baharu
Huawei
2017-09-11 08:48 401

SHANGHAI, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Sempena HUAWEI CONNECT 2017, Huawei berjaya mengadakan Sidang Kemuncak Perikatan Industri eLTE kali ke-5 yang bertemakan "eLTE Amalkan Transformasi Digital Perindustrian". Hampir 300 wakil daripada organisasi-organisasi standard, kerajaan, syarikat perusahaan dan penganalisis - termasuk lebih 100 ahli sokongan - menghadiri acara yang menumpu pada perkembangan eLTE terkini bagi memajukan transformasi digital industri. Dalam sidang kemuncak ini, Huawei melancarkan penyelesaian baharu untuk keselamatan awam dan industri-industri kuasa, sumber-sumber baharu dan juga platform pengesahan global. Penyedia rangkaian jalur lebar tanpa wayar persendirian Bei Xun, dan wakil pembuatan port, Zhenhua Heavy Industries berkongsi pengalaman mereka tentang kejayaan transformasi digital didayakan eLTE.

Pasaran baharu: perluas penggunaan rangkaian tanpa wayar industri

Perikatan Industri eLTE semakin menjadi platform penting bagi memacu aplikasi penyelesaian eLTE, inovasi penyelesaian dan evolusi standard. Hasilnya, ia berjaya menarik 16 ahli baharu, termasuk Wasion dan Sanchuan, manakala keahlian perikatan pula berkembang kepada lebih 100 ahli daripada seluruh rantaian nilai industri. Meskipun eLTE sebahagian besarnya digunakan dalam sektor keselamatan awam, organisasi-organisasi dan vendor-vendor dalam ekosistem kini mengguna pakai penyelesaian eLTE untuk pasaran-pasaran baharu termasuk bandar pintar, grid pintar dan kampus pintar.

Chen Jiachun, timbalan pengarah Jabatan Pembangunan Komunikasi di Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, menyatakan bahawa rangkaian persendirian tanpa wayar digunakan secara meluas dalam kerajaan, syarikat perusahaan dan lebih banyak industri, yang menggalakkan transformasi ekonomi dan mempercepatkan usaha pembangunan ekosistem eLTE.

Penyelesaian Baharu: perkembangan aplikasi rangkaian persendirian tanpa wayar eLTE

Firma maklumat dan analisis IHS meramalkan pertumbuhan pasaran rangkaian persendirian LTE akan melebihi nilai 2 bilion dolar AS menjelang tahun 2018, dipacu oleh penggunaan perkhidmatan data yang berkembang pesat serta peningkatan bilangan pengguna komunikasi kecemasan LTE.

Menerusi peningkatan ketara penggunaan rangkaian persendirian tanpa wayar eLTE yang dijangkakan dalam perkhidmatan awam, pengangkutan dan segmen-segmen industri, perikatan ini melancarkan penyelesaian eLTE baharu untuk hal ehwal kerajaan, bandar pintar dan aplikasi kampus pintar, manakala rakan-rakan kongsi turut berkongsi pelbagai aplikasi baharu berasaskan eLTE, terminal baharu dan juga amalan baharu.

Ekosistem baharu: ahli-ahli perikatan sokong kemas kini program   

Bagi menggalakkan pembangunan ekosistem eLTE yang mampan, perikatan memperkenalkan lebih banyak sumber platform termasuk pakej pembangunan tidak berlesen baharu yang menyokong pembangun terminal IoT dan program sokongan OpenLab global yang membolehkan ahli-ahli perikatan mengesahkan penyelesaian inovatif melalui 7 OpenLabs di seluruh dunia.

Rakan-rakan kongsi seperti Di'aisi, Hikvisions, dan Zhenhua Heavy Industries serta para pengguna berkongsi proses pembangunan produk baharu berasaskan eLTE dan kemajuan komersial mereka, menekankan nilai perikatan dalam inovasi penyelesaian bersama.

Peter Zhou, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Wireless Solution berkata, "Kami berbesar hati kerana penyelesaian rangkaian persendirian tanpa wayar eLTE diguna pakai secara meluas untuk memacu transformasi digital dalam pelbagai industri. Sebagai salah satu ahli pengasas dalam Perikatan Industri eLTE, Huawei terus bekerjasama dengan ahli-ahli untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian eLTE inovatif untuk industri-industri dan syarikat-syarikat perusahaan, dan membangunkan rantaian industri matang yang membantu mereka berkembang dalam persekitaran digital yang kompetitif masa kini."

Huawei eLTE jalankan inovasi berterusan dan sediakan perkhidmatan global

Setakat April 2017, Huawei telah menandatangani 390 kontrak rangkaian eLTE, menjadikannya sebagai penyedia eLTE terkemuka dunia dari segi bilangan perjanjian. Bagi meningkatkan keupayaan pembangunan penyelesaian melalui usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) yang berterusan, Huawei melancarkan tiga pusat inovasi bersama tumpuan tanpa wayar perusahaan di Belanda, Itali dan Jerman, Huawei komited untuk memperluas rantaian ekosistem eLTE melalui kolaborasi global demi mendorong idea inovatif, penggabungan sumber, dan merealisasikan kesalinghubungan untuk seluruh industri.

Perikatan industri memulakan langkah perjalanan baharu melalui pasaran-pasaran baharu ini, penyelesaian baharu dan juga ekosistem baharu, membolehkan eLTE mendorong peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini. Ahli-ahli sokongan baharu dialu-alukan untuk bersama-sama meninjau peluang pasaran blue ocean tanpa saingan ini dan mempromosikan eLTE dalam segmen keselamatan awam, kuasa, pengangkutan, bandar dan kampus pintar demi mempercepatkan transformasi digital perindustrian.

HUAWEI CONNECT 2017 diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, mulai 5 hingga 7 September. Untuk butiran lanjut, sila layari: www.huawei.com/huaweiconnect2017

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services