omniture

Ratu Gaya Alessandra Ambrosio and Vodka Mewah Cîroc Raikan Ketibaan Musim Fesyen

CIROC Ultra-Premium Vodka
2017-09-13 21:27 507

LONDON, September 13 2017/PRNewswire/ --

Model terkenal pamerkan gaya yang mempesonakan di barisan hadapan untuk meraikan dominasinya di pesta fesyen London

Sementara wanita -wanita terkenal di dunia sudah bersedia untuk berkumpul di London untuk permulaan salah satu perjalanan fesyen yang paling ikonik di dunia minggu ini, supermodel Alessandra Ambrosio mendedahkan beliau akan berada di belakang tabir, menyediakan pas akses ke semua tempat untuk saat-saat paling panas minggu ini dengan vodka mewah CÎROC.

generated by system

Sewaktu perhatian tertumpu pada siapa yang akan hadir, busana yang akan digayakan mereka dan, yang lebih penting, SIAPA yang akan berada di barisan hadapan di kalangan mereka yang terkenal dalam industri, supermodel Alessandra Ambrosio mempamerkan gaya hebat mempesonakan dengan berpakaian biru berkilauan, ilham daripada tona dan warna CÎROC, yang telah bekerjasama dengannya untuk pesta fesyen tahun ini. Penuh bergaya, bergemerlapan serta penuh glamor yang sudah pastinya menjadi salah satu gaya terhebat musim ini, dan supermodel ini memastikan detik kemunculannya menepati trend[1].

Sambutan musim fesyen Alessandra adalah salah satu detik yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar CÎROC 'On Arrival' (Detik Ketibaan)- satu perkongsian bersama supermodel ini menjelajah ke seluruh dunia untuk merayakan detik-detik hebat dalam fesyen, berada di destinasi fesyen yang benar-benar anggun  dan mewah selama setahun dengan detik ketibaan yang mengikut trend terkini.

Alessandra akan menghadiri acara terhebat dalam kalendar fesyen dan berdampingan dengan individu-individu ternama dalam industri. Bermual dengan temu bual eksklusif hinggalah kepada gosip di belakang tabir, beliau akan mempertontonkan kepada peminat CÎROC pengalamannya semasa di atas dan di luar pentas peragaan dalam gaya senarai A yang sebenar dan bahkan memberi kejutan dengan kemunculannya!

Untuk meraikan minggu pesta fesyen, CÎROC mengeluarkan 'Front Row' (Barisan Hadapan), bahagian kedua dalam siri tiga bahagian imej yang memaparkan Alessandra yang dirakamkan oleh Rakan Kreatif Global CÎROC Mario Testino. Ia memperlihatkan Alessandra  yang sungguh mempersonakan itu di barisan hadapan bersama para tetamu yang menawan, dalam sambutan meriah konfeti, menambahkan glamor detik itu. Imej memukau yang pertama daripada tiga siri ini, Hair & Makeup (Dandanan Rambut & Solekan), dipertontonkan awal tahun ini semasa pelancaran aktiviti terbaru daripada CÎROC 'On Arrival' (Detik Ketibaan) - sebuah jenama yang bersungguh-sungguh dalam meraikan trend fesyen terkini, golongan individu yang mempesonakan dan lokasi-lokasi yang penuh bergaya!

Alessandra Ambrosio berkata, "Sungguh seronok duduk di barisan hadapan pertunjukan fesyen yang paling hebat. Saya cukup bernasib baik dapat meraikan saat hebat dalam kalendar fesyen dan membawa peminat CÎROC melihat sekilas apa yang berlaku di atas dan di luar pentas peragaan secara eksklusif, membuatkan mereka berasa seperti tetamu senarai A  di pesta fesyen ini.

"Kekal bersama kami untuk beberapa detik eksklusif di waktu saya mengambil alih saluran sosial CÎROC untuk keseluruhan acara ini! Boleh jadi juga, salah satu detik kemunculan saya yang terbaik masih belum tercipta...!"

Mario Testino menambah, "Kempen 'On Arrival' adalah tentang keraian detik-detik terbaik dalam kehidupan anda, dan merakamkan kempen ini bersama Alessandra  merupakan pengalaman yang mengagumkan. Beliau mempunyai satu kualiti yang memikat setiap orang apabila beliau membuat penampilan di mana sahaja. Alessandra ialah seorang yang mempamerkan gaya dan keserian yang mewakili CÎROC. "

Alessandra akan menghadiri pesta fesyen di London pada hari Isnin 18 September 2017. Ikuti Facebook CÎROC (https://www.facebook.com/CirocVodkaOfficial/) dan Instagram (https://www.instagram.com/cirocvodka/?hl=en) saluran untuk wawancara eksklusif, video dan cerita di sebalik tabir salah satu detik terbesar industri fesyen melalui kaca mata model yang benar-benar mengenali industri ini!

Rujukan:

1. Vogue.co.uk 2017

Source: CIROC Ultra-Premium Vodka
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Fashion Food/Beverages Licensing/marketing agreements