omniture

Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Keras Terkemuka akan Bangunkan Piawaian Pemasaran Bertanggungjawab Baharu untuk Saluran Digital

IARD
2017-09-16 02:46 905

COPENHAGEN, Denmark, 16 September 2017 /PRNewswire/ --

Sebagai Ketua-ketua Pegawai Eksekutif pengeluar bir, wain dan minuman keras terkemuka, kami ialah pengelola pelbagai jenama paling popular di dunia dan kami merupakan majikan berwibawa yang memikul tanggungjawab ini dengan serius. Itulah sebabnya kami bertekad untuk terus bekerja secara kolektif untuk membuat perubahan yang sebenar serta menetapkan serta memenuhi piawaian tanggungjawab yang tinggi untuk industri kami.

generated by system

Hari ini kami mengumumkan komitmen kami untuk membangunkan, dengan kerjasama pihak lain, piawaian pemasaran bertanggungjawab baharu yang mantap untuk saluran digital yang mewakili amalan terbaik dalam bidang yang sentiasa pantas berubah ini.

Teknologi maklumat mengubah dunia kita dengan lebih pantas berbanding masa-masa lain dalam sejarah dan ledakan saluran digital telah mengubah cara orang ramai memahami dan berinteraksi dengan jenama kami. Kini ia menjadi arena di mana pengguna mahu melibatkan diri dengan kami. Walaupun kami telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mengukuhkan dan mengembangkan kod amalan pemasaran, media digital menyediakan peluang untuk berkembang dengan pemahaman pengguna yang lebih baik, data dan teknologi yang lebih baik. Kami bertekad untuk menggunakan peluang ini untuk menetapkan piawaian tanggungjawab yang mantap untuk pemasaran digital yang mengambil kira landskap yang berubah-ubah dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami tujukan iklan kami hanya kepada orang dewasa yang boleh membeli produk kami secara sah.

Kami bekerja dengan pemasar kami secara dalaman, agensi dan syarikat media sosial yang dipercayai boleh membuat piawaian yang ketat bagi industri kami dan juga berpotensi untuk digunakan industri lain.

Kami tahu kami boleh mencapai lebih banyak perkara menerusi kerjasama berbanding bekerja secara berasingan, dan kami mengalu-alukan peluang untuk memainkan peranan penuh dan proaktif dalam mengurangkan lagi penggunaan alkohol yang berbahaya untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ditandatangani:  

Carlos Brito

Ceet 't Hart

Alexandre Ricard

Ketua Eksekutif, AB InBev

Ketua Eksekutif, Carlsberg Group

Ketua Eksekutif, Pernod Ricard




Naoki Izumiya

Ivan Menezes


Ketua Eksekutif, Asahi Group

Ketua Eksekutif, Diageo





Mike Dolan

Jean-Francois Van Boxmeer


Ketua Eksekutif, Bacardi Limited

Ketua Eksekutif, Heineken





Matt Shattock

Yoshinori Isozaki


Ketua Eksekutif, Beam Suntory

Ketua Eksekutif, Kirin Holdings Company





Paul Varga

Mark Hunter


Ketua Eksekutif, Brown-Forman

Ketua Eksekutif, Molson Coors


Nota kepada editor:

  • Pada tahun 2012, kami melancarkan program komitmen lima tahun untuk menyokong Negara-negara Anggota dalam usaha mereka melaksanakan Strategi Global WHO untuk mengurangkan penggunaan alkohol yang berbahaya. 11 peserta Komitmen Pengeluar Bir, Wain dan Minuman Keras untuk Mengurangkan Amalan Minum yang Memudaratkan ialah Anheuser-Busch InBev; Asahi Group Holdings; Bacardi; Beam Suntory; Brown-Forman Corporation; Carlsberg; Diageo; Heineken; Kirin Holdings Company; Molson Coors; Pernod Ricard.
  • Komitmen Pengeluar
    - Mengurangkan amalan minum bawah umur
    - Mengukuhkan dan meluaskan kod amalan pemasaran
    - Menyediakan maklumat pengguna dan inovasi produk bertanggungjawab
    - Mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk
  • Melibatkan sokongan peruncit untuk mengurangkan amalan minum yang memudaratkan

 

Source: IARD
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Social Responsibility