omniture

Kempen Media Sosial Cox & Kings Raih Anugerah Emas PATA 2017

Cox & Kings Ltd.
2017-09-19 12:34 685

MUMBAI, 19 September 2017 /PRNewswire-FirstCall/ -- Cox & Kings Ltd., sebuah syarikat pelancongan yang paling lama bertapak di dunia dan juga merupakan salah satu kumpulan pelancongan percutian dan pendidikan yang terkemuka, meraih Anugerah Emas Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) bagi kempen 'Forever Young' dalam kategori Media Pemasaran - Media Sosial. Majlis penyampaian anugerah yang diadakan di The Parisian Macao mengiktiraf 31 penyertaan cemerlang yang dipilih oleh panel pakar antarabangsa.

generated by system

Peter Kerkar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cox & Kings (C&K) berkata, "Media Sosial mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pilihan pengguna. Apabila kempen yang efektif seperti kempen Forever Young diekspresikan dalam bentuk kesedaran dan tindakan yang diperlukan, ia memperlihatkan usaha kami dalam membangunkan inisiatif penglibatan pengguna yang inovatif dan berkesan. Kempen ini amat berjaya dalam mengubah persepsi serta meletakkan Thailand sebagai satu destinasi yang selamat untuk pelancong wanita solo."

Beliau menambah, "Kami amat gembira apabila mendapat tahu keberkesanan kempen ini diiktiraf pada platform berprestij dalam kalangan organisasi yang disegani."

Latar Belakang COX & KINGS Ltd: (BSE: 533144 | NSE: COX&KINGS)

Cox & Kings Ltd. ('C&K') ialah syarikat pelancongaan yang paling lama bertapak di dunia dan beroperasi di 22 negara merentasi empat benua. Ia merupakan salah sebuah syarikat pelancongan paling berpengalaman di dunia, dan telah beroperasi sejak tahun 1758. Ibu pejabat C & K terletak di India.

C&K beroperasi dalam tiga vertikal utama; Santai, Pendidikan dan Hotel Hibrid.

Santai-India amat terkenal dengan jenama Cox & Kings di mana-mana jua di India, yang mana kami merupakan sebuah syarikat pelancongaan bersepadu, menawarkan pilihan pelancongan terbaik dan terluas untuk individu, kumpulan dan perniagaan dalam ekonomi utama yang paling pesat berkembang di dunia. www.coxandkings.com

Santai-Antarabangsa beroperasi di pelbagai negara, khususnya di bawah jenama Cox & Kings, dengan fokus lebih utama terhadap pelancongan premium mewah. www.coxandkings.co.uk.

Pendidikan beroperasi di bawah jenama-jenama PGL dan NST, antara lain. PGL dan NST merupakan peneraju pasaran dalam pembelajaran berasaskan pengalaman di UK dan kami berhasrat untuk membawa jenama-jenama ini ke seluruh dunia; baru-baru ini, kami telah menembusi pasaran Australia. www.pgl.co.ukwww.nstgroup.co.uk.

Kini Meininger mengendalikan lebih 8,500 tempat tidur merentasi 17 hotel di 11 bandar Eropah. Konsep hibrid Meininger yang unik menggabungkan perkhidmatan dan keselesaan hotel dengan suasana sebuah asrama yang ringkas; lokasi-lokasi terkemuka, kemudahan berkualiti tinggi, struktur bilik yang anjal dan harga yang berpatutan. www.meininger-hotels.com.

Source: Cox & Kings Ltd.
Related Stocks:
Bombay:533144
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel