omniture

Steve Wozniak Pengasas Bersama Apple Inc Berucap tentang Perubahan Disruptif dalam Forum Ekonomi Islam Dunia ke-13

The World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation
2017-09-21 12:36 840

Sarawak, Malaysia jadi tuan rumah pemimpin dunia dan ketua industri untuk buka peluang kolaborasi dan pertumbuhan fasa seterusnya semasa tempoh perubahan disruptif  

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Steve Wozniak, pengasas bersama Apple Inc. akan berucap dalam sesi Face to Face* sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-13. Tahun ini, wacana Forum asas berhubung impak dan cabaran perubahan disruptif, Forum ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak, Malaysia mulai 21 November hingga 23 November 2017.

Wozniak akan turut serta bersama-sama para penyampai lain termasuk Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sarawak, Presiden Republik Tatarstan, Presiden Republik Seychelles, Presiden Kesatuan Komoro dan juga Presiden Bank Pembangunan Islam.

Dijadual untuk berucap dalam sesi pembuka tirai bermoderator menerusi tema Disrupsi, Langkah Mara Ke Hadapan (Disruption, A Way Forward), Wozniak bakal berkongsi pandangan beliau dalam memperjuangkan kreativiti, pengalaman dalam mendorong perubahan, menerajui inovasi serta memperkasa orang ramai.

"Akan sentiasa wujudnya perubahan disruptif yang berlaku hasil kemajuan pesat dalam teknologi. Kesan disrupsi ini telah tersebar dalam setiap aspek tamadun moden – lihatlah sejauh mana pengkomputeran peribadi mengubah segala-galanya dengan ketara, bermula daripada ekonomi kepada bagaimana masyarakat berfungsi dari peringkat bawah ke atas," kata Steve Wozniak.

"Kami berbesar hati dapat bersama-sama Steve Wozniak untuk edisi WIEF kali ke-13 ini. Sejak edisi sulung kami, Forum ini semakin berkembang dari segi saiz dan skop untuk menjadi sebuah platform yang menghimpunkan para pemimpin dunia dan ketua-ketua industri daripada pelbagai ekonomi berbeza. Kehadiran Steve menekankan rekod prestasi WIEF dalam memperjuangkan kolaborasi khususnya semasa tempoh perubahan disruptif," kata Tun Musa Hitam, pengerusi Yayasan WIEF.

Untuk bertemu dengan Steve Wozniak dan mengakses perbincangan yang lebih luas tentang Perubahan Disruptif: Impak dan Cabaran pada WIEF kali ke-13, sila daftarkan penyertaan anda di https://wief.org/forum/13/.

* Face to Face ialah satu sesi khas yang mengadakan perbincangan tahap tinggi dan pertukaran idea selain dialog mendalam bersama para peserta dari seluruh dunia tentang isu-isu terkini dan baru muncul berkaitan perubahan dinamik dalam perniagaan dunia masa kini.

 

 

Source: The World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Design Automation Internet Technology Publishing/Information Service Trade show news