BEIJING, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Kementerian Perlindungan Alam Sekitar Republik Rakyat China baru-baru ini mengatakan bahawa mereka akan berdepan dengan pencemaran udara teruk di Beijing-Tianjin-Hebei dan rantau pinggiran dalam tempoh musim sejuk hingga musim bunga akan datang ini, lapor Reuters pada 21 Ogos. Beberapa hari sebelum itu, Sarang Burung China memilih jenama tempatan Chenyang Waterborne Paint untuk melancarkan "berusan pertama dalam perlindungan alam sekitar" bagi ubah rupanya, dan menerajui trend fesyen hijau dalam industri salutan.
Pada 17 Ogos, Stadium Nasional (Sarang Burung) China bersama-sama menganjurkan majlis tandatangan "menggunakan cat barasaskan air dan mengingatkan semula langit biru dengan Sarang Burung" dengan Chenyang Waterborne Paint, pengeluar cat berasaskan air terbesar di China. Di majlis itu, mereka mengumumkan bahawa cat berasaskan air mesra alam tempatan China akan digunakan untuk pengubahsuaian dalaman dan luaran Sarang Burung sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2022.
Yang Yuanyi, Naib Presiden dan Setiausaha Agung Industri Kimia dan Persatuan Kejuruteraan China dan Pengerusi Perikatan Strategik Industri Salutan Berasaskan Air China, percaya bahawa teknologi cat berasaskan air domestik China semakin baik dan jenama tempatan yang lebih hebat dalam industri salutan semakin meningkat.
Dengan perkembangan globalisasi ekonomi pada tahun-tahun kebelakangan ini, sekumpulan jenama domestik China termasuk kereta api berkelajuan tinggi China, kenderaan udara tanpa pemandu, bas elektrik BYD, HUAWEI dan Chenyang Waterborne Paint semakin meningkat dengan pantas dan menjangkau seluruh dunia. Sarang Burung memberi keutamaan kepada "Chenyang Waterborne Paint" sebagai pembekalnya di kalangan pesaing domestik dan pesaing asing yang berkualiti tinggi, yang mencerminkan bahawa jenama tempatan China menjadi semakin penting.