omniture

Artprice: Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari: Pusing Ganti sehingga 1,400% dalam 17 Tahun Dengan Purata Pulangan Tahunan Melebihi 7.6%

Artprice.com
2017-09-28 02:24 790

PARIS, 28 September 2017 /PRNewswire/ --

Seni Kontemporari terajui Pasaran Seni menerusi Pameran Seni Frieze di London dan FIAC di Paris

Secara keseluruhan, Pasaran Seni Kontemporari mendapat keuntungan yang besar dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang. Meskipun terdapat beberapa pembetulan, indeks harga kami menunjukkan pasaran tersebut mengekalkan daya tahan awal 2000-an. Pertumbuhan pusing ganti sebanyak lebih 1,400% dalam tempoh 17 tahun (US$103 juta pada tahun 2000 kepada US$1.58 bilion pada tahun 2017) menunjukkan pasaran yang amat dinamik. Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari Artprice (2016/2017) disediakan secara percuma melalui pautan berikut:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2017

Versi Cina ZH:
https://zh.artprice.com/artprice-reports/zh-the-contemporary-art-market-report-2017

Krisis kewangan dan ekonomi yang kronik memberi kesan kepada ekonomi dunia sejak tahun 2007 – jelas ditunjukkan oleh rekursa meluas kepada kadar faedah negatif – menjadikan Pasaran Seni kelihatan seperti oasis padang pasir. Menurut thierry Ehrmann, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice, pasaran Seni mengalami pelarasan bagus yang perlu dan diramalkan berlaku, menjadikan segmen Seni Kontemporari sebagai tumpuan utama.

Tahun ini, Pasaran Seni Kontemporari mencipta rekod baharu yang mengagumkan dengan keputusan pertama kali seumpamanya melebihi $100 juta. Rekod terdahulu segmen ini, $58.4 juta untuk karya seni oleh Jeff Koons pada tahun 2013, dipecahkan oleh $110.5 juta yang dibayar untuk karya seni oleh Jean-Michel Basquiat.

"Seni Kontemporari muncul sebagai lokomotif utama pasaran seni, satu peranan dari segi sejarah yang dimainkan oleh seni Moden, dan angka-angkanya mengesahkan trend umum yang digariskan dan dianalisis dalam Laporan Pasaran Seni setengah tahun terkini Artprice yang diterbitkan pada Ogos 2017, secara dalam talian di http://www.artprice.com."

Dalam kebanyakan kes, pemerolehan karya seni Kontemporari dibuat tanpa keputusan akhir Sejarah berkenaan nilai seniman yang menghasilkannya. Walau bagaimanapun, 17 tahun lalu telah menunjukkan bahawa portfolio karya seni Kontemporari yang pelbagai jenis menjana purata hasil tahunan sebanyak lebih 7.6%, jauh lebih tinggi berbanding pasaran seni secara keseluruhan.

Angka-angka penting: 

1. 57,100 karya seni Kontemporari dijual pada lelongan tahun lalu (+3.8%), dengan setiap keputusan dimasukkan ke dalam pangkalan data Artprice.
2. $1.58 bilion pusing ganti lelongan berbanding $1.5 bilion bagi tempoh terdahulu.
3. Lebih 1,400% pertumbuhan pusing ganti sejak tahun 2000.
4. Pusing ganti AS sebanyak $690 juta mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju global, jauh meninggalkan pusing ganti China sebanyak $370 juta.
5. UK telah jatuh kepada kedudukan ketiga dengan pusing ganti sebanyak $348 juta.
6. Perancis, pada kedudukan keempat dengan pusing ganti sebanyak $38 juta, menjana pusing ganti lelongan global sebanyak 2.4%, menurun 9.5%.
7. Catan, yang menyumbang sebanyak 72% daripada keseluruhannya, kekal sebagai medium pilihan pengumpul, diikuti dengan arca (11%).
8. Industri muzium - dengan pembukaan lebih 700 muzium baharu setahun – menyumbang kepada sesuatu yang jarang berlaku dalam pasaran Seni dan memberikan realiti ekonomi yang mantap untuk karya seni, diterima oleh konsensus yang luas.
9. Hari ini, semua jenis muzium, pameran seni dan acara artistik semakin membuktikan bahawa seni Kontemporari melibatkan masyarakat awam dan tidak lagi dikhususkan untuk kelas istimewa.

Laporan baharu 
Disediakan dalam talian secara percuma, Laporan Artprice 2017 baharu memanfaatkan Sistem Sokongan Keputusan untuk menggabungkan lima analisis yang dapat menjelaskan tentang kemajuan, organisasi dan trend terkini dalam Pasaran Seni Kontemporari. Lima kajian meninjau topik-topik paling sensitif dalam pasaran dan menyediakan maklumat untuk pengguna seni, pengumpul, golongan profesional serta institusi yang aktif dalam Pasaran Seni Kontemporari.

1. Kembali kepada laluan pertumbuhan 
2. Trend semasa 
3. Minat terhadap Seni Jalanan 
4. Menuju persamaan jantina dalam Pasaran Seni 
5. Daya tarikan kewangan bagi Seni Kontemporari

500 Seniman Kontemporari Terkemuka 
Hak Cipta thierry Ehrmann 1987/2017
Latar Belakang Artprice:  
Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Artprice ialah bank data utama untuk pasaran seni global, dengan lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 657,000 seniman. Artprice Images® memberikan akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta gambar atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta nota dan ulasan daripada sejarawan seni kami.

Artprice kekal memperkayakan data banknya dengan maklumat daripada kira-kira 4,500 pengendali lelong di seluruh dunia dan menyiarkan aliran berterusan bagi penunjuk pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4.5 juta ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam (Standardised Marketplace) yang utama di dunia atas pembelian dan penjualan karya seni sama ada pada harga tetap mahupun dalam sistem pembidaan.

Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Artprice bagi tahun 2016:
http://imgpublic.artprice.com/pdf/rama2016_en.pdf

Arte & Artprice: http://www.arte.tv/guide/en/weekly-highlight

Terokai alam semesta alkimia Artprice http://web.artprice.com/video, yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos https://vimeo.com/124643720

Berita Artmarket:
http://twitter.com/artpricedotcom
https://www.facebook.com/artpricedotcom
https://plus.google.com/+Artpricedotcom/posts
http://artmarketinsight.wordpress.com/

Muzium Seni Kontemporari The Abode of Chaos dalam Facebook:
https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

The Abode of Chaos/Demeure du Chaos Muzium Seni Kontemporari oleh thierry Ehrmann, penulis, pengukir, seniman, foto:
https://www.flickr.com/photos/home_of_chaos/sets/72157676803169034

Hubungi: thierry Ehrmann, e-mel: ir@artprice.com

Source: Artprice.com
Related Stocks:
EuronextParis:PRC
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Web Site Survey, Polls & Research