omniture

Majlis Penyampaian Hadiah LUI Che Woo Prize - Hadiah untuk Tamadun Dunia 2017

LUI Che Woo Prize Limited
2017-10-05 00:27 1326

HONG KONG, 5 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- LUI Che Woo Prize -- Hadiah untuk Tamadun Dunia ("LUI Che Woo Prize" atau "Hadiah") mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kali kedua di Hong Kong pada 3 Oktober, bagi mengiktiraf sumbangan penting tiga penerima hadiah kepada tamadun dunia. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih seribu tetamu disegani dengan nilai perkongsian harmoni yang sama, yang digalakkan oleh Hadiah tersebut.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/lcw_201710.shtml 

 

 

LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation held its second Prize Presentation Ceremony on 3 October 2017. From left: Sir Philip Craven, President of International Paralympic Committee (IPC), representing IPC, Positive Energy Prize Laureate; Mr. Xie Zhenhua, Sustainability Prize Laureate; Dr. Lui Che Woo, Prize Founder; Mr. Chris Jochnick, President and CEO of Landesa, representing Landesa, Welfare Betterment Prize Laureate.
LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation held its second Prize Presentation Ceremony on 3 October 2017. From left: Sir Philip Craven, President of International Paralympic Committee (IPC), representing IPC, Positive Energy Prize Laureate; Mr. Xie Zhenhua, Sustainability Prize Laureate; Dr. Lui Che Woo, Prize Founder; Mr. Chris Jochnick, President and CEO of Landesa, representing Landesa, Welfare Betterment Prize Laureate.

 

Dr. Lui Che Woo, Founder, LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation.
Dr. Lui Che Woo, Founder, LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation.

 

Mr. Xie Zhenhua receiving the Sustainability Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.
Mr. Xie Zhenhua receiving the Sustainability Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.

 

Mr. Chris Jochnick, President and CEO of Landesa, on behalf of Landesa, receiving the Welfare Betterment Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.
Mr. Chris Jochnick, President and CEO of Landesa, on behalf of Landesa, receiving the Welfare Betterment Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.

 

Sir Philip Craven, President of International Paralympic Committee (IPC), representing IPC, receiving the Positive Energy Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.
Sir Philip Craven, President of International Paralympic Committee (IPC), representing IPC, receiving the Positive Energy Prize of LUI Che Woo Prize - Prize for World Civilisation 2017.

Xie Zhenhua dianugerahkan LUI Che Woo Prize 2017 bagi kategori Kemampanan, dengan Bidang Tumpuan Khusus terhadap "Pencegahan Perubahan Iklim", atas peranan penting beliau dalam memperjuangkan rundingan antarabangsa, memuncak menerusi kejayaan pencapaian persetujuan dalam Perjanjian Paris pada tahun 2015, dan usaha-usaha beliau dalam menyelaras dan menggalakkan pencegahan perubahan iklim dalam negara China. Dasar-dasar yang dirancang, diperjuangkan dan dilaksanakan oleh En. Xie menjadi model untuk negara-negara ekonomi sedang membangun lain.

En. Xie berkata, "Saya berasa amat berbesar hati untuk menerima Hadiah Kemampanan bagi LUI Che Woo Prize tahun ini. Pelaksanaan Perjanjian Paris dan galakan pembangunan mesra alam dan rendah karbon di seluruh dunia masih menjadi satu tugas yang amat besar. Masih terdapat banyak masalah dan kesukaran yang perlu diselesaikan dan banyak lagi kerja untuk kita usahakan pada masa depan. Saya akan menggunakan kesemua hadiah wang ini bagi menyokong usaha pencegahan perubahan iklim, menggalakkan pembinaan tamadun ekologi dan meneruskan kerja-kerja pembangunan mampan serta kesejahteraan generasi-generasi masa depan."  

Landesa dianugerahi LUI Che Woo Prize 2017 bagi kategori Peningkatan Kebajikan, dengan Bidang Tumpuan Khusus terhadap "Pembasmian Kemiskinan", atas galakan yang diberikan terhadap idea "hak milikan tanah untuk petani" dan kejayaannya dalam mendapatkan hak tanah untuk lebih 120 juta keluarga paling miskin di dunia di lebih 50 negara sepanjang tempoh 50 tahun yang lalu.

En. Chris Jochnick, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Landesa berkata, "Bagi pihak Landesa, saya berbesar hati untuk menerima Hadiah Peningkatan Kebajikan menerusi LUI Che Woo Prize. Meskipun Landesa menerima Hadiah khusus untuk usahanya dalam membasmi kemiskinan menerusi kategori 'peningkatan kebajikan manusia sejagat', kami berpendapat usaha terhadap hak tanah – tumpuan kami – hakikatnya mencakupi ketiga-tiga objektif murni Hadiah ini. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan hak tanah di seluruh dunia. Saya ingin menjemput anda untuk menyertai satu gerakan berhubung hak tanah yang semakin berkembang demi mengubah dunia."

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dianugerahi LUI Che Woo Prize 2017 bagi kategori Tenaga Positif dengan Bidang Tumpuan Khusus terhadap "Pemupukan Keharmonian dalam Kumpulan yang Pelbagai", atas hasil kerja cemerlangnya dalam menggalakkan atlet-atlet Paralimpik dari seluruh dunia menerusi perayaan dan penyertaan kompetitif dalam bidang sukan, mengubah sikap berpandangan serong yang telah lama tertanam dalam kalangan masyarakat terhadap mereka yang mempunyai kecacatan dan memberi harapan kepada mereka. Sir Philip Craven, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa berkata, "Saya cuma ingin menyatakan betapa bangganya saya atas pencapaian yang ditunjukkan oleh IPC dan Gerakan Paralimpik setakat ini. IPC tidak lagi dilihat sebagai sebuah pertubuhan kehilangan upaya, tetapi sebagai sebuah organisasi sukan antarabangsa yang amat disegani dan berwibawa yang telah memperkayakan kehidupan berjuta-juta individu di seluruh dunia. Dengan adanya hadiah ini, kami dapat melakukan lebih lagi bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dengan tenaga positif, kesemuanya pasti tercapai dalam kehidupan."

Setiap penerima akan menerima hadiah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi.

"Ketiga-tiga pemenang LUI Che Woo Prize tahun ini, yang berasal dari negara-negara berbeza, kesemuanya merupakan contoh ikutan dalam bidang masing-masing," kata Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi LUI Che Woo Prize. "Mereka berusaha dengan amat bersungguh-sungguh bagi mewujudkan masa depan yang lebih baik. Ketiga-tiga pemenang bukan sekadar menyumbang kepada kemajuan tamadun dunia, tetapi juga menunjukkan sepenuhnya semangat 'kesyukuran', 'kesatuan' dan ''keharmonian". Saya berharap anda akan terus menyokong LUI Che Woo Prize dan berkongsi visi kami untuk mewujudkan dunia yang damai dan penyayang, agar benih ini dapat tumbuh dengan lestari dan menyebarkan lebih banyak tenaga positif dalam masyarakat."

Turut merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah pada malam ini ialah Yang Berhormat Tung Chee-hwa, Ahli Majlis Hadiah dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina kali ke-12; Yang Berhormat Puan Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong; Dr. Tan Tieniu, Timbalan Menteri Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong, dan En. Hu Jianzhong, Timbalan Pesuruhjaya, Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negara di Rantau Pentadbiran Khas Hong Kong.

Tetamu kehormat Encik Yang Chonghui, Ahli Jawatankuasa Tetap, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan dengan Hong Kong, Macau, Taiwan dan Cina Luar Negara, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC; serta Encik Chen Zuoer, Pengerusi Pengasas Persatuan Cina Hong Kong dan Penyelidikan Macau, dan Bekas Timbalan Pengarah Majlis Negeri Hong Kong dan Pejabat Hal Ehwal Macau, terbang khas dari Beijing ke Hong Kong untuk menghadiri dan memberi ucap tahniah. Lebih 1,000 pegawai kerajaan, ahli akademik, pemimpin agama, konsul, golongan elit daripada sektor perniagaan serta rakan media tempatan dan antarabangsa menghadiri Majlis ini bagi menyaksikan dan mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga penerima hadiah atas sumbangan yang telah dibuat.

Selain itu, lebih 80 anak muda daripada Music for Our Young Foundation (MOY), berserta Civil Aid Service (CAS) Band, menyajikan satu persembahan muzik yang mengagumkan dan tidak dapat dilupakan kepada semua tetamu. MOY ialah sebuah pertubuhan kebajikan dengan memberi tumpuan terhadap latihan muzik untuk anak-anak muda. MOY menyasarkan untuk mengajar anak-anak muda untuk bekerja keras dan berdedikasi untuk mencapat suatu matlamat, yang melantunkan semangat tenaga positif seperti mana yang disebar luaskan oleh LUI Che Woo Prize.

LUI Che Woo Prize ialah hadiah bertaraf antarabangsa, bersifat rentas sektor dan inovatif. Bagi menangani keperluan dan cabaran global yang terus berubah, setiap tahun Hadiah ini akan menyediakan Bidang Tumpuan Khusus di bawah setiap Kategori Hadiah.

Bidang Tumpuan Khusus 2018 bagi setiap Kategori Hadiah adalah seperti berikut:

Kategori Hadiah

Bidah Tumpuan Khusus 2018

Hadiah Kemampanan

Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui

Hadiah Peningkatan Kebajikan

Pengurangan Impak Bencana Alam

Hadiah Tenaga Positif

Penghapusan Buta Huruf

Untuk maklumat lanjut tentang LUI Che Woo Prize, sila layari laman sesawang Hadiah di www.luiprize.org.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Creative Consulting Group:

Belinda Chan

Tel: +852 3159 2988 / +852 9379 3045

E-mel: belinda.chan@creativegp.com 

Theodora Lam

Tel: +852 3159 2933 / +852 9836 4731

E-mel: theodora.lam@creativegp.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201710/lcw/video.mp4 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1951489-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1951489-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1951489-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1951489-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1951489-1-e 

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Related Links:
Keywords: Education Environmental Products & Services Real Estate Sports Awards Corporate Social Responsibility Environmental Issues Socially Responsible Investing