omniture

Australia dalam Berita dengan Kempen Belia Terkini

Tourism Australia
2017-10-06 02:00 1252

SYDNEY, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Menyampaikan buletin pertama dari puncak Jambatan Pelabuhan Sydney, Tourism  Australia telah melancarkan saluran berita khusus yang menyajikan berita baik dari seluruh Australia dengan penuh gurauan sebagai sebahagian kempen belia baharu bernilai $5 juta.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/tourismaustralia_201710.shtml

‘Wallabies’ rugby union star Nick Cummins (aka ‘The Honey Badger’) reporting on the latest Australian travel news for Aussie News Today.
‘Wallabies’ rugby union star Nick Cummins (aka ‘The Honey Badger’) reporting on the latest Australian travel news for Aussie News Today.

 

TV presenter Teigan Nash reporting for Aussie News Today from The Whitsunday’s in Queensland.
TV presenter Teigan Nash reporting for Aussie News Today from The Whitsunday’s in Queensland.

 

Former Home and Away actor Lincoln Lewis reporting from Broome in WA for Aussie News Today.
Former Home and Away actor Lincoln Lewis reporting from Broome in WA for Aussie News Today.

 

‘Wallabies’ rugby union star Nick Cummins (aka ‘The Honey Badger’) reporting from the Aussie News Today chopper to deliver the latest travel news from outback NT.
‘Wallabies’ rugby union star Nick Cummins (aka ‘The Honey Badger’) reporting from the Aussie News Today chopper to deliver the latest travel news from outback NT.

Dikuasai oleh belia untuk belia, Aussie News Today akan berkongsi cerita dari seluruh Australia, menyiarkannya secara langsung ke  berjuta-juta orang muda dan pelancong yang berpotensi di seluruh dunia.

Pengarah Urusan Tourism Australia, John O'Sullivan berkata, kempen baharu ini akan menonjolkan banyak destinasi dan pengalaman unik yang tersedia untuk pelancong muda dan golongan percutian sambil bekerja (working holiday maker) di Australia.

"Kami merancang untuk memberi senyuman pada wajah orang muda dengan Aussie News Today, dengan menyajikan berita-berita gembira, kadang-kadang  bersantai dan kehidupan harian yang menampilkan semangat di Down Under.

"Bermula dengan menyelam di kandang buaya dan swafoto dengan quokkas, perlumbaan unta dan pertandingan membaling tuna, Big Bananas dan Giant Pineapple - Australia ialah benua yang luar biasa dengan banyak cerita hebat untuk dikongsi dan dikunjungi," katanya.

Aussie News Today akan menjadi kempen yang dilaksanakan  secara sosial, dilancarkan oleh tiga bintang muda dan karismatik - bintang 'rugby union'  Nick Cummins (aka The Honey Badger), penyiar TV Teigan Nash dan bekas pelakon Home and Away, Lincoln Lewis. Ketiga-tiga mereka akan mengembara dan membuat laporan dari lokasi-lokasi di seluruh negara.

Kandungan unik Australia akan dikumpulkan dari seluruh negara dan dikongsi secara global menggunakan saluran media digital dan sosial Tourism Australia, termasuk profil Facebook dan Instagram Aussie News Today yang khusus, dan hab berita di Australia.com.

Kandungan  tambahan akan juga boleh didapati  daripada perkongsian kandungan yang pertama di dunia dengan BuzzFeed, yang akan menyaksikan lapan peminat muda dari Eropah yang dihantar dalam perjalanan selama tiga bulan ke seluruh Australia untuk melaporkan pengalaman mereka mengenai budaya, perayaan, acara, makanan dan wain.

Pengembara belia mewakili 25 peratus daripada kesemua  pelawat antarabangsa ke Australia (2.1 juta) dan 46 peratus perbelanjaan pelawat (A$ 18.7bilion).

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan Australia, Yang Berhormat Ahli Parlimen Steven Ciobo mengatakan bahawa pelancong muda di bawah 30 merupakan segmen  penting pelawat Australia.

"Ramai orang meremehkan kepentingan pasaran belia untuk pelancongan Australia. Pelancong muda dan golongan percutian sambil bekerja tinggal lebih lama, merantau lebih meluas di seluruh negara dan akhirnya berbelanja lebih banyak berbanding segmen  yang lain.

"Kempen ini ialah cara terbaik untuk berkongsi sedikit tanahair kita Australia dengan pelancong muda di seluruh dunia yang mencari pengalaman perjalanan yang menyeronokkan, penuh pengembaraan dan mengubah kehidupan," kata Menteri Ciobo.

Rakyat Australia, sektor  pelancongan Australia dan pelawat yang bercuti digalakkan untuk mengemukakan idea berita melalui #AussieNewsToday, dan lawati Australia.com untuk jadual perjalanan terbaik dan kemas kini Aussie News Today.

Kempen itu pada mulanya akan memberi tumpuan kepada empat pasaran belia terbesar Australia - UK, Perancis, Jerman dan Itali - sebelum diperluaskan ke pasaran lain tahun depan.

Latar Belakang Tourism Australia:

Tourism Australia adalah agensi Kerajaan Australia yang bertanggungjawab untuk mempromosikan Australia kepada dunia sebagai destinasi untuk percutian dan lawatan  perniagaan. Organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan permintaan pengalaman pelancongan destinasi dengan mempromosikan ciri-ciri unik, yang akan menarik orang ramai untuk melawat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1953907-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171003/1953907-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1953907-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171003/1953907-1-d

Source: Tourism Australia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel New products/services