omniture

Jumlah transaksi melalui rangkaian UnionPay cecah paras tertinggi dengan lebih satu trilion yuan semasa Cuti Hari Kebangsaan Cina

UnionPay International
2017-10-11 12:29 1015

SHANGHAI, 11 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Tahun ini, Cuti Hari Kebangsaan Cina bertembung dengan Festival Pertengahan Musim Luruh, membawa kepada 8 hari Minggu Emas. Mulai 1 hingga 8 Oktober, jumlah transaksi keseluruhan melalui rangkaian UnionPay mencatat rekod baharu: 1.37 trilion yuan, manakala jumlah transaksi mencecah 728 juta, menunjukkan pertumbuhan masing-masing 36.2% dan 11.7% berbanding tahun sebelumnya.

Perbelanjaan harian menerusi peniaga runcit dan katering China meningkat sebanyak 10.7% berbanding tahun sebelumnya sepanjang Minggu Emas ini, menurut Kementerian Perdagangan China, manakala jumlah penggunaan harian melalui rangkaian UnionPay pula meningkat sebanyak 15%.

Khususnya, cuti yang lebih panjang ini meningkatkan semangat penduduk Cina untuk mengembara. Jumlah transaksi harian UnionPay dalam segmen pengangkutan (penerbangan, kereta api dan lebuh raya) meningkat sebanyak 52% berbanding tahun sebelumnya. Menerusi pembinaan "Pengangkutan Pintar" oleh UnionPay di negara ini, para pemegang kad berpeluang membayar menggunakan telefon bimbit bagi menaiki bas/kereta api bawah tanah atau memasuki lapangan terbang.

Jumlah transaksi bagi penginapan, katering dan membeli belah menyaksikan pertumbuhan paling pantas, manakala jumlah transaksi harian di hotel dan hostel meningkat sebanyak 37%, dan menerusi peniaga katering pula, 22%

Perkhidmatan pembayaran inovatif UnionPay yang begitu pantas dikenali dan diterima ramai ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara. Jumlah transaksi harian dan jumlah QuickPass mudah alih UnionPay, masing-masing meningkat sebanyak 19% dan 214%. Sejak dilancarkan awal tahun ini, Pembayaran Kod QR UnionPay menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi bilangan dan jumlah transaksi, yang kedua-duanya meningkat sebanyak lebih 50 kali sepanjang Minggu Emas ini berbanding transaksi semasa Cuti Hari Buruh.

UnionPay juga merupakan kaedah pembayaran yang gemar digunakan oleh pelancong luar Cina di luar negara. Transaksi UnionPay yang dibuat di luar Tanah Besar Cina memaparkan beberapa ciri baharu. Pertama penduduk Cina mengembara ke lebih banyak destinasi dan kebanyakannya memilih pelancongan yang bebas-dan-bersendiri. Destinasi-destinasi seperti UAE, Sri Lanka, Morocco dan Israel menjadi kegemaran baharu. Kedua, produk pembayaran UnionPay yang inovatif yang dibawakan oleh QuickPass mudah alih popular dalam kalangan pelancong. Sebagai contoh, nombor transaksi melalui Mobile QuickPass di Singapura dan Australia meningkat kira-kira 5 kali ganda. Ketiga, pelancong bebas-dan-bersendiri ingin mencari pengalaman yang lebih pelbagai dan disetempatkan. Hasilnya, terdapat peningkatan jumlah peniaga yang menerima UnionPay bagi menarik pelancong Cina. Jumlah transaksi UnionPay di restoran, pasar raya dan tempat-tempat dengan pandangan indah turut meningkat dengan ketara.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce