omniture

Pertarungan semakin sengit bagi Anugerah Artis Paling Popular; undian AAA 2017 masih dibuka

AAA Committee
2017-10-25 05:34 1027

SEOUL, Korea Selatan, 25 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Memandangkan Anugerah Artis Asia (AAA) bakal berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi, persaingan bagi 'Anugerah Artis Paling Popular' semakin sengit dalam kalangan peminat.

Status pengundian ANUGERAH ARTIS ASIA 2017
Status pengundian ANUGERAH ARTIS ASIA 2017

Menurut pihak jawatankuasa 'AAA 2017', pusingan pertama undian bagi 'Anugerah Artis Paling Popular' sedang berjalan menerusi penyertaan yang proaktif daripada berjuta-juta peminat luar negara.

AAA ialah majlis penyampaian anugerah pertama di Korea Selatan yang memberikan anugerah kepada penyanyi dan juga pelakon. Selain 'Anugerah Artis Terbaik', mereka turut mewujudkan kategori 'Anugerah Artis Paling Popular' yang mana pemenangnya dipilih oleh peminat. Ia memberi peluang kepada para peminat untuk memilih bintang yang paling mengagumkan.

Seramai 50 artis terbaik dipilih menerusi proses praundian dan peringkat pertama undian bagi 10 teratas masih berlangsung sehingga 26 Oktober, 24:00 (KST). Peringkat kedua pula akan berlangsung mulai 27 Oktober, 12:00 (KST) hingga 13 November, 24:00 (KST) bagi memilih pemenang peringkat akhir.

Bagi proses praundian, EXO meraih kedudukan pertama dengan meraih 35.8% undi. Namun begitu, keputusan akhir tidak dapat diduga memandangkan BTS menyumbang sebanyak 35.7%, kurang hanya 0.1% berbanding undian EXO. Turut tersenarai dalam kedudukan 10 Teratas ialah GOT7, NU'EST W, SEVENTEEN, Wanna One, Twice, BLACKPINK, Red Velvet, Monsta X.

Proses pengundian tersedia melalui aplikasi AAA dan Samsung Pay. Keputusan akhir bakal diumumkan melalui laman sesawang AAA (http://www.asiaartistawards.com/vote/result_second).

Sementara itu, 'AAA 2017' akan diadakan di Stadium Tertutup Jamsil pada 15 November, anjuran Star News dan dikendalikan oleh jawatankuasa AAA.

Anugerah Artis Asia

Anugerah Artis Asia 2017 ialah anugerah pertama seumpamanya yang memilih artis-artis daripada K-Pop, K-Dramas dan K-Movies bagi tahun 2017, berdasarkan prestasi cemerlang mereka di Korea Selatan serta Asia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171024/1973513-1

 

  

Source: AAA Committee
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Music Television Awards