omniture

Ulang Tahun ke-4 Forum Pembangunan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan Persidangan Promosi Jenama CMEC ke-5 berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia

CMEC International Exhibition Co., Ltd.
2017-11-03 05:35 991

Acara termasuk perbincangan mengenai masa hadapan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, membantu mewujudkan komuniti masa depan bersama untuk seluruh manusia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 November 2017 /PRNewswire/ -- Ulang Tahun ke-4 Forum Pembangunan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan Persidangan Promosi Jenama CMEC ke-5, dihoskan bersama oleh Perbadanan Kejuruteraan Jentera China (CMED) dan Universiti Peking, berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Oktober 2017. 

CMEC president Zhang Chun delivers a speech at the event
CMEC president Zhang Chun delivers a speech at the event

Beberapa tetamu utama yang menyampaikan ucapan di acara itu, termasuk Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Malaysia) YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, naib presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Kerk Loong Sing dan Menteri Perancangan Bandar dan Bekalan Air (Sri Lanka) Rauff Hakeem, serta mantan Duta Besar Malaysia ke China. Seorang pegawai tinggi eksekutif daripada Electricite du Laos (ELD) menyampaikan ucapan mengenai pengalaman pengguna bagi pihak pengguna CMEC dalam pasaran di luar pasaran domestiknya di China. Sebagai bukti sokongan padu daripada kerajaan China, Kaunselor Ekonomi dan Komersial Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia Shi Ziming turut hadir. Acara ini juga mengumpulkan lebih 300 wakil dari 17 negara dan wilayah serata dunia, termasuk Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Myanmar, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Para hadirin termasuk Timbalan Menteri Perumahan dan Infrastruktur (Maldives) Maumoon Abdulsamad, antara pegawai kerajaan yang lain, wakil-wakil daripada persatuan industri, penyelidik terkenal daripada kumpulan pemikir atasan dan wakil daripada komuniti industri dan komersial dari negara-negara yang disasarkan oleh inisiatif. Presiden CMEC Zhang Chun menyampaikan syarahan ucaptama bertema "CMEC-Rakan Kongsi Kejayaan Anda" dan mengambil bahagian dalam beberapa mesyuarat perniagaan dan persidangan ketika acara ini.

Several important guests, including Malaysia-China Friendship Association president Dato Abdul Majid Khan (fourth from left, back row) and CMEC president Zhang Chun (fifth from left, back row), witness the signing of a cooperation agreement between Chinese and Malaysian companies during the event
Several important guests, including Malaysia-China Friendship Association president Dato Abdul Majid Khan (fourth from left, back row) and CMEC president Zhang Chun (fifth from left, back row), witness the signing of a cooperation agreement between Chinese and Malaysian companies during the event

Acara ini menerima perhatian meluas daripada komuniti media. Radio Antarabangsa China (CRI) telah mengadakan temubual eksklusif dengan Presiden CMEC Zhang Chun. Di samping itu, beberapa saluran media tempatan dan antarabangsa, termasuk agensi berita China yang terkemuka, mengeluarkan laporan rencana mengenai peristiwa tersebut.  Antaranya, Agensi Berita Xinhua, Perkhidmatan Berita China, Radio Televisyen Malaysia (RTM), NanYang Siang Pau, Sin Chew Daily dan Oriental Daily News.

Untuk meningkatkan lagi pengaruh jenama CMEC, Persidangan Promosi Jenama CMEC telah dianjurkan menggunakan apa yang disifatkan oleh penganjur acara sebagai pendekatan "satu tambah tiga": sebuah persidangan diadakan pada sebelah pagi dan tiga sub-forum pada sebelah petang berkaitan reka bentuk kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan, pembiayaan dan aspek akademik kejuruteraan jentera. CMEC, dengan kerjasama rakan-rakan kongsi strategik, termasuk General Electric (GE), menunjukkan kompetensi cemerlang syarikat dalam integrasi kejuruteraan kepada para pelanggannya semasa acara bertemakan "EPC dengan teknologi baharu." Eksekutif peringkat tinggi daripada kira-kira 20 institusi kewangan antarabangsa China, termasuk Bank Pembangunan China, Bank Pembinaan China, Bank China, dan Bank Standard Chartered, merangka kerjasama mereka dengan CMEC, menjadi bukti kepada kebolehpercayaan CMEC sebagai rakan kongsi pelaburan dan pembiayaan. Selain itu, Universiti Peking secara rasmi mengeluarkan Laporan mengenai Saling Hubungan antara Negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan menjemput orang yang ahli serta pakar akademik dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai potensi kerjasama antara China dan Malaysia serta masa hadapan Inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. 

Forum dan Persidangan Promosi Jenama telah dianjurkan di negara-negara Asia Tenggara selama tiga tahun berturut-turut berikutan perhimpunan sulung di Indonesia pada tahun 2015 dan acara ulang tahun pertama di Thailand pada tahun 2016. Penganjuran acara sebegini telah diselenggarakan oleh anak syarikat kawalan CMEC iaitu Pameran Antarabangsa CMEC. Acara pada tahun ini termasuk pertunjukan cara penggunaan teknologi fotoelektrik dan interaksi multimedia terbukti sebagai pembentangan dan demonstrasi yang jelas imej dan keutuhan jenama CMEC.

"CMEC menilai tinggi pasarannya di Asia Tenggara, terutama Asia Selatan, dan telah mengenal pasti wilayah ini sebagai satu daripada pasaran strategik utama syarikat di luar daripada pasaran tempatan," kata presiden Zhang dalam syarahan ucaptamanya. "Menuju ke hadapan, CMEC merancang untuk terus menerima inovasi sewaktu firma terus menyempurnakan model perniagaan sebagai sebahagian misinya untuk mencapai visi menjadi kontraktor kejuruteraan dan penyedia perkhidmatan antarabangsa yang global dan terkemuka serta terus memberi sumbangan bermakna untuk memenuhi Inisiatif 'Satu Jalur, Satu Jalan' dan pewujudan komuniti masa depan bersama untuk seluruh manusia."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171028/1977897-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171028/1977897-1-b

Source: CMEC International Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Trade show news