omniture

Habanos, S.A Perkenal Edisi Terhad Cohiba Talisman 2017 di London

HABANOS SA
2017-11-04 03:01 787

HAVANA, 4 November 2017 /PRNewswire/ --

  • Edisi Terhad baharu ini akan tersedia di United Kingdom sebaik saja selepas pelancaran dan pada hari-hari berikutnya di pasaran-pasaran utama Habanos di seluruh dunia. 

Habanos, S.A akan mengadakan persembahan eksklusif Edisi Terhad Cohiba Talisman 2017 di Hotel Corinthia di London, sebuah vitola yang julung kali dalam portfolio Habanos. Semua Habanos Edición Limitada - Edisi Terhad- telah diperbuat "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Sepenuhnya menggunakan Tangan dan Pengisi Panjang - dan daun-daunnya dipilih secara khusus dari rantau Vuelta Abajo * di Pinar del Río *, Cuba *, tanah yang terbaik di dunia untuk menanam tembakau. Produk ini dihasilkan dan dibangunkan menggunakan proses pembuatan yang teliti di kilang legenda El Laguito, di Havana.

Untuk melihat siaran Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8216551-habanos-introduces-cohiba-talisman/

Nama Cohiba berasal daripada penduduk asli pertama di pulau Cuba, Orang asli Taíno, yang menggunakan perkataan purba ini untuk menerangkan tentang daun tembakau yang digulung. Nama Talismán, penuh misteri, membangkitkan kenangan dan mudah dikenali dalam banyak bahasa sebagai contoh terunggul yang sangat luar biasa  dan hebat yang membawa tuah kepada manusia dan melindungi mereka, digandingkan dengan sempurna dengan asal-usul magis dan ritualistik tembakau, yang kebetulannya digelar sebagai Cohiba.

Cohiba Talismán (54 tolok gelang x 154 mm panjang) ialah Habano tolok gelang yang berat, sejajar dengan pelancaran terbaharu jenama ini dan mempunyai kekuatan rasa sederhana dan penuh, ciri campuran Línea Clásica dan menonjol kerana keanggunan dan karisma kemasan "tocang"nya. Daun-daunan Edisi Terhad ini telah diperam lebih daripada dua tahun, memberikannya ciri yang kompleks dan sangat aromatik.

Cohiba ialah jenama tembakau yang paling berprestij. Pada mulanya dihasilkan dalam kuantiti yang sangat terhad, kini produknya boleh didapati di semua kedai Habanos di seluruh dunia. Untuk memperingati ulang tahun ke-50, Habanos, S.A. memperkenalkan edisi khasnya Cohiba 50 Aniversario (60 tolok gelang x 178 mm panjang), salah satu keluaran paling eksklusif dan mewah dalam sejarah Habanos, Cohiba Majestuosos 1966 (58 tolok gelang x 150 mm panjang), dengan tambahan vitola yang inovatif kepada portfolio Habanos dan Cohiba Medio Siglo (52 tolok gelang x 102 mm panjang), dengan vitola baharu yang sejajar dengan trend semasa dan  menyertai portfolio biasa sebagai sebahagian daripada Línea 1492.

Untuk pelancaran global Cohiba Talismán 2017 Limited Edition Hunters & Frankau Ltd telah memilih Garden Lounge di Corinthia Hotel, yang terkenal dengan ikon Cigar Terrace yang mengkhususkan dalam Habanos. Acara ini akan diadakan pada 7 November.

*(P.A.O) Apelasi Asal yang Dilindungi.

Hunters & Frankau Ltd. merupakan pengedar eksklusif Habanos, S.A. di United Kingdom, Republik Ireland, Gibraltar dan Kepulauan Channel. Ditubuhkan pada tahun 1790 ia merupakan syarikat perdagangan cerut Premium yang paling penting di United Kingdom dan menawarkan rangkaian pengedaran luas yang merangkumi peruncit khusus, peniaga wain, hotel dan restoran. Ia telah diberikan hak pengedaran eksklusif untuk jenama tembakau Habanos dalam sektor ini sejak tahun 1992.

Untuk maklumat lanjut dan gambar: https://eshare.yr.com/fl/tYNEdJiJ6c

Untuk maklumat lanjut tentang Habanos, S.A .: 

http://www.habanos.com

https://www.instagram.com/habanos_oficial/

https://twitter.com/Habanos_Oficial

https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA

Young & Rubicam: press.habanos@yr.com , Tel: +34-609-46-44-05, Carla Lladó , Tel: +34-669-54-69-09

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/596129/HABANOS_SA_Cohiba_Talisman.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco Trade show news