omniture

"Corporate China 2.0: The Great Shakeup" oleh Liu Qiao, dekan Sekolah Pengurusan Guanghua, Universiti Peking

Guanghua School of Management of Peking University
2017-11-08 00:29 539

"Corporate China 2.0" merupakan sebuah buku yang jujur menganalisa kejayaan ekonomi China dan menerangkan kenapa firma-firma besar penting bagi masa hadapannya.  

Franklin Allen, seorang professor di Wharton, berkata "Buku yang hebat ini menggunakan pendekatan kewangan korporat untuk menyelesaikan masalah pertumbuhan ekonomi China. Saya sangat mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang berminat dengan sistem ekonomi dan kewangan China."

BEIJING, 8 November 2017 /PRNewswire/ -- "Corporate China 2.0" merupakan sebuah buku yang jujur menganalisa kejayaan ekonomi China dan menerangkan kenapa firma-firma besar penting bagi masa hadapannya. Lahir daripada penyelidikan Dr. LIU mengenai kewangan korporat dan ekonomi China, beliau menegaskan bahawa saiz kekayaan firma China semata-mata tidak mampu memberi jaminan pada masa hadapan. Sebaliknya, kemunculan firma-firma besar - yang memiliki modal pelaburan yang mampan dengan pulangan yang tinggi (ROIC) - akan meletakkan asas bagi kejayaan transformasi ekonomi China. Dr. LIU menegaskan bahawa firma-firma "besar" memberi makna yang kecil bagi China korporat, terutama dalam konteks peralihan China daripada ekonomi pelaburan kepada ekonomi yang dipacu kecekapan.

Corporate China 2.0: The Great Shakeup, by Dr. Qiao Liu
Corporate China 2.0: The Great Shakeup, by Dr. Qiao Liu

Buku ini membahaskan persoalan-persoalan kritikal mengenai transformasi ini dan masa hadapan China:

  • Bagaimana China korporat boleh berubah daripada "besar" kepada "bijak"?
  • Apakah perubahan-perubahan institusi yang wajar berlaku untuk mempromosi keusahawanan dan memupuk firma-firma hebat?
  • Apakah kualiti yang dimiliki firma-firma besar Cina (seperti Huawei, Alibaba dan Xiaomi)?

Buku ini membincangkan halangan-halangan dalaman dan luaran yang telah menyebabkan China kekurangan syarikat-syarikat yang gah. Ia turut mencadangkan keadaan institusi yang boleh memupuk kemunculan syarikat-syarikat besar di China, termasuk mengubah obsesi kerajaan terhadap KDNK, membentuk reformasi sistem kewangan, dan mempromosi keusahawanan.

Para pembuat dasar, para pelabur, eksekutif-eksekutif korporat, pelajar-pelajar MBA dan para sarjana akan menghargai banyaknya kajian kes yang disertakan dalam buku ini. Kajian-kajian ini menggambarkan usaha yang dibuat oleh usahawan Cina di peringkat akar umbi dan menyorot elemen yang menjadikan sebuah syarikat Cina itu berjaya.

LATAR BELAKANG PENULIS:

 Dr. Qiao LIU ialah Dekan dan Profesor Kewangan di Universiti Peking, Sekolah Pengurusan Guanghua. Dr. LIU telah menghabiskan masa selama 15 tahun mengendalikan penyelidikan canggih mengenai pasaran kewangan Asia dalam tiga bidang teras: China korporat, sistem kewangan China, dan hutang kerajaan tempatan.

Buku ini boleh didapati di https://www.amazon.com/Corporate-China-2-0-Great-Shakeup/dp/1137603720/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1509722204&sr=8-1&keywords=Corporate+China+2.0%3A+The+Great+Shakeup

Sekiranya anda berminat untuk menulis ulasan buku, artikel penyelidikan dan/atau menemu bual penulis, sila hubungi kami:  fp@gsm.pku.edu.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171106/1983332-1

Source: Guanghua School of Management of Peking University
Keywords: Banking/Financial Service Books Publishing/Information Service New products/services