omniture

Osram dan Continental rancang usaha sama untuk penyelesaian pencahayaan pintar dalam sektor automotif

Osram
2017-11-09 03:22 890

- Rancangan usaha sama Osram Continental GmbH bakal gabungkan kepakaran Osram dan Continental dalam pencahayaan dan kawalan cahaya

- Setiap rakan kongsi usaha sama mempunyai kepentingan sebanyak 50 peratus

- Sasaran jualan dalam lingkungan pertengahan-digit-tiga angka-juta-euro dengan hampir 1,500 kakitangan

- Usaha sama dijadual bermula pada 2018

MUNICH, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat teknologi Osram dan Continental hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk satu usaha sama. Ideanya adalah untuk menggabungkan teknologi pencahayaan yang inovatif dengan elektronik dan perisian bagi membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan penyelesaian pencahayaan pintar untuk industri automotif. Usaha sama global ini akan beroperasi dengan nama Osram Continental GmbH dan pejabat berdaftarnya terletak di wilayah Munich. Osram dan Continental masing-masing akan mempunyai kepentingan sebanyak 50 peratus dalam usaha sama ini. Sasarannya adalah untuk menjana jualan tahunan dalam lingkungan pertengahan-digit-tiga angka-juta-euro dengan tenaga kerja sekitar 1,500 kakitangan dan 17 lokasi seluruh dunia. Dirk Linzmeier (Ketua Pegawai Eksekutif) daripada Osram dan Harald Renner (Ketua Pegawai Kewangan) daripada Continental dinamakan sebagai pengarah urusan tetap. Usaha sama ini dijadual bermula pada tahun 2018, tertakluk kepada perjanjian muktamad berhubung kontrak yang mengikat dan kelulusan antitrust.

Osram akan memindahkan perniagaan modul Pencahayaan Keadaan Pepejal (SSL) automotifnya kepada usaha sama ini. Continental akan menggabungkan perniagaan kawalan cahayanya daripada unit perniagaan Badan & Keselamatan. Ini akan membolehkan Osram Continental menggabungkan modul pencahayaan berasaskan semikonduktor, elektronik termaju, optik dan kepakaran perisian dengan akses kepada teknologi sensor dan sumber cahaya yang inovatif. Oleh itu, Osram Continental akan berupaya menawarkan pelbagai penyelesaian pencahayaan hujung-ke-hujung yang inovatif, direka khusus untuk kegunaan lampu depan dan lampu belakang. Tujuannya adalah untuk bekerjasama bagi mencipta produk dan penyelesaian yang diselaraskan dengan sempurna dan inovatif, serta membawakannya kepada pasaran dengan lebih cepat. Usaha sama ini akan beroperasi dalam pasaran sebagai syarikat kendiri.

"Usaha sama ini ialah petanda bahawa Osram menumpu usaha-usahanya secara tekal terhadap pendigitan. Kepakaran Continental dalam perisian dan elektronik adalah pelengkap sempurna kepada kepimpinan teknologi kami dalam pencahayaan automotif. Ini akan mewujudkan sebuah syarikat berpandangan hadapan untuk pencahayaan automotif digital," kata Stefan Kampmann, Ketua Pegawai Teknologi Osram Licht AG.

"Kadar kemajuan inovasi dalam segmen pencahayaan industri automotif adalah pesat, dan perisian mengukuhkan kedinamikan ini," jelas Helmut Matschi, ahli Lembaga Eksekutif Continental. "Meskipun kepakaran pencahayaan konvensional tetap penting untuk pelanggan kami, penambahan elektronik bagi membolehkan fungsi cahaya baharu dilihat menjadi semakin penting. Usaha sama ini akan menggabungkan dua aspek ini dengan sistematik dan memajukannya ke tahap baharu."

Pasaran pencahayaan industri automotif ditentukan oleh perubahan teknologi. Sama dengan keadaan pencahayaan umum, pasaran ini semakin beralih kepada penyelesaian pencahayaan berasaskan semikonduktor. Hasil daripada fungsi cahaya yang semakin pintar dalam kenderaan selain pilihan reka bentuk dan aplikasi berasaskan cahaya baharu, teknologi berasaskan semikonduktor, perisian dan elektronik semakin progesif dari segi kepentingannya. Setiap tahun, pertumbuhan dalam pasaran untuk penyelesaian pencahayaan depan berasaskan semikonduktor adalah dalam lingkungan dua-digit. Kajian pasaran menunjukkan seawal tahun 2025, lebih separuh daripada kereta baharu di seluruh dunia akan dipasang dengan penyelesaian pencahayaan berasaskan semikonduktor.

"Penyelesaian pencahayaan pintar memberikan pengeluar kenderaan dengan tahap kefleksibelan yang lebih tinggi dari segi rekaan, dan membantu mereka mengoptimumkan kos pembangunan," ulas Andreas Wolf, ketua unit perniagaan Badan & Keselamatan Continental. "Kehadiran global bagi usaha sama Osram Continental membolehkan kami bekerjasama erat dengan pelanggan kami bagi membangunkan penyelesaian yang benar-benar disesuaikan mengikut keperluan mereka. Bagi situasi Continental dan Osram, kami mempunyai dua syarikat teknologi menggabungkan kepakaran pelengkap mereka dalam konteks usaha sama bagi menawarkan pelanggan dengan pelbagai penyelesaian yang unik," tambah Wolf.

 "Pendigitan membawakan aplikasi berpotensi yang baharu dalam pencahayaan automotif, seraya menyediakan peluang luar biasa yang ingin kami manfaatkan bersama Continental. Hasil gabungan tawaran antara penyelesaian pencahayaan dan elektronik, kami akan berupaya menawarkan pelanggan daripada sektor automotif dengan produk-produk canggih daripada satu sumber tunggal," jelas Hans-Joachim Schwabe, Ketua Pegawai Eksekutif unit perniagaan Pencahayaan Khusus Osram.

"Dengan berganding bahu, kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memacu inovasi dengan bekerjasama erat bersama industri automotif bagi menggabungkan pencahayaan, teknologi sensor dan elektronik dengan lancar dalam satu aplikasi. Ini akan membolehkan kami mendorong fungsi cahaya pintar baharu, seperti kombinasi antara teknologi pencahayaan dan sensor dalam modul atau komunikasi berasaskan cahaya antara pemandu, pengguna jalan raya yang lain serta persekitaran kenderaan," tambah Schwabe.

Hans-Joachim Schwabe, Ketua Pegawai Eksekutif unit perniagaan Pencahayaan Khusus Osram (kanan) dan Andreas Wolf, ketua unit perniagaan Badan dan Keselamatan Continental (kiri) hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk usaha sama bagi penyelesaian pencahayaan pintar dalam sektor automotif.
Hans-Joachim Schwabe, Ketua Pegawai Eksekutif unit perniagaan Pencahayaan Khusus Osram (kanan) dan Andreas Wolf, ketua unit perniagaan Badan dan Keselamatan Continental (kiri) hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk usaha sama bagi penyelesaian pencahayaan pintar dalam sektor automotif.

LATAR BELAKANG OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi yang terkemuka di dunia, melakar sejarah sejak 110 tahun yang lalu. Menumpu khususnya terhadap teknologi-teknologi berasaskan semikonduktor, produk-produk kami digunakan dalam aplikasi yang amat pelbagai, bermula daripada realiti maya kepada pemanduan berautonomi, dan daripada telefon pintar kepada penyelesaian pencahayaan pintar dan terhubung di dalam bangunan dan juga bandar-bandar. OSRAM memanfaatkan segala kemungkinan cahaya yang tiada had demi meningkatkan kualiti hidup individu dan juga masyarakat. Hasil inovasi OSRAM membolehkan orang ramai di seluruh dunia bukan sekadar dapat melihat dengan lebih baik, tetapi juga dapat berkomunikasi, mengembara, bekerja dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. OSRAM menggaji kira-kira 26,400 kakitangan di seluruh dunia setakat akhir tahun fiskal 2017 (30 September) dan menjana hasil sebanyak hampir EUR4.1 bilion. Syarikat juga tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan boleh didapati di www.osram.com.

LATAR BELAKANG CONTINENTAL

Continental membangunkan teknologi dan perkhidmatan rintis untuk mobiliti yang mampan dan terhubung buat orang ramai dan barangan mereka. Diasaskan pada tahun 1871, syarikat teknologi ini menawarkan penyelesaian yang selamat, cekap, pintar dan berpatutan untuk kenderaan, mesin, trafik dan pengangkutan. Pada tahun 2016, Continental menjana jualan sebanyak EUR40.5 bilion dan kini menggaji lebih 230,000 kakitangan di 56 negara.

Pengurusan maklumat berkaitan dan selain kenderaan menjadi keutamaan tertinggi bagi divisyen Dalaman. Portfolio produk bagi jenis kenderaan berbeza melibatkan: kluster peralatan, paparan berbilang fungsi dan papar pandu, unit kawalan, kawalan akses dan sistem maklumat tayar, radio, sistem maklumat hibur, peranti input, panel kawalan, unit kawalan iklim, perisian, kokpit serta perkhidmatan.

Source: Osram
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Joint ventures