omniture

Huawei Bantu Bangunkan Rangkaian Kampus SDN 100G untuk KMITL Thailand

Huawei
2017-11-09 22:16 698

SHENZHEN, China, 9 November 2017 /PRNewswire/ -- Institut Teknologi Ladkrabang Raja Mongkut (KMITL) ialah sebuah universiti sains dan teknologi utama di Thailand dan mempunyai keupayaan ICT paling kukuh antara universiti-universiti di negara ini. Terletak di Bangkok, universiti ini dianggap sebagai yang paling berprestij untuk mahasiswa teknikal, menawarkan kurikulum termasuk jentera, kejuruteraan elektronik, seni bina, kawalan, pengurusan, komunikasi, perubatan dan juga seni liberal.

Berbeza dengan kebanyakan rakan-rakan sejawat konservatifnya, Pusat Komputer KMITL sentiasa mengikuti perkembangan ICT dan menyediakan rancangan termaju untuk rangkaian kampusnya. Mereka menyasarkan untuk membangunkan rangkaian kampus seragam yang berasaskan SDN dan berprestasi tinggi, menggabungkan pelbagai fungsi pendidikan. Setelah hampir sepuluh bulan menjalani proses pembangunan komunikasi dan tersuai, Huawei membangunkan penyelesaian kampus komprehensif dengan perkhidmatan lengkap yang amat sepadan dengan pelan tindakan Pusat Komputer.

Bagaimanakah rangkaian kampus dibangunkan dari awal? Apakah kesukaran yang dihadapi semasa proses pembangunan? Bagaimanakah kesukaran tersebut ditangani? Mari kita kenal pasti.

Percanggahan Pendapat pada Peringkat Awal

Bertanggungjawab terhadap pembinaan rangkaian dan O&M (Operasi & Penyelenggaraan), Pusat Komputer KMITL mengemukakan keperluan khusus berkaitan nod pengkomputeran, nod penyimpanan blok dan nod penyimpanan objek, berdasarkan pemahaman dan ideanya tentang pembinaan rangkaian kampus. Meskipun keperluan tersebut adalah jelas, komunikasi yang lancar adalah penting bagi mengelakkan salah faham. Sebagai contoh, Pusat Komputer tersebut menegaskan bahawa nod pengkomputeran perlu bersifat terbuka dan penyelesaian Huawei perlu menyokong OpenStack. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, pemahaman mereka tentang pembangunan, senario yang bersesuaian dan O&M OpenStack dalam industri ICT telah tersasar, membawa kepada kebimbangan bahawa versi OpenStack bagi vendor-vendor berbeza adalah terpisah dan menyalahi prinsip sumber terbuka.

Pasukan teknikal KMITL selanjutnya memerlukan penyimpanan blok teragih dilengkapi dengan perisian penyimpanan teragih sumber terbuka Ceph, kerana penyimpanan blok sebahagian besarnya digunakan untuk penyimpanan data VM. Mereka turut mengesyorkan untuk menghubungkan penyimpanan blok dengan get laluan bagi menyediakan penyimpanan objek.

Setelah beberapa pusingan perbincangan yang proaktif, Huawei telah menyelidik keperluan mendalam yang diperlukan di sebaliknya, dan menyediakan penyelesaian yang optimum dan profesional. Huawei menggunakan FusionStorage bagi menyokong keperluan penyimpanan data VM dan menggunakan sistem NAS teragih OceanStor 9000 bagi tujuan penyimpanan fail. Penyelesaian ini mudah digunakan oleh kerana protokol-protokol NFS/CIFS disokong tanpa memerlukan get laluan. Dengan menggunakan SSD NVMe sebagai tempat penyimpanan, penyimpanan hibrid FusionStorage dapat memberikan prestasi beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding AFA yang beroperasi menggunakan Ceph. OceanStor 9000 mengguna pakai RAID teragih, yang dapat meningkatkan tahap kecekapan dan keselamatan perkhidmatan maklumat sumber berbanding kelewahan tulisan tiga kali ganda Ceph, serta kebolehskalaan yang lebih baik dan kawalan kos yang lebih mudah, didorong oleh OceanStor 9000. Akhirnya, pelanggan benar-benar yakin dengan keupayaan profesional Huawei dan menerima kesemua cadangan Huawei.

Kesempurnaan Melalui Ketelitian

Huawei menganalisis dengan teliti keperluan KMITL dan menawarkan penyelesaian mengikut keadaan rangkaian kampus, membuatkan KMITL kagum dengan profesionalisme dan pengetahuannya. Sebagai contoh, KMITL mencadangkan, disebabkan oleh pengaturan pelayan yang bertaburan, penggunaan rangkaian maya bebas lokasi menjadi pilihan. Huawei turut mencadangkan keperluan untuk mengautomasi konfigurasi rangkaian, membantu KMITL meningkatkan tahap kecekapan menerusi penggunaan semasa mod pembinaan rangkaian layan diri. Selain itu, KMITL memerlukan semakan keselamatan mendalam dijalankan dan trafik diarahkan kepada kumpulan sumber keselamatan mengikut keperluan bagi menjamin keselamatan akses rangkaian maya.

Penyelesaian akhir Huawei dapat memenuhi keperluan KMITL dengan sempurna. Suis tangkas tentuan perisian Huawei menyokong pembangunan penyelesaian tersuai. Penyelesaian ini menggunakan platform terbuka bebas vendor dan menyokong pelbagai perkhidmatan penyimpanan, mengurangkan pelaburan yang diperlukan. Selain itu, ia menyokong pengurusan seragam dan heterogen, dan seterusnya mengurangkan kos O&M.

Bagaimanakah Rupa Bentuk Rangkaian Kampus KMITL?

Setelah berbulan-bulan digunakan, Huawei membantu KMITL merealisasikan rancangan dan idea asalnya.  

Hari ini, rangkaian kampus KMITL merangkumi rangkaian kampus, rangkaian pusat data dan rangkaian RND. Dalam struktur organisasi pada rangkaian kampus, rangkaian daripada organisasi-organisasi berbeza disalinghubungkan atau diasingkan mengikut keperluan perkhidmatan. Bagi model perkhidmatan rangkaian, setiap rangkaian maya membentuk domain keselamatan bebas berdasarkan Kampus NG KMITL, yang merupakan rangkaian pembawa fizikal seragam. Rangkaian maya diasingkan daripada satu sama lain dan kawalan keselamatan dilaksanakan oleh kumpulan keselamatan di dalam rangkaian maya.

Dalam seni bina rangkaian kampus maya, KMITL membangunkan rangkaian kampus maya berasaskan SDN dan menggunakan seni bina rangkaian VXLAN untuk menggunakan bersama rangkaian kampus dan DC serta untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian kampus maya. Hasil daripada rangkaian kampus, kakitangan dan mahasiswa universiti boleh mendapat manfaat daripada penghantaran tanpa sekatan 100G, lebar jalur yang luas serta keselamatan tinggi yang disediakan oleh rangkaian kampus, dan juga pengalaman pengguna yang dipertingkat yang dibawakan oleh penumpuan kabel berwayar dan tanpa wayar yang mendalam. Selain itu, pengasingan keselamatan lapis-demi-lapis daripada rangkaian maya kepada tembok api dan kemudiannya kepada kumpulan keselamatan dapat menjamin keselamatan rangkaian.

KMITL turut mengalami kesukaran untuk memutuskan lokasi bilik peralatan. Bilik peralatan sedia ada sudah lama dan pengubahsuaiannya akan menjadi satu tugas yang sukar. Namun begitu, pembinaan bilik peralatan baharu di tanah KMITL akan menyebabkan penanggungan kos ketara dari segi tenaga buruh dan masa. Oleh yang demikian, KMITL memerlukan pusat data berasaskan kontena. Kelebihannya termasuk kawasan yang kecil dan pengaturan yang mudah. Ia dapat diaturkan dalam kontena yang menempatkan kesemua kemudahan yang diperlukan, termasuk bekalan kuasa, sistem penyejuk, kabinet, susun atur kabel, pemadaman api, perlindungan kilat dan pengawasan. Penyelesaian pusat data berasaskan kontena ini dapat memenuhi keperluan pengkomputeran data pendidikan untuk universiti tanpa mengubah persekitaran. Penyelesaian Pusat Data Semua-Dalam-Satu Pasang Siap Huawei dapat memenuhi segala keperluan KMITL dengan sempurna.

Percanggahan pendapat tidak dapat dielakkan dalam sebarang kerjasama. Mujurlah, Huawei dapat mempertimbangkan cara untuk mengaturkan rangkaian kampus agar dapat memenuhi keperluan perkhidmatan dengan lebih baik menurut perspektif KMITL. Melalui usaha sama antara KMITL dan Huawei serta komunikasi yang menyeluruh, penyelesaian dapat disediakan dan memberi faedah-faedah berikut kepada KMITL:

  1. Teknologi-teknologi ICT yang utama dalam industri seperti 100G dan SDN, akan mengukuhkan kedudukan utama KMITL antara universiti-universiti di Thailand.
  2. Rangkaian fizikal seragam menyokong virtualisasi bagi berkongsi sumber dan mengasingkan perkhidmatan mengikut jabatan berlainan dalam universiti.
  3. Setelah platform awan pendidikan dibangunkan, perkhidmatan awan boleh disewakan untuk jabatan-jabatan di KMITL dan juga universiti-universiti lain.

Rangkaian kampus SDN melebihi-100G KMITL ini menetapkan penanda aras bagi pembinaan sistem IT untuk universiti-universiti lain dan menyediakan gambaran terhadap SDN 100G dan pusat data awan yang berkualiti tinggi untuk industri pendidikan bukan sekadar di Thailand, tetapi di seluruh dunia.

Setakat ini, 197 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 dan 45 daripada 100 perusahaan terbaik memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka bagi tujuan transformasi digital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Huawei dalam membantu perusahaan-perusahaan mencapai usaha transformasi digital, sila layari:

http://e.huawei.com/topic/leading-new-ict-en/index.html?utm_campaign=lni17-minisiteen&utm_medium=hwdc&utm_source=ebghome-en&source=eebghq175155l

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services