omniture

MGM COTAI Menang Enam Anugerah sempena Anugerah Hartanah Asia 2017

Pusat Peranginan Bersepadu Macau yang Paling Banyak Memenangi Anugerah
MGM China Holdings Limited
2017-11-13 09:25 609

MACAU, 13 November 2017 /PRNewswire/ -- MGM COTAI menyapu bersih kemenangan pertandingan menerusi Anugerah Hartanah Asia 2017, memenangi enam anugerah yang mengagumkan. Ini menjadikan MGM COTAI sebagai pusat peranginan bersepadu yang paling banyak memenangi anugerah di Macau, menekankan pencapaian luar biasa Syarikat  dalam bidang pembangunan pusat peranginan dan reka bentuk seni bina dalam arena hartanah serantau yang amat berdaya saing. Ini merupakan pengiktirafan hartanah kedua buat MGM COTAI sebelum ia dibuka dengan rasminya, ekoran penerimaan anugerah hartanah terbesar dan projek sektor swasta pertama seumpamanya yang berjaya menerima Sijil Label Reka Bentuk Bangunan Hijau China (Macau).

MGM COTAI memenangi enam anugerah yang mengagumkan sempena Anugerah Hartanah Asia 2017.
MGM COTAI memenangi enam anugerah yang mengagumkan sempena Anugerah Hartanah Asia 2017.

 

MGM COTAI ialah pusat peranginan bersepadu paling banyak memenangi anugerah di Macau, menekankan pencapaian luar biasa Syarikat dalam bidang pembangunan pusat peranginan dan reka bentuk seni bina dalam arena hartanah serantau.
MGM COTAI ialah pusat peranginan bersepadu paling banyak memenangi anugerah di Macau, menekankan pencapaian luar biasa Syarikat dalam bidang pembangunan pusat peranginan dan reka bentuk seni bina dalam arena hartanah serantau.

Majlis penyampaian anugerah yang gilang gemilang telah diadakan di Singapura pada 8 November. MGM COTAI diiktiraf menerusi enam anugerah dalam tiga kategori di peringkat serantau dan tempatan, termasuk

tiga anugerah serantau:

  • Pembangunan Hotel Terbaik (Asia)
  • Reka Bentuk Seni Bina Hotel Terbaik (Asia)
  • Pembangunan Reka Bentuk Sejagat Terbaik (Asia)

dan tiga anugerah tempatan:

  • Pembangunan Pusat Peranginan Hotel Bersepadu Terbaik (Macau)
  • Reka Bentuk Seni Bina Hotel Kontemporari Terbaik (Macau)
  • Pembangunan Reka Bentuk Sejagat Terbaik (Macau)

"Dalam fasa konsep rekaan, kami memulakan langkah menerusi visi untuk membangunkan pusat peranginan bersepadu yang paling mampan dan inovatif di bandar ini yang dapat menyokong pembangunan Macau sebagai Pusat Pelancongan dan Santai Dunia," kata En. Grant Bowie, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif MGM China Holdings Limited. "Penghargaan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha kami dalam mengejar kecemerlangan dalam projek ini, tetapi turut mempromosikan selanjutnya MGM COTAI sebagai ikon masa depan Macau."

En. Paul Tse, Pengerusi panel hakim Hong Kong dan Macau bagi Anugerah Hartanah Asia dan ahli panel hakim Peringkat Akhir Asia, mengucapkan tahniah kepada MGM COTAI atas pencapaiannya, "Ini sememangnya sesuatu yang amat menggembirakan apabila dapat melihat para pemenang bagi kategori-kategori Hotel Terbaik 'Anugerah Hartanah Asia' dan 'Anugerah Hartanah China' sejak beberapa tahun ini merangkumkan beberapa hotel dan pusat peranginan paling mewah dan unik dari rantau ini. Menerusi piawaian tinggi bagi hotel-hotel yang telah siap di Macau, bukanlah suatu yang mengejutkan apabila sekali lagi Macau muncul di kedudukan teratas dan kami berbesar hati dapat melihat MGM COTAI serta reka bentuk uniknya dapat merangkul begitu banyak anugerah."

Anugerah Hartanah Asia, siri anugerah hartanah terbesar dan paling berprestij di rantau ini, diiktiraf sebagai ciri utama bagi kecemerlangan industri dalam sektor hartanah Asia. Tahun ini, pemaju-pemaju tersohor daripada pasaran Asia dipilih untuk berada dalam senarai pendek oleh panel hakim bebas setelah beberapa bulan pencalonan, penghakiman dan lawatan tapak yang diselia oleh BDO, salah sebuah firma perakaunan dan pengauditan terbesar di dunia.

Latar Belakang MGM

MGM ialah singkatan untuk MGM China Holdings Limited (HKEx: 2282) dan merupakan pemaju, pemilik dan pengendali utama bagi pusat peranginan permainan dan penginapan di Rantau Besar China. Kami merupakan syarikat pemegangan MGM Grand Paradise, SA yang memegang salah satu daripada enam konsesi/subkonsesi permainan bagi mengendalikan permainan kasino di Macau. MGM Grand Paradise, SA memiliki dan mengendalikan MGM MACAU, pusat peranginan bersepadu premium yang memenangi anugerah di Semenanjung Macau dan kini membangunkan pusat peranginan kedua, MGM COTAI yang dijangka meningkatkan kehadiran kami di Macau lebih dua kali ganda.

MGM MACAU ialah pusat peranginan mewah bersepadu Lima Bintang oleh Forbes, diinspirasikan oleh hasil seni dengan setiap unsur di pusat peranginan ini diterapkan dengan elemen kreativiti serta gaya. MGM MACAU memiliki kira-kira 600 bilik tamu dan suit selain mempunyai banyak ciri-ciri tersendiri, termasuk Grande Praca yang diinspirasikan daripada Eropah dengan seni bina yang mengagumkan, ditempatkan di bawah siling kaca yang melangit. Kemudahan bertaraf dunia daripada MGM MACAU juga menyediakan Ruang Seni MGM yang menyediakan ruang khusus seluas lebih 5,000 kaki persegi bagi mempamerkan hasil seni asli, kemudahan persidangan dan acara, spa, selain tujuh restoran dan bar terkenal bagi memenuhi keinginan untuk menjamu selera. Hartanah kami mempunyai lokasi strategik di tepian air utama di Semenanjung Macau dan terhubung terus dengan kompleks membeli belah runcit mewah, One Central.

Dijadual dibuka pada 29 Januari 2018, MGM COTAI ialah tambahan terkini dalam portfolio MGM di China. Direka sebagai "kotak barang kemas" Cotai, ia merancang untuk menawarkan kira-kira 1,400 bilik hotel dan suit, ruang mesyuarat, spa mewah, tawaran peruncitan dan outlet makanan dan minuman selain Rumah Agam antarabangsa pertama di MGM untuk pengalaman mewah yang terunggul. MGM COTAI akan menawarkan teater dinamik yang pertama di Asia dan persembahan yang memikat setiap tetamu yang melangkah masuk ke pusat peranginan ini. MGM COTAI dibangunkan untuk memacu kepelbagaian produk yang lebih luas dan menyajikan bentuk hiburan yang lebih canggih dan inovatif ke Macau tatkala ia berkembang menjadi destinasi pelancong global. MGM COTAI ialah hartanah terbesar dan merupakan projek sektor swasta yang pertama memperoleh Sijil Label Reka Bentuk Bangunan Hijau China (Macau).

Majoriti MGM China Holdings Limited dimiliki oleh MGM Resorts International (NYSE: MGM) salah sebuah syarikat hospitaliti bertaraf global yang terkemuka di dunia, mengendalikan portfolio jenama-jenama pusat peranginan destinasi termasuk Bellagio, MGM Grand, Mandalay Bay dan The Mirage. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988469-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988469-1-b

Source: MGM China Holdings Limited
Related Stocks:
HongKong:2282 OTC:MCHVY
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel Awards