omniture

Pembesar suara siri Z & D Pioneer baharu dicipta untuk bangkitkan "Perincian yang Berani"

Pioneer Electronics
2017-11-14 18:50 565

SINGAPURA, JAKARTA, Indonesia dan BANGKOK, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju pasaran hiburan dalam kereta, hari ini melancarkan pembesar suara 2018 yang terkini, diterajui oleh siri Z yang utama dan siri D premium. TS-Z65CH, TS-Z65C, TS-Z65F, TS-D65C, TS-D69C, TS-D65F, dan TS-D69F menetapkan penanda aras baharu dalam dunia muzik dan kefleksibelan pemasangan, memanfaatkan bahan-bahan terbaik, reka bentuk pintar dan inovasi audio dengan resolusi tinggi. Kedua-dua siri pembesar suara ini akan disediakan secara eksklusif melalui pengedar-pengedar Pioneer terpilih untuk terus memastikan perkhidmatan dan pemasangan terbaik.

Experience Hi-Res Audio with the new Pioneer Z series
Experience Hi-Res Audio with the new Pioneer Z series

Bagi meraikan pencapaian baharu ini, Pioneer akan turut melancarkan kempen "Perincian Yang Berani" ("Bold in the Details") yang terkini, ekoran kejayaan kempen "Hayati Perinciannya" ("Feel the Details") tahun lalu. Kedua-dua kempen ini diilhamkan dan dihasilkan oleh Ugly Duckling Projects Singapore. Meskipun kempen "Hayati Perinciannya" memperlihatkan perbezaan antara butiran indah kehidupan dan bunyi berliku dan berjalin-jalin yang kuat dan indah daripada Pioneer, "Perincian yang Berani" menghidupkan pembesar suara dengan resolusi tinggi siri Z yang baharu, direka untuk meningkatkan lagi pengalaman deria kita – nota-nota halus menjadi lebih berani dan muzik menjadi lebih beraneka tatkala kita dibawa secara emosi, mengubah perjalanan biasa menjadi suatu perjalanan yang luar biasa. Terokai siri Z dengan video bertema yang dicipta untuk kempen ini di sini.

Pioneer’s Open & Smooth(TM) sound concept
Pioneer’s Open & Smooth(TM) sound concept

"Di Pioneer, kami terus menginovasi bagi menerobos sempadan. Terus berpegang pada konsep bunyi Open & Smooth™ kami, siri Z dan D 2018 direkayasa untuk menyediakan kejelasan hebat dan bunyi yang mengagumkan, dibina menerusi warisan kami yang panjang dan kepakaran dalam audio profesional dan pengguna," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar, Divisyen Perancangan Produk dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. Kempen "Perincian yang Berani" memperlihatkan perjalanan kesempurnaan audio kereta ini, yang mana para pemandu tenggelam dalam dunia emosi yang dicetuskan oleh pembesar suara dengan resolusi tinggi siri Z."

Pioneer latest flagship speakers, the TS-Z65CH
Pioneer latest flagship speakers, the TS-Z65CH

Berikut merupakan ciri-ciri baharu untuk pembesar suara Pioneer 2018:

DENGAR LEBIH LAGI DENGAN SOKONGAN AUDIO RESOLUSI TINGGI

Hear more with Hi-Res Audio support
Hear more with Hi-Res Audio support

FLAC terkini untuk fail muzik memulakan satu era baharu bagi audio resolusi tinggi, yang menyediakan bunyi yang lebih baik daripada kualiti CD, menyaingi rakaman studio yang paling asli. Pemandu yang meminati audio hi-fi kini dapat mengalami fidelity ekstrem yang sama – sebelum ini merupakan keistimewaan eksklusif penerbit muzik profesional – dihasilkan semula dengan setia melalui pembesar suara siri Z resolusi tinggi ketika bergerak.

BUNYI LEBIH DINAMIK DAN BERKUASA

More dynamic and powerful sound with Twaron
More dynamic and powerful sound with Twaron

Satu lagi ciri penting bagi seluruh Siri Z ialah rangkaian dinamiknya yang lebih luas, hasil pemacu (kon pembesar suara) yang baru dibangunkan menggunakan bahan gentian aramid Twaron® yang ringan tetapi tegar, menghasilkan bunyi yang lebih dinamik dan output pertengahan bes yang lebih kuat. TS-Z65CH berkualiti terbaik pula turut membawakan pembinaan kon dwilapisan yang inovatif demi prestasi tambahan dan gangguan minimum, walaupun pada kelantangan main balik yang tinggi.

Sementara itu, siri D didatangkan dengan pemacu polipropilena (IMPP) acuan suntikan berselang seli gentian aramid, ditala dengan teliti bagi menghasilkan bunyi yang lebih semula jadi dan terperinci dengan bes yang berkuasa.

KEJELASAN TERUNGGUL DAN SAMBUNGAN TREBEL

Pioneer memperkenalkan twiter Z baharu, yang dicipta melalui analisis berkomputer Kaedah Optimum Diafragma Sintetik Berharmoni (HSDOM) dan diperhalusi melalui kepakaran audio profesional syarikat. Tidak seperti twiter biasa, ia dapat menyediakan empat kali ganda tindak balas frekuensi yang lebih luas sehingga 96kHziii bagi memenuhi semua keperluan audio resolusi tinggi.

Pada 49KHziii, twiter untuk siri D dapat mengatasi persaingan dengan mudah bagi menjamin nota yang lebih lancar dan juga jelas.

KEFLEKSIBELAN PEMASANGAN YANG BENAR- BENAR UNGGUL     

Padat dan serba guna, twiter terpilih daripada siri Z dan D turut menyertakan mekanisme berpusing, dilaksanakan melalui kit pemasangan tiga kedudukan yang unik. Ia dapat membuka pelbagai pilihan pemasangan, bermula daripada sedatar kepada permukaan dan pemasangan pendakap, untuk menyembunyikan twiter di belakang jeriji pada pintu kenderaan atau papan pemuka.

Kedua-dua TS-Z65CH dan TS-Z65C juga disertakan dengan rangkaian pelintas luar, yang lebih kompak berbanding model-model pesaing yang lain, dan menampilkan lubang peletakan terbina dalam untuk menetapkan kedudukan modul.

TS-D65C speaker system
TS-D65C speaker system

Pembesar suara siri Z dan D Pioneer baharu ini kini disediakan melalui pengedar-pengesar sah Pioneer yang terpilih. Ketersediaan produk yang sebenar berbeza mengikut negara. Ketahui lebih lanjut di http://www.pioneercarsound.com.

Model

Pemacu gentian Aramid

Twiter HSDOM

Mekanisme berpusing

TS-Z65CH

X

X

X

TS-Z65C

X

X

X

TS-Z65F


X

X

TS-D65C



X

TS-D69C



X

TS-D65F



X

TS-D69F



X

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Imej-imej produk resolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/hfrlsw26bf016f9/AAAGkNlBzUCVSiu0Z3CdPTona?dl=0

Nota-nota tambahan:
i.     Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada pengendalian kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.
ii.     Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.
iii.    Pengukuran tindak balas frekuensi diambil pada -20dB.

 

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Latar belakang Ugly Duckling Projects

Ugly Duckling ialah sebuah syarikat kandungan kreatif bersepadu yang berpangkalan di Singapura dengan kelayakan Produksi Fotografi dan Filem Antarabangsa yang memenangi anugerah selama lebih 15 tahun. Ketahui lebih lanjut di www.uglyD.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171106/1984334-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171106/1984334-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171106/1984334-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171107/1984334-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171107/1984334-1-e
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171107/1984334-1-f
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1LOGO

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Music Transportation New products/services