omniture

Cle de Peau Umum Felicity Jones sebagai Wajah Jenama Global

Sebagai sebahagian daripada pelancaran semula strategik jenama untuk Cle de Peau Beaute, calon Anugerah Academy pelakon Felicity Jones telah dinamakan sebagai Wajah Jenama Global
Cle de Peau Beaute, SHISEIDO Co., Ltd.
2017-11-15 14:10 536

TOKYO, 15 November 2017 /PRNewswire/ -- Cle de Peau Beaute, jenama mewah berprestij Shiseido Group, berbangga untuk mengumumkan pelakon yang dicalonkan untuk Anugerah Academy, Felicity Jones sebagai wajah baharu bagi penjagaan kulit dan kosmetik mewahnya. Jones akan membuat penampilan pertama beliau dalam bulan Januari 2018 dalam sebuah kempen yang diambil oleh jurugambar terkenal British, David Sims.

Yukari Suzuki, Pengarah Jenama Cle de Peau Beaute berkata: "Elemen penting Cle de Peau Beaute ialah untuk membantu pelanggan merasakan bahawa jenama kami berada dalam kehidupan mereka. Felicity memberi aspirasi namun terasa begitu dekat terhubung, yang menjadikan beliau wajah yang sesuai untuk Cle de Peau Beaute. Beliau mewakili DNA jenama: pintar, tiada kompromi dan indah. Kecintaan dan dedikasi beliau yang luar biasa terhadap seni membolehkan beliau meninggalkan impak kepada dunia dan orang-orang di sekeliling beliau."

Jones lebih dikenali sebagai calon Anugerah Academy, BAFTA, SAG dan Golden Global yang memegang peranan bergandingan dengan Eddie Redmayne dalam The Theory of Everything James Marsh. Baru-baru, beliau menerajui pelakon Rogue One: A Star Wars Story, yang diarahkan oleh Gareth Edwards. Filem tersebut ditayangkan di seluruh dunia pada 16 Disember 2016 dan melepasi paras $1 bilion di seluruh dunia. Pelakon yang mendapat pendidikan di Oxford ini kemudiannya berlakon sebagai watak utama sebuah biopik Ruth Bader Ginsburg, On the Basic of Sex, yang memberi tumpuan kepada perjuangan karier hakim Mahkamah Tinggi menuntut hak yang sama. Jones juga akan berlakon dalam Swan Lake yang diarahkan oleh Luca Guadagnino, yang diilhamkan daripada kisah balet klasik.

"Memastikan nilai-nilai saya selari dengan mana-mana jenama yang dikaitkan dengan saya merupakan satu perkara yang penting," kata Jones. "Cle de Peau Beaute telah memaklumkan dengan jelas bahawa mereka mendekati saya kerana prinsip dan dedikasi saya. Saya amat berbangga dengan kempen Musim Bunga/Panas 2018 dan tidak sabar untuk memperkenalkannya kepada dunia."

Kempen Musim Bunga/Panas 2018 telah dirakamkan selama dua hari di London. Ia akan dikeluarkan di seluruh dunia menerusi media cetak dan dalam talian di seluruh Asia, Amerika Syarikat, Kanada, Rusia dan Travel Retail. Jones akan menghadiri acara-acara pelancaran eksklusif di seluruh dunia, bermula dengan acara khas di Los Angeles dalam bulan Januari 2018.

Cle de Peau Beaute bermakna Kunci kepada Kecantikan Kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan seri wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan beberapa produk penjagaan kulit paling maju di dunia. Apabila elemen paling indah bersatu, segala-galanya bersinar.

Latar Belakang Cle de Peau Beaute

Cle de Peau Beaute ialah salah satu jenama penjagaan kulit dan solekan paling berprestij di dunia dan jenama mewah ternama di Jepun. Boleh didapati di 13 buah negara dan wilayah (Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia), ia mempunyai reputasi global untuk kecemerlangan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cledepeaubeaute.com atau ikuti jenama di media sosial (di bawah).

Instagram@cledepeaubeaute
Facebook:
 @cledepeaubeaute
WeChat:
 @CPB_China

Untuk permintaan temubual atau pertanyaan, sila hubungi:

Yumi Oshinomi

PR Unit Jenama Cle de Peau Beaute 

Shiseido Co., Ltd.

Emel: yumi.oshinomi@to.shiseido.co.jp/ Tel: +81-3-6218-5833

Imej untuk tujuan edaran media boleh dimuat turun daripada URL berikut.

http://www.image.net/cpd_2017

Source: Cle de Peau Beaute, SHISEIDO Co., Ltd.
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics