omniture

Impak perniagaan inklusif paling luas dalam perniagaan tani

The Philippine Board of Investments
2017-11-21 18:41 802

MANILA, Filipina, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- Perniagaan Inklusif (IB) dalam sektor perniagaan tani, dipromosikan oleh Lembaga Pelaburan Filipina (BOI), dapat meningkatkan kemahiran petani, menambah hasil tanaman mereka, dan menjana pendapatan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, menurut laporan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Seruan Bertindak Perniagaan (UNDP-CtA) dan Perniagaan untuk Kemajuan Sosial Filipina (PBSP).

Laporan ini turut mendedahkan antara industri-indsutri yang mempunyai model IB sedia ada, perniagaan tani adalah yang paling berpotensi memandangkan ia mencakupi pertanian, kesihatan, industri dan alam sekitar. Pertanian juga mendahului sektor-sektor lain dari segi bahagian pasaran global untuk pekerjaan, menurut data yang ditunjukkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Dengan melaksanakan model-model IB, salah satu langkah pertama yang diambil oleh syarikat-syarikat perniagaan tani adalah untuk membina kapasiti petani pekebun kecil.

Coffee for Peace (Kopi untuk Keamanan, CFP) yang berpangkalan di Filipina, sebagai contoh, melibatkan satu komuniti yang terdiri daripada 72 keluarga tani di Gunung Apo. Mereka mempelajari tentang penanaman dan pemprosesan kopi bagi meningkatkan jumlah dan kualiti kopi. Setelah dua tahun belajar daripada CFP, komuniti tersebut kini membina sebuah koperasi dan memperoleh pendapatan sekitar 87,750.00 USD. Selain komuniti Gunung Apo, CFP turut bekerjasama dengan dua kluster komuniti lain di Filipina.

"Pelaburan dalam pertanian adalah penting buat kami dari segi keselamatan makanan dan meningkatkan taraf hidup kebanyakan penduduk Filipina yang bekerja," kata Penolong Setiausaha Perdagangan Filipina dan Ketua Urusan Lembaga Pelaburan (BOI) Ceferino Rodolfo. "Tinjauan lebih dekat terhadap model-model IB di dalam negara dan ASEAN menunjukkan bahawa usaha memperkasakan pengusaha kecil-kecilan dapat memberi impak sosial dan menjana pulangan pelaburan yang baik."

Satu lagi contoh syarikat perniagaan tani dengan model IB ialah Siam Organic di bahagian Timur Laut Thailand, lokasi petani paling miskin di negara tersebut menginap dan bekerja. Siam Organic bekerjasama dengan lebih 1,100 petani miskin bagi menanam beras Jasberry, menyediakan mereka dengan varieti baharu beras ungu bukan GMO dan kaya antioksida. Bagi membantu petani mengurangkan kos pengeluaran, Siam Organic turut melatih mereka tentang amalan penanaman organik.

Petani beras Jasberry yang bekerja dengan Siam Organic kini memperoleh pendapatan 14 kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan petani beras Thailand. Sebelum melaksanakan intervensi oleh Siam Organic, para petani ini tidak mempunyai pasaran terjamin. Kini, mereka dihubungkan dengan pasaran Thailand dan Barat memandangkan Siam Organic bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan juga logistik.

Maklumat Perhubungan Media
Anthony Quijano 
apquijano@teamasia.com
+63-917-824-9109

Source: The Philippine Board of Investments
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Survey, Polls & Research