omniture

agoda umum pemenang Anugerah Gold Circle 2017

agoda
2017-11-21 20:11 839

SINGAPURA, 21 November 2017 /PRNewswire/ -- agoda, salah satu platform tempahan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia dan sebahagian daripada Priceline Group yang tersenarai dalam Nasdaq (Nasdaq:PCLN), mengumumkan para pemenang Anugerah Gold Circle 2017 yang berprestij, diberikan kepada rakan-rakan penginapan yang menunjukkan prestasi terbaik di seluruh dunia dan menunjukkan contoh kualiti terbaik bagi tempahan pengalaman perjalanan dalam talian.

Kini memasuki Tahun ke-9, Anugerah Gold Circle mengiktiraf hartanah-hartanah yang memenuhi piawaian berikut:

  • Tersenarai antara 1% hartanah agoda terbaik
  • Ulasan pelanggan yang cemerlang secara berterusan
  • Harga dan ketersediaan yang kompetitif
  • Komitmen untuk memberikan pengalaman pelanggan yang hebat

"Ia merupakan satu penghargaan untuk mengumumkan para pemenang Anugerah Gold Circle 2017 yang memberi penghormatan kepada nilai kecemerlangan dalam industri perhotelan. Jumlah hartanah yang tersedia dalam agoda meningkat kepada lebih 1.6 juta di seluruh dunia, yang meningkatkan daya saing dan standard mencakupi semua hartanah dengan ketara. GCA ialah penunjuk kukuh tahap kualiti yang diperlukan untuk menonjol," kata Errol Cooke, Naib Presiden – Perkhidmatan Rakan Kongsi di agoda.

Berkaitan sejauh mana jangkaan industri dan pelancong moden meningkatkan tahap kualiti teknologi canggih dan perkhidmatan bertaraf dunia, Damien Pfirsch, Pengarah Kanan Produk agoda menambah, "Setiap tahun GCA menjadi lebih berdaya saing tatkala hartanah penginapan terus meningkatkan tawaran mereka melalui agoda. Tahun ini, kami membangunkan pelbagai ciri produk baharu yang memperkasa rakan-rakan kongsi kami untuk memacu pertumbuhan pendapatan dengan proaktif daripada platform Agoda."

Anugerah-anugerah untuk kesemua 1,552 rakan penginapan telahpun dihantar. Sila klik di sini bagi melihat senarai penuh pemenang mengikut negara dan bandar: http://mediaroom.agoda.com/agoda-announces-winners-2017-gold-circle-awards/

Menuju masa depan, agoda membangunkan inovasi produk baharu yang akan menyokong rakan-rakan kongsinya dalam usaha untuk memahami pihak pesaing, meningkatkan keterlihatan dan mengoptimumkan tempahan -- demi keputusan perniagaan yang lebih baik pada tahun 2018.

Latar Belakang Agoda Company Pte Ltd:

agoda (Nasdaq:PCLN) ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia. agoda komited untuk menyediakan percutian yang terbaik, pada harga terbaik. Dengan rangkaian yang terdiri daripada lebih 1.6 juta hartanah penginapan, termasuk pangsapuri, vila, rumah, dan hotel yang disokong oleh lebih 15 juta ulasan pengembara sebenar, agoda membantu pelancong lain mencari dan meneroka pengalaman baharu di destinasi baharu. Ditubuhkan pada tahun 2005, syarikat baharu ini dengan pantas berkembang di Asia dan diperoleh pada tahun 2007 oleh Priceline Group - penjual bilik dalam talian yang terbesar di dunia. agoda beribu pejabat di Singapura, yang mempunyai pejabat-pejabat di bandar-bandar utama di lebih 30 negara.

Source: agoda
Related Stocks:
NASDAQ:PCLN
Related Links:
Keywords: Multimedia/Online/Internet Travel Awards