omniture

AirCUVE Sediakan Penyelesaian Pengesahan 2Factor untuk Bank DBP, Filipina di Asia Tenggara

AirCUVE
2017-11-27 10:12 621

SEOUL, Korea Selatan, 27 November 2017 /PRNewswire/ -- AirCUVE, penyedia penyelesaian keselamatan pengesahan rangkaian, meluaskan pasaran di rantau Asia Pasifik. Contohnya, ia telah menandatangani kontrak penyelesaian Pengesahan 2Factor (2FA) dengan Bank DBP dan Eastern Telecom di Filipina pada tahun 2017. Ia juga telah membekalkan penyelesaian 2FA kepada beberapa syarikat SNS global, termasuk LINE di Jepun dan Bank Saudara di Indonesia.

Proses-proses pengesahan yang bergantung kepada ID dan kata laluan mudah terdedah kepada ancaman keselamatan kerana dedahan atau ramalan kelayakan. V-FRONT AirCUVE, menambah lapisan keselamatan tambahan kepada sistem, seperti VPN, VDI dan pelayan web, dan para pengguna boleh mengakses sistem ini menggunakan SMS, OTP mudah alih,Token HW (Jenis Kad), Kod QR atau Push. AirCUVE mengambil inisiatif membangunkan pasaran menerusi kerjasama strategik dengan Yubico, syarikat global yang mengkhusus dalam pengesahan U2F. V-FRONT serasi dengan semua peralatan rangkaian yang digunakan oleh pelbagai syarikat dan boleh menjimatkan kos pembangunan persekitaran rangkaian.

V-FRONT AirCUVE boleh menyambung dan menyokong banyak faktor pengesahan dengan mudah, seperti Kod QR, Kad OTP, Aplikasi Mudah Alih atau Emel OTP dan PUSH
V-FRONT AirCUVE boleh menyambung dan menyokong banyak faktor pengesahan dengan mudah, seperti Kod QR, Kad OTP, Aplikasi Mudah Alih atau Emel OTP dan PUSH

Pada tahun 2018, AirCUVE menyasarkan untuk menyediakan semua jenis penyelesaian pengesahan yang diperkukuhkan untuk pelbagai infrastruktur, termasuk rangkaian kabel atau wayarles, pejabat mudah alih pintar, FMC, pelayan web, transaksi kewangan, VPN atau portal web VDI. Usahasama dengan syarikat-syarikat di Asia Tenggara dan Jepun memudahkan peluasan AirCUVE dalam pasaran global yang baru muncul.

Pada masa kini, persekitaran rangkaian sentiasa beralih kepada infrastruktur mudah alih. Tetapi keselamatan sistem rangkaian awam dan korporat masih lagi lemah, memerlukan pengurusan keselamatan rangkaian yang lebih sistematik. AirCUVE memberi tumpuan kepada pembangunan BYOD, FIDO dan platform keselamatan Awan, dengan membangunkan Hala Tuju pintar. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirCUVE: "Tahun 2018 akan menyaksikan pengembangan AirCUVE dalam pasaran pengesahan keselamatan rangkaian generasi baharu untuk bank, penyedia perkhidmatan telekom dan rangkaian sekolah di Asia Tenggara dan Jepun."

Latar belakang AirCUVE: http://www.aircuve.com/wp/en/

AirCUVE merupakan penyedia penyelesaian keselamatan pengesahan rangkaian dengan Pengesahan 2Factor untuk rangkaian VPN atau pengesahan capaian rangkaian telefon pintar dalam persekitaran WiFi & BYOD. Pengesahan rangkaian untuk lebih 850 pengguna bank, sekolah, kerajaan, perusahaan dan divisyen ketenteraan selama lebih 15 tahun membuktikan kualiti AirCUVE.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
GS AHN,  gsahn@aircuve.com  atau sophia@aircuve.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171121/1998128-1

Source: AirCUVE
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Corporate Expansion New products/services