omniture

China berjaya sempurnakan implantasi injap aorta transkateter boleh diperoleh kembali yang pertama ke atas manusia di negara itu

- Kejayaan prosedur ini memulakan era baharu teknologi injap kardium pengantaraan boleh diperoleh kembali di China
Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
2017-11-30 20:35 751

HANGZHOU, China, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Implantasi sistem injap boleh diperoleh kembali VenusA Plus yang pertama ke atas manusia telah disempurnakan dengan jayanya di Hospital Bersekutu Kedua Sekolah Perubatan Universiti Zhejiang (SAHZU) pada 23 November 2017.

Second Affiliated Hospital of Zhejiang University School of Medicine president, Prof. Wang Jian’an, announcing that China has completed its first successful clinical implantation of a retrievable transcatheter aortic valve
Second Affiliated Hospital of Zhejiang University School of Medicine president, Prof. Wang Jian’an, announcing that China has completed its first successful clinical implantation of a retrievable transcatheter aortic valve

Prof. Wang Jian'an, presiden SAHZU, mengumumkan bahawa China telah berjaya menyempurnakan implantasi injap aorta transkateter boleh diperoleh kembali yang pertama ke atas manusia. Ia menandakan satu pencapaian lagi bagi Venus Medtech, menjadi syarikat pertama di China yang berupaya menyediakan sistem injap kardium pengantaraan boleh diperoleh kembali.

Pesakit wanita berusia 76 tahun yang dibedah dengan menggunakan sistem ini telah didiagnosis dengan stenosis injap aorta yang teruk dan ditetapkan sebagai pesakit pembedahan berisiko tinggi. Pasukan pembedahan jantung telah berbincang dan menetapkan ciri-ciri anatomi pesakit sebagai injap jantung bikuspid dan kalsifikasi asimetri, yang meningkatkan risiko berubah letakan ketika implantasi injap. Mereka berpendapat sistem boleh diperoleh kembali adalah paling bersesuaian dengan pesakit ini.

Sistem boleh diperoleh kembali membenarkan injap dikeluarkan dan diletakkan semula di tempatnya setelah pelepasan dibuat, mengelakkan kejadian tidak diingini akibat peletakan implan yang tidak tepat dan ketakpadanan injap yang diimplan, termasuk translokasi injap, kebocoran paravalvular yang teruk, kesan negatif ke atas injap aorta bikuspid dan sekatan atrioventrikular tahap tinggi disebabkan pemampatan ikatan konduksi. Sistem ini juga mengurangkan kerumitan dalam prosedur, yang mana, hasilnya, membantu menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi TAVR.

"Pasukan perubatan SAHZU bekerjasama erat dengan Institut Penyelidikan Injap Kardium Wilayah Zhejiang dan pasukan R&D Venus Medtech untuk mempelajari, membangunkan dan menghasilkan produk injap jantung. Usaha sama ini bermula dengan Injap-VenusA dan telah memimpin kejayaan bagi VenusA Plus," profesor Wang menambah. "Produk ini merupakan injap TAVR generasi seterusnya yang berprestasi baik daripada segi pelepasan, kestabilan boleh diperoleh kembali, pengawalan dan keupayaan lulus, oleh sebab itu menawarkan potensi besar apabila digunakan untuk aplikasi klinikal."

Kejayaan implantasi VenusA Plus ke atas manusia berlaku hanya empat bulan setelah pelancaran injap TAVR Injap-VenusA pertama China. "Venus Medtech telah mencapai kejayaan teknologi yang cemerlang secara berterusan," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Venus Medtech Zi Zhenjun. "Kami merancang untuk mengeluarkan lebih banyak keluaran inovatif pada masa akan datang, mempamerkan kemantapan kecekapan syarikat dalam inovasi dan komitmennya yang berterusan untuk melayani pesakit."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171124/2000223-1

 

Source: Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services