SHANGHAI, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ -- British Council, pakar utama dunia bagi pengajaran dan penilaian Bahasa Inggeris, serta Lembaga Peperiksaan Pendidikan Kebangsaan (NEEA) China bersama-sama menganjurkan Persidangan Hala Tuju Baharu dalam Penilaian Bahasa Inggeris kali ke-5 di Shanghai pada 2 Disember, bagi meninjau interaksi antara pengajaran, pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris serta mempercepatkan kemajuan penilaian Bahasa Inggeris di rantau APAC.
Persidangan ini menumpu pada tema "Menghubungkan Penilaian dengan Pengajaran dan Pembelajaran," dan membincangkan topik-topik termasuk rangka kerja penguasaan bahasa, mengukur tahap kecekapan pengajaran bahasa para guru, dsb. Selain itu, ia telah menarik tumpuan yang belum pernah terjadi sebelum ini, dengan lebih 500 hadirin termasuk penggubal dasar dan golongan profesional dalam bidang penilaian dan pengajaran. Lebih 200 kertas kerja akademik dihantar dari seluruh dunia, dengan 60 kertas kerja terpilih untuk dibentangkan di persidangan ini. Antara yang terpilih, 30% adalah dari luar tanah besar China.
British Council ialah Rakan Kongsi Sokong Pengantarabangsaan Pengujian Bahasa Inggeris China
Sebagai peneraju global bagi pengajaran dan penilaian Bahasa Inggeris, British Council mempunyai pengalaman selama lebih 80 tahun dalam bidang penilaian Bahasa Inggeris. Pada Disember 2016, Kementerian Pendidikan dan British Council menandatangani satu memorandum persefahaman berhubung pengiktirafan bersama antara ujian Bahasa Inggeris British dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris China. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan satu persidangan bersama mengenai penilaian Bahasa Inggeris, bagi mempercepatkan usaha pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam pembelajaran, pengajaran dan penilaian Bahasa Inggeris.
"Ini merupakan satu penghormatan kerana dapat memberikan sokongan akademik kepada projek yang menghubungkan Piawaian Bahasa Inggeris China, dan untuk menjadi rakan kongsi dan pengamal demi menyokong inisiatif pembaharuan penilaian Bahasa Inggeris di China. IELTS dan Aptis yang telah dikaitkan dengan Rangka Kerja Bersama Eropah bagi Rujukan Bahasa (CEFR), menjadi dua ujian Bahasa Inggeris yang pertama diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menjalankan kajian yang menghubungkan kepada CSE," kata Barry O'Sullivan, ketua Penyelidikan dan Pembangunan Penilaian British Council.
British Council Sokong Inisiatif Reformasi Penilaian Bahasa Inggeris di China
Dalam persidangan ini, British Council dan NEEA mengumumkan pelancaran 'Skim Geran Penyelidikan Bersama', yang bertujuan untuk menggalakkan usaha penyelidikan oleh pakar-pekar penilaian bahasa antarabangsa terhadap CSE dan kajian yang menghubungkan CSE kepada sistem peperiksaan dan pengujian bahasa antarabangsa.
"Kami akan menumpu usaha-usaha kami bagi menarik perhatian pendidik tempatan, penyelidik di China selain golongan profesional, penyelidik dan penggubal dasar dalam bidang penilaian dan pendidikan di negara-negara dan kawasan-kawasan lain," jelas Tim Hood, Pengarah Peperiksaan China, British Council.