omniture

LaPresse: Raja Maghribi Luah Kebimbangan Beliau kepada Presiden Amerika Syarikat

LaPresse
2017-12-07 17:56 661

MILAN, 7 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Raja Maghribi Mohammed VI, selaku Pengerusi Jawatankuasa Al Qods, menyampaikan pesanan kepada Presiden Amerika Syarikat, En. Donald Trump, meluahkan "kebimbangan yang mendalam serta kegelisahan penduduk Arab dan negara-negara Islam" ekoran maklumat tentang keputusan Presiden Trump untuk "mengiktiraf Al-Qods sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke lokasi berkenaan."

Al Qods ialah nama Arab bagi bandar Jerusalem dan Jawatankuasa Al Qods Pan-Arab ialah Organisasi kerjasama Islam, yang bertujuan untuk melindungi identiti Arab-Muslim bandar tersebut, yang dianggap suci untuk umat Islam, penganut Yahudi dan penganut Kristian.

"Sebagai Presiden Jawatankuasa Al-Qods organisasi kerjasama Islam berkenaan, mempunyai 57 Negara yang mewakili lebih satu bilion penduduk, saya dengan sukacitanya berbicara dengan anda," kata Mohammed VI, memberi amaran bahawa sebarang inisiatif mengejut oleh Amerika Syarikat boleh menjejaskan proses damai di Timur Tengah.

"Sejak dari awal mandat anda - Raja Mohammed VI menulis kepada En. Trump - anda menunjukkan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang teguh untuk memperbaharui proses damai antara pihak-pihak Palestin dan Israel serta mengambil langkah-langkah yang menampakkan hasil ke arah proses tersebut, menerusi sokongan berterusan daripada masyarakat antarabangsa, termasuk Kerajaan Maghribi, namun keputusan semasa mungkin memberi impak negatif terhadap kemajuan proses damai bagi konflik antara Palestin-Israel."

"Kawasan Timur Dekat mengalami kadar krisis yang mendalam dan perlu dielakkan - Raja Maghribi menulis kepada En. Trump – selain hal ehwal yang boleh menambah rasa kecewa dan hampa yang merupakan punca berlakunya ekstremisme dan keganasan." Raja Mohamed VI mengingatkan dalam pesanan beliau tentang kepentingan bandar Jerusalem untuk ketiga-tiga agama, dan menekankan bahawa "disebabkan oleh kekhususan agama yang unik, bandar Al-Qods perlu menjadi tanah yang diduduki bersama dan menjadi lambang kewujudan bersama serta toleransi untuk semua." Beliau kemudiannya menyimpulkan dengan berkata bahawa beliau tidak berasa ragu-ragu dengan "visi kebijaksanaan pentadbiran" En. Trump mahupun "komitmen beliau terhadap keamanan dan kestabilan rantau tersebut", serta "keazaman kuat beliau untuk memudahkan usaha pelancaran semula proses damai dan mengelakkan segala-galanya yang boleh menghalang malah menghentikan usaha tersebut."

Source: LaPresse
Keywords: Homeland Security Religion