omniture

Deer Jet Dinobat "Carter Jet Peribadi Utama Dunia" Tiga Tahun Berturut-turut

Deer Jet
2017-12-13 02:43 251

PULAU PHU QUOC, Vietnam, 13 Disember 2017 /PRNewswire/ -- World Travel Awards (WTA), program anugerah yang terkemuka dalam industri perjalanan, menghimpunkan kembali ratusan pemimpin, mewakili yang terbaik daripada hospitaliti dunia sempena malam yang gilang gemilang pada 10 Disember 2017 bertempat di JW Marriott Phu Quoc Emerald Bay. Buat tahun ketiga berturut-turut, Deer Jet terpilih sebagai "Carter Jet Peribadi Utama Dunia".

Xu Lidong, President of Deer Jet received the trophy for "2017 World's Leading Private Jet Charter" at the 24th World Travel Awards Grand Final
Xu Lidong, President of Deer Jet received the trophy for "2017 World's Leading Private Jet Charter" at the 24th World Travel Awards Grand Final

Sekali lagi, Deer Jet memperlihatkan perkhidmatan Tujuh Bintangnya yang terunggul dan inovasi perniagaan yang cemerlang, dengan memenangi undian daripada ratusan ribu pemimpin industri serta pengembara perniagaan yang memilih syarikat daripada sekumpulan peneraju dunia, termasuk Net Jets dan Royal Jet, antara lain.

Pada tahun 2017, Deer Jet menggamit perhatian daripada industri dan pengembara paling arif di seluruh dunia hasil perkhidmatan dan kempennya yang inovatif, termasuk pameran "Impian Bertemu Dunia" bagi 787 Dream Jet dan jadual perjalanan premium yang rintis, membawa pelanggan menerusi lawatan harian budaya, artistik dan semula jadi ke seluruh dunia.

Xu Lidong, President of Deer Jet accepted an official interview following the 24th World Travel Awards Grand Final
Xu Lidong, President of Deer Jet accepted an official interview following the 24th World Travel Awards Grand Final

Tahun 2017 menjadi tahun penting buat Deer Jet memandangkan syarikat menerima beberapa pengiktirafan atas perkhidmatan yang terbaik dalam kategorinya dan sumbangan kepada industri termasuk "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia 2017", "Carter Jet Peribadi Utama Asia 2017", "Carter Jet Peribadi Utama China" dan "Syarikat Jet Peribadi Tujuh Bintang Dunia 2017".

Sejak ditubuhkan 22 tahun lalu, Deer Jet benar-benar komited untuk meningkatkan perkhidmatan, membolehkan syarikat berkembang maju pada kadar yang belum pernah berlaku, membawa perniagaan tersebut daripada sebuah syarikat jet peribadi pertama China kepada kedudukan masa kini sebagai syarikat penerbangan perniagaan terbesar di Asia serta jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia.

Xu Lidong, President of Deer Jet with Chris Frost, President of the Worlds Travel Awards
Xu Lidong, President of Deer Jet with Chris Frost, President of the Worlds Travel Awards

Xu Lidong, Presiden Deer Jet berkata: "Sekali lagi World Travel Awards mengiktiraf Deer Jet atas perkhidmatan uniknya. Anugerah ini menggalakkan kami untuk meningkatkan taraf perkhidmatan ke tahap lebih tinggi tatkala kami meneruskan perjalanan untuk menembusi pasaran baharu. Kami ingin membolehkan dunia menikmati pengalaman Tujuh Bintang kami yang tersendiri ini."

Dalam masa terdekat, sektor perjalanan premium China akan mencapai tahap mendatar hasil ekonomi negara yang berkembang baik dan juga peningkatan penggunaan domestik. Selaku peneraju dalam perkhidmatan penerbangan peribadi dan gaya hidup, Deer Jet menyasarkan pasaran yang meningkat maju ini dan berusaha membangunkan produk dan perkhidmatan perjalanan baharu khusus untuk pengembara perniagaan dan pelancong percutian yang arif di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171211/2012002-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171211/2012002-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171211/2012002-1-c

 

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards