SHANGHAI, 19 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Financial Times ("FT") yang berpangkalan di London menyiarkan senarai Ranking Sekolah-sekolah Perniagaan 2017 untuk benua Amerika dan Asia Pasifik pada 4 Disember tahun ini. Tongji University School of Economics and Management (Tongji SEM) menduduki tempat ke-8 dalam Ranking Sekolah-sekolah Perniagaan sulung FT untuk rantau Asia Pasifik, menempatkan sekolah tersebut antara tiga sekolah perniagaan terbaik di Tanah Besar China.
Ranking yang baru disiarkan ini ditentukan dengan menilai kualiti dan keluasan bahan-bahan akademik sesebuah sekolah perniagaan, berdasarkan ranking 2017 FT bagi empat program Tongji SEM: MBA, EMBA, Sarjana Pengurusan (MiM) dan Latihan Eksekutif, setiap satu menyumbang sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan. Program MiM menduduki tempat ke-36 dalam ranking global tahun ini, menjadi wakil bagi Rantau Besar China sebagai salah satu daripada 50 program terbaik bagi tahun kedua berturut-turut. Program MBA Eksekutif Mannheim & Tongji, yang mengambil bahagian dalam kaji selidik buat julung kalinya, menduduki tempat ke-46, meraih pengiktirafan sebagai satu-satunya program EMBA dua ijazah China-Jerman yang termasuk dalam senarai tersebut. Program MBA Eksekutif Mannheim & Tongji dipilih sebagai salah satu daripada sepuluh yang terbaik menurut tiga penunjuk utama: kemajuan kerjaya, kepelbagaian antarabangsa kakitangan pengajar dan pengalaman kursus antarabangsa.
Selain pensijilan daripada beberapa pakar ranking kemudahan pendidikan antarabangsa termasuk Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), Sistem Peningkatan Kualiti EFMD (EQUIS), Persatuan MBA (AMBA) dan Akreditasi Pendidikan Pengurusan Lanjutan Cina (CAMEA), Tongji SEM memperoleh keputusan yang menggalakkan dalam ranking domestik dan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu, menyaksikan ranking yang terus mendaki anak tangga menerusi setiap penaiktarafan baharu, memperlihatkan kekuatan keseluruhan sekolah tersebut dalam pembangunan bakat dan ketuntasan kurikulum selain pengaruh peringkat antarabangsa yang semakin berkembang. Tongji SEM merancang untuk meneruskan tumpuannya terhadap nilai-nilai etika yang merupakan sebahagian daripada bahan kursus sejajar dengan pemupukan potensi pelajar sebagai penyumbang untuk masyarakat pada masa depan. Penambahbaikan seterusnya terhadap program-program tersebut termasuk mengoptimumkan secara menyeluruh bahan-bahan dan kaedah mengajar serta meneroka subjek-subjek baharu dan baru muncul bagi kursus-kursus baharu yang akan menjadi suatu yang penting selari dengan evolusi berterusan dunia perniagaan, dengan matlamat untuk menyediakan dunia dengan individu-individu berbakat serta kreatif yang akan membawa perubahan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171213/2012980-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171213/2012980-1-b