omniture

Ekspo Import Antarabangsa China Bakal Diadakan Julung Kali Di Shanghai, Bantu Rangsang Dagangan Dunia

China International Import Expo
2018-01-08 09:00 630

SHANGHAI, 8 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Dalam satu langkah penting untuk terus menyokong pertumbuhan perdagangan global, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bakal melancarkan pameran sulungnya di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) mulai 5 hingga 10 November 2018. Dengan kawasan pameran berkeluasan lebih 59 ekar (240,000 meter persegi), CIIE memperlihatkan daya usaha terkini pihak kerajaan ke arah era baharu pembukaan tahap tinggi, dan merupakan petanda penting terhadap pembukaan berterusan pasaran Cina kepada dunia. Ia juga merupakan peluang bersejarah untuk syarikat-syarikat seluruh dunia mengambil langkah pertama bagi menembusi pasaran Cina yang luas. Ekspo ini dijangka bakal menarik kira-kira 150 ribu pembeli profesional dari lebih 100 negara dan wilayah.

China International Import Expo To Debut In Shanghai, Helping Boost World Trade
China International Import Expo To Debut In Shanghai, Helping Boost World Trade

Ekspo Import Antarabangsa China Bakal Diadakan Julung Kali Di Shanghai, Bantu Rangsang Dagangan Dunia  

"Sebagai populasi terbesar dan ekonomi yang kedua terbesar dunia, China merupakan pengimport dan pengguna kedua terbesar di dunia. Para pengguna Cina mempunyai permintaan yang meningkat dengan pesat terhadap produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Dalam tempoh lima tahun akan datang, China dijangka mengimport produk dan perkhidmatan bernilai US$10 trilion," kata Sun Chenghai, Timbalan Ketua Pengarah Biro CIIE. "Penganjuran CIIE ialah satu usaha oleh kerajaan Cina bagi mewujudkan platform terbuka yang membolehkan negara-negara dan syarikat-syarikat seluruh dunia memperkenalkan syarikat masing-masing kepada pasaran Cina yang luas serta meninjau peluang-peluang untuk menjalin kerjasama tempatan."

Ekspo ini akan menyediakan Astaka Negara untuk Kawasan Perdagangan dan Pelaburan serta Kawasan Pameran Perusahaan dan Perniagaan. Forum Perdagangan Antarabangsa Hongqiao pertama akan turut dianjurkan semasa Ekspo ini, berserta aktiviti-aktiviti sokongan yang lain, seperti pertemuan pemadanan bekalan-permintaan, seminar dan pelancaran produk baharu.

Astaka Negara untuk Kawasan Perdagangan dan Pelaburan dikhususkan semata-mata untuk pameran kebangsaan. Negara-negara dan wilayah-wilayah akan diundang untuk memperlihatkan kekuatan mereka dalam bidang perdagangan dan pelaburan, termasuk barangan dan perkhidmatan, pembangunan perindustrian, pelaburan dan pelancongan selain produk perwakilan. Kerajaan Cina akan menyediakan kawasan pameran secara percuma untuk semua negara yang mengambil bahagian dalam Astaka Negara. China akan turut menyediakan beberapa bantuan langsung dan sokongan logistik yang tersedia untuk negara-negara sedang membangun.

Kawasan Pameran Perusahaan dan Perniagaan akan mencakupi pameran barangan dalam kategori-kategori berbeza, termasuk:

  • Peralatan Pintar Canggih
  • Barangan Elektronik & Perkakas Pengguna
  • Automobil;
  • Pakaian, Aksesori & Barangan Pengguna
  • Produk Makanan & Pertanian
  • Peralatan Perubatan & Produk Rawatan Perubatan

Bahagian-bahagian perkhidmatan akan melibatkan:

  • Pelancongan  
  • Teknologi-teknologi Baru Muncul
  • Budaya & Pendidikan
  • Reka Bentuk Kreatif
  • Penyumberan Luar Perkhidmatan

Perbelanjaan untuk mengadakan pameran di Kawasan Pameran Perusahaan dan Perniagaan akan ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mempamer (dengan diskaun pelanggan awal sebanyak 20% sehingga 31 Januari 2018). Syarikat-syarikat yang berminat untuk menghadiri CIIE pertama ini boleh melayari http://www.ciie.org/zbh/en/ dan mendaftar sebelum 30 Jun 2018.

"CIIE sulung ini bukan sahaja dapat membantu memenuhi permintaan para pengguna Cina terhadap produk-produk yang lebih baik, tetapi juga turut menggalakkan negara-negara untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang akan membantu mereka merangsang perdagangan, dan terus memajukan globalisasi ekonomi dan ekonomi dunia terbuka," ujar Sun Chenghai.

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China  

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ialah satu inisiatif bersama antara Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia dianjurkan oleh Biro CIIE dan juga National Exhibition and Convention Center (Shanghai) Co., Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.ciie.org/

Hubungi:
+86-21-67008870
info@sinoexpo.cc

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180105/2026126-1

Source: China International Import Expo
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Education Food/Beverages Health Care/Hospital Medical Equipment Retail Transportation Travel New products/services Trade show news Future Events