GUANGZHOU, China, 9 Januari 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta China yang paling pesat berkembang, akan memperkenalkan barisan kenderaan elitnya dengan menampilkan kereta sedan sedia ada, SUV, van mini dan NEV sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, yang menonjolkan hasrat ikhlas dan keazaman jenama berkenaan untuk menembusi pasaran Amerika Utara. Model sedan serba baharu dan kereta konsep akan turut dipamerkan buat julung kalinya kepada dunia dalam sidang akhbar GAC Motor yang diadakan pada 15 Januari. NAIAS bakal berlangsung mulai 13 hingga 18 Januari 2018 di Pusat Cobo, Detroit.
Penyertaan sebanyak tiga kali sebagai satu-satunya pembuat kereta Cina dalam NAIAS telah menarik minat yang meluas terhadap GAC Motor dan turut membolehkannya menjadi lebih dikenali dalam kalangan pengguna tempatan selain dapat memahami keperluan mereka dengan lebih baik. Pameran GAC Motor di NAIAS 2018 akan mempamerkan model-model mewah termasuk GA8, GS8 dan GM8 yang menyediakan perkhidmatan yang selamat dan andal kepada para peserta Forum Fortune Global 2017 sebagai kenderaan perkhidmatan rasmi acara berkenaan. Paling utama, GAC Motor memperkenalkan julung kalinya GA4, sedan istimewa serba baharu sempena NAIAS 2018. GA4 ini ialah model sedan terkenal yang dibangunkan melalui platform sedan Kelas-A milik GAC Motor, yang direka dan dikategorikan sebagai sedan untuk keluarga yang berkualiti dan menarik. Selain itu, GAC bakal melancarkan SUV konsep tenaga-baharu kompak sulungnya yang direka untuk pasaran Amerika Utara, dikenali sebagai Enverge, bagi menonjolkan teknologi canggih milik syarikat dan potensi luar biasanya dalam bidang pengelektrikan kenderaan, perangkaian dan sistem pintar. Kereta-kereta baharu ini dinanti-nantikan secara meluas oleh golongan profesional industri, rakan media dagangan dan juga para pengguna.
Tatkala GAC Motor melancarkan kenderaan baharunya, barisan produk jenama berkenaan kini semakin komprehensif berbanding sebelumnya, yang membuka laluan kepada GAC Motor untuk terus meninjau pasaran-pasaran global di samping menonjolkan keupayaan termaju dan dinaik taraf syarikat dalam segmen penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran dan kualiti. Dengan memberi tumpuan untuk membangunkan model-model mewah dan meningkatkan pengalaman perjalanan, GAC Motor berhasrat untuk menakrif semula mobiliti masa depan melalui produk-produk berkualiti unggul dan reka bentuk diperibadikan.
"GAC Motor berbangga dapat memperkenalkan penambahan kenderaan yang menonjol dalam segmen SUV, sedan dan van mini di NAIAS," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Sewaktu kami melaksanakan strategi kami untuk menjadi pembuat auto dengan capaian global, kami akan terus mencipta produk yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di seluruh dunia."
Pada tahun 2017, GAC Motor berjaya mencapai sasaran jumlah jualan tahunan sebanyak 500,000 buah kenderaan bagi tahun itu di China, dengan peningkatan 37.2% berbanding tahun sebelumnya, membuka laluan pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan. Sebagai jenama yang amat dipercayai, GAC Motor menerima penilaian kualiti tertinggi daripada JD Power selama lima tahun berturut-turut. Penghargaan ini adalah bagi mengiktiraf usahanya untuk menakrif dan menafsir semula makna Buatan-China. Persembahan barisan produk lengkap syarikat dalam NAIAS 2018 akan memperlihatkan kekuatannya sebagai pembuat auto bertaraf antarabangsa.
"GAC Motor akan membentangkan pembaharuan strateginya dalam pasaran AS membabitkan jenama, pemasaran selain produk di NAIAS, menawarkan pelan tindakan baharu tatkala syarikat dengan rasminya mengambil langkah untuk menembusi pasaran itu pada tahun 2019," kata Yu. "Pasaran Amerika mempunyai piawaian, undang-undang dan peraturan yang paling ketat, dengan itu kemasukan ke dalam pasaran ini merupakan satu cabaran serta ujian terhadap kualiti, teknologi dan keupayaan R&D GAC Motor. Kami percaya penembusan ke dalam pasaran Amerika Utara akan mendorong GAC Motor untuk meningkatkan R&D, kualiti produk, pengaruh jenama dan pengurusan perniagaan, di samping membolehkan kami menggabungkan sumber global dalam pasaran-pasaran maju dan terus memudahkan usaha pengantarabangsaan."
Sila ambil maklum bahawa GAC Motor bakal mengadakan acara pengambilan dalam kampus dan juga acara pengambilan sosial. Maklumat lanjut seperti di bawah:
Pengambilan Kampus
13:30 12 Januari 2018 (Jumaat)
Persidangan & Perkhidmatan Acara-Pendleton, University of Michigan, Ann Arbor
Alamat: Michigan Union, 530 S State St, Ann Arbor, MI 48109
Untuk memohon: Campus@gacmotor.com
Pengambilan Sosial
13:30 13 Januari 2018 (Sabtu)
Detroit Marriott di Pusat Renaissance
Alamant: 400 Renaissance Dr, Renaissance Center, Detroit, MI 48243
Untuk memohon: zhaopin@gacmotor.com
Butiran penuh: https://event.liepin.com/t/1514435513775/
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori auto berkualiti premium. GAC Motor mencapai peningkatan 37.2% berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2017 dan kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Syarikat menghasilkan jumlah pengeluaran dan jualan sebanyak 500,000 buah kenderaan pada tahun 2017 dan menyasarkan untuk mencecah sebanyak 1,000,000 buah kenderaan menjelang tahun 2020.
Untuk maklumat lanjut, layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180108/2026833-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180108/2026833-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180108/2026833-1-c