omniture

MediaTek Perkenal Platform AI Pinggir & Teknologi AI Untuk Peranti Pengguna Rentas Platform

MediaTek Inc.
2018-01-10 00:08 447

Bermula dengan telefon pintar, kediaman pintar dan kenderaan, MediaTek akan mendayakan AI pinggir di mana-mana jua dan memberi kecekapan AI kepada peranti yang digunakan oleh pengguna setiap hari

LAS VEGAS, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek, peneraju semikonduktor bertaraf global, hari ini memperincikan strategi platform AI yang berterusan untuk mendayakan pengkomputeran pinggir AI dengan platform AI NeuroPilot. Melalui gabungan antara perkakasan dan perisian, unit pemprosesan AI (APU) dan SDK NeuroPilot, MediaTek akan menyediakan AI dalam seluruh portfolio teknologinya yang luas – portfolio yang memperkasa 1.5 bilion produk pengguna setahun melalui telefon pintar, kediaman pintar, kenderaan dan banyak lagi.

Penyelesaian AI masa kini daripada MediaTek untuk pembantu suara, TV dan kereta berautonomi, bakal dipamerkan di CES yang membolehkan syarikat memperlihatkan kuasa AI dan sejauh mana ia menakrif semula peranti pengguna hari ini.

"Tahun 2018 ialah era baharu bagi inovasi peranti. MediaTek komited untuk mendayakan rakan kongsi dan pelanggan kami dengan kemajuan teknologi yang dituntut oleh pengguna melalui kuasa penyepaduan AI dengan cip set kami," kata Jerry Yu, Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Home Entertainment Business Group, MediaTek. "Teknologi dipertingkat AI dengan pantas menjadi sebahagian daripada pengalaman harian pengguna. Platform AI MediaTek diwujudkan untuk peranti pintar masa kini dan membuka laluan kepada masa depan yang dikuasakan AI."

Penganalisis industri menyatakan bahawa industri AI akan meraih jumlah tertinggi sebanyak $14 bilion menjelang tahun 2023. Pembuat peranti dalam seluruh platform berusaha untuk menggabungkan AI dalam lebih banyak peranti dan memerlukan penyelesaian yang masih memberikan kuasa pemprosesan, mengekalkan hayat bateri dan menjimatkan kos. Peranti terhubung juga kini memerlukan lebih banyak kuasa pengkomputeran pinggir berbanding dalam infrastruktur awan demi masa respons yang lebih pantas.

Dengan mengutamakan permintaan pasaran dan teknologi, platform AI NeuroPilot MediaTek memberi tumpuan terhadap beberapa segmen utama:

  • Pendaya AI Pinggir – MediaTek membawakan AI lebih menghampiri tahap cip set – untuk peranti di pinggir pengkomputeran – yang mana pembelajaran mendalam dan keputusan pintar perlu dibuat lebih pantas. Ini mewujudkan hibrid penyelesaian pengkomputeran AI pinggir-kepada-awan yang mantap.
  • Kecekapan AI Pinggir – Melalui keseimbangan antara prestasi dan kecekapan kuasa – ciri penting cip set MediaTek – MediaTek menjadikan pelaksanaan dan pengoperasian aplikasi AI cekap dan praktikal untuk seluruh peranti.
  • AI Dipertingkat – Platform MediaTek menggunakan AI untuk meningkatkan ciri dan aplikasi yang digunakan oleh orang ramai saban hari melalui peranti mudah alih dan di rumah seperti pengimejan kamera pintar dan pengesanan atau pengecaman suara dan imej.
  •    Sokong Rangka Kerja AI Utama – Penyelesaian AI MediaTek berfungsi bersama-sama SDK pemprosesan neural sedia ada termasuk Google TensorFlow, Caffe, Amazon MXNet, Sony NNabla dan banyak lagi. Pada peringkat OS, MediaTek menawarkan sokongan untuk Android dan Linux.
  • Penyelesaian Perisian & Perkakasan – Selain membangunkan teknologi AI peringkat cip set – Unit Pemprosesan Kecerdasan Buatan (APU) – MediaTek akan memperkenalkan SDK AI. Ia akan membolehkan pembangun mengakses fungsi tahap SOC bagi membangunkan aplikasi dan penyelesaian AI melalui cip set MediaTek dan peranti dikuasakan MediaTek.

"Pelanggan dan pengguna kami menginginkan peranti yang benar-benar pintar. Bermula dengan pengambilan gambar yang lebih baik melalui kuasa algoritma pemprosesan AI, kepada peningkatan pengecaman suara dan wajah dan juga maklumat sensor yang tepat untuk pemanduan berautonomi, AI dan pembelajaran mesin ialah teknologi yang dapat memacu produk-produk pengguna maju ke hadapan," kata Yu. "Menerusi rangkaian cip set kami yang luas, disokong oleh rangka kerja AI kami yang terkini dan baru dibangunkan, MediaTek bersedia menjadi penyedia penyelesaian AI ekosistem sepenuhnya."

Selaku peneraju industri dalam membangunkan SoC berkuasa rendah, berkecekapan tinggi dan amat bersepadu, MediaTek menakrif semula fungsinya sebagai pendaya AI pinggir. MediaTek meneruskan legasinya dalam reka bentuk SoC yang menyokong rangkaian produk pengguna paling luas, bermula dengan telefon pintar, penghala dan TV pintar, kepada pembantu suara, kamera Wi-Fi dan banyak lagi. MediaTek akan memperkenalkan ekosistem beranekanya melibatkan peranti dikuasakan MediaTek termasuk peranti yang mempunyai keupayaan AI sedia ada seperti:

  • Amazon Echo 
  • Android O DTV
  • Palam Pintar Belkin Wemo
  • Penghala Liputan Kediaman Keseluruhan MediaTek (MT7622 + MT7615x(n))

Melalui platform AI miliknya, MediaTek terus berusaha mencapai matlamatnya untuk pendemokrasian teknologi, menjadikan teknologi terbaik suatu yang mampu milik dan tersedia untuk semua orang bagi mengubah cara orang ramai berhubung dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk maklumat lanjut, layari: www.mediatek.com  

Kata-kata sokongan

Pada tahun 2015, Sony, syarikat berpengaruh barangan elektronik pengguna peringkat global dan rakan kongsi strategik MediaTek, memilih SoC MediaTek dan Android TV sebagai platform untuk membawakan pengalaman baharu oleh rakan-rakan kongsi penting kepada pelanggan mereka. Sejak itu, Sony memperkenalkan fungsi carian suara menerusi Android TV, Dolby Vision dan 4K HDR bersama Netflix dan Amazon. 

"Sejak Sony menembusi pasaran TV Pintar pada tahun 2015, kami terus bekerjasama dengan MediaTek untuk memperkasa produk-produk kami," kata En. Kazuo Kii, Timbalan Presiden, Sony Visual Products Inc.. "Mereka sentiasa menunjukkan prestasi dan sokongan SoC yang unggul dan kami berharap dapat berkolaborasi dengan mereka dalam era AI."

Latar Belakang MediaTek Inc.
MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kepintaran Harian dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:
PR@mediatek.com

Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS

Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services Trade show news