omniture

MediaTek Sediakan Penyelesaian Tanpa Wayar Canggih untuk Peranti Pintar dalam Kediaman Terhubung Masa Kini

Cip set portfolio Wi-Fi sokong jejaring Wi-Fi, keselamatan canggih dan persediaan mudah melalui Bluetooth 5.0
MediaTek Inc.
2018-01-10 09:16 445

LAS VEGAS, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- MediaTek, peneraju semikonduktor bertaraf dunia, hari ini mengumumkan bahawa jenama-jenama global termasuk ASUS, D-Link dan lain-lain akan menggunakan cip set MediaTek sewaktu jenama-jenama berkenaan membangunkan fungsi ketersambungan Wi-Fi Gigabit yang canggih untuk penghala premium dan peranti liputan seluruh rumah. Peranti baharu ini akan menjamin liputan tanpa wayar seluruh rumah yang selamat dan berprestasi tinggi untuk peranti terhubung termasuk komputer peribadi (PC), telefon pintar, televisyen dan peranti rumah pintar dikuasakan AI seperti pembesar suara pintar didayakan suara. Portfolio ketersambungan Sistem-atas-Cip (SoC) mantap MediaTek menyediakan ciri-ciri yang terbaik dalam kategorinya termasuk sokongan untuk teknologi jejaring Wi-Fi pintar, tahap keselamatan yang canggih dan persediaan mudah melalui Bluetooth 5.0.

"Tatkala bilangan peranti pintar meningkat dengan pesatnya, pengguna semakin beralih kepada peranti perangkaian Wi-Fi Gigabit bagi menyediakan kelajuan dan lebar jalur yang mereka perlukan untuk rumah terhubung mereka," kata Tenlong Deng, Pengurus Besar, Unit Perniagaan Peranti Tanpa Wayar, ASUS. "Penghala pintar baharu kami, dikuasakan oleh cip set serba guna MediaTek, membolehkan pelanggan kami membuat persediaan dengan cepat dan menikmati Wi-Fi Gigabit berkelajuan amat pantas serta fungsi ketersambungan seluruh rumah dengan ciri keselamatan terbina dalam."

Suit cip set Wi-Fi MediaTek yang amat bersepadu termasuk MT7615, MT7621 dan SoC perangkaian terkini, MT7622. Merupakan 4x4 802.11n yang pertama di dunia dan SoC Bluetooth 5.0 yang mempunyai pemecut rangkaian Wi-Fi khusus, MT7622 menyediakan kefleksibelan terunggul untuk pihak pengeluar bagi membangunkan peranti perangkaian premium. MT7622 mengekalkan prestasi yang tinggi meskipun apabila menyokong pelbagai pengguna secara serentak, dan menyediakan keselamatan canggih, Kualiti Perkhidmatan Pintar (QoS) untuk penstriman dan pengurusan peranti pinggir, perayauan pintar, pemanduan jalur yang dinamik serta persediaan peranti mudah yang didayakan fungsi Bluetooth.

"Para pelanggan kami mengharapkan ketersambungan yang lancar untuk semua peranti mereka, sama ada ketika mereka menstrim filem, bermain permainan mudah alih atau melayari laman web," kata Anny Wei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden D-Link. "Cip set MT7622 MediaTek membolehkan penghala AC4300 berprestasi tinggi kami memaksimumkan kelajuan sambungan kepada pelbagai peranti secara serentak dalam seluruh rumah."

"Teknologi ketersambungan MediaTek ialah asas utama dalam ekosistem kediaman pintar, menyediakan cip set yang anjal dan berkecekapan tinggi untuk penghala dan pengulang, Wi-Fi seluruh rumah dan get laluan automasi rumah bagi memperkasa pengalaman terhubung pengguna," kata Alan Hsu, Pengurus Besar Unit Perniagaan Peranti Kediaman Pintar di MediaTek. "Penyelesaian penghala berprestasi tinggi kami membolehkan OEM dan pengeluar peranti mencipta produk perangkaian rumah yang inovatif dan dipertingkat dengan AI, berserta tahap keselamatan yang dipertingkat dan juga persediaan mudah melalui Bluetooth 5.0 untuk fungsi kawalan suara."

Hari ini, portfolio cip set Wi-Fi MediaTek yang mantap dapat memperkasa lebih 50 peratus peranti pintar di dunia dalam kediaman terhubung. Sebagai peneraju kategori dalam lima segmen pasaran termasuk peranti perangkaian dan kediaman terhubung, MediaTek membantu jenama-jenama seluruh dunia memandu lanskap elektronik yang berubah-ubah dan menyediakan produk terhubung serta pintar yang dapat menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah.

Latar Belakang MediaTek Inc.
MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kepintaran Harian dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari www.mediatek.com untuk maklumat lanjut.

Pejabat Akhbar MediaTek:
PR@mediatek.com

Kevin Keating, MediaTek
+1- 206-321-7295
10188 Telesis Ct #500, San Diego, CA 92121, AS

Joey Lee, MediaTek
+886 3-567-0766 # 31602
No. 1, Dusing 1st Rd., Hsinchu Science Park, Hsinchu City 30078, Taiwan

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Semiconductors New products/services