omniture

'Undang-undang Baharu' Kian Dapat Tempat, ketika Klien Saksikan Masalah Model 'Undang-undang Besar', dedah Interlaw

Interlaw
2018-02-05 17:00 391

LONDON, 5 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Penyelidikan baharu oleh Legal Week Intelligence, sebahagian daripada ALM Media, menyorot kelemahan dalam model 'Undang-undang Besar', dengan separuh peguam kanan syarikat menyaksikan perbalahan politik dalaman antara pejabat firma antarabangsa yang besar, sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada pelanggan.

generated by system

Dikendalikan bagi pihak rangkaian undang-undang global elit, Interlaw, dan mengambil pandangan 100 pegawai undang-undang syarikat dan 55 firma undang-undang bebas di 41 negara, Perkhidmatan Undang-undang Global dalam Dunia Disruptif mendedahkan keperluan klien terhadap penyedia perkhidmatan undang-undang mereka. Nasihat perundangan bermutu dalam setiap bidang kuasa ialah maklum balas mereka, dengan 87% klien lebih memfokuskan pada kaliber perkhidmatan yang mereka terima berbanding struktur penyedia perkhidmatan.

Permintaan klien terhadap piawaian tinggi dalam semua pasaran terbukti sukar dipenuhi oleh firma 'Undang-undang Besar', dengan banyak firma berundur daripada bidang kuasa tertentu. Analisis lebih mendalam oleh Legal Week Intelligence mengenal pasti 83% peguam di 30 'firma undang-undang antarabangsa' terkemuka berpangkalan di Eropah atau Amerika Utara, dengan jurang dalam pasaran utama yang lain.

Pegawai undang-undang syarikat mendedahkan kesukaran yang mereka hadapi untuk mencari firma tunggal dengan capaian geografi dalam bidang amalan yang mereka perlukan. Separuh (50%) daripada responden mengatakan ketika firma undang-undang antarabangsa terus berkembang mereka terhalang oleh tekanan operasi dalaman sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada klien. Mereka juga berkata mereka menyaksikan perbalahan politik dalaman firma, menyatakan bahawa komunikasi lemah sesama pasukan, perhubungan yang menghalang dengan tujuan memelihara pendapatan pejabat tertentu dan kurangnya jalinan kerjasama sebagai sikap biasa.

Ketika pasaran undang-undang berkembang, klien menjadi kian terbuka tentang penggunaan alternatif kepada model 'Undang-undang Besar.' Hampir separuh (46%) berkata mereka sudahpun atau bercadang menggunakan khidmat firma undang-undang bebas. Bagi mereka yang pernah bekerja dengan rangkaian global, 77% menerangkan pengalaman mereka sebagai baik atau sangat baik, dengan wawasan dan kefahaman budaya tempatan dipetik sebagai manfaat paling penting.

Michael Siebold, pengerusi Interlaw, berkata:

"Kami mahu mendapat gambaran jujur tentang keperluan klien global dan jelas sekali nasihat perundangan bermutu dalam semua pasaran masih lagi sukar untuk ditemui. Tetapi, kami berasa bersemangat kerana GC mengiktiraf kekuatan model rangkaian untuk memiliki jejak global sebenar yang mereka inginkan."

Laporan penuh boleh didapati di http://www.interlaw.org.

Source: Interlaw
Related Links:
Keywords: Legal issues Survey, Polls & Research