omniture

LONGi Solar Bina Kemudahan Pengeluaran Sel Mono 1GW dan Modul Mono 1GW di India

LONGi Solar
2018-02-07 21:11 584

BEIJING, 7 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Pembuat produk tenaga suria China LONGi Green Energy Technology Co., Ltd, bersama-sama dengan subsidiari milik penuhnya LONGi Solar, pembuat sel dan modul mono terkemuka di dunia, mengumumkan rancangan untuk meluaskan kilang sel dan modul solarnya di wilayah Andhra Prasedh bagi memenuhi permintaan tenaga solar negara itu yang meningkat pantas serta menambah jualan luar negeri LONGi.

Sebagai respons kepada permintaan pasaran yang meningkat, LONGi bakal melabur sebanyak $309 juta, termasuk kira-kira $240 juta dalam pelaburan pembinaan dan secara kasarnya $68 juta dalam modal kerja, untuk menggandakan kapasiti kilang sel dan modulnya di Andhra Pradesh daripada 500MW kepada 1GW masing-masing. Pembinaan kilang modul yang diluaskan ini dijadualkan selesai dan memulakan pengeluaran pada akhir Ogos 2019, sementara kilang sel dijangka memulakan pengeluaran pada Januari 2020.

"Peluasan kilang kami di Andhra Pradesh ialah sebahagian strategi pertumbuhan global LONGi. Tatkala permintaan global untuk modul solar terus meningkat, LONGi membuat pelaburan kapasiti sederhana dalam pasaran terpilih untuk berlindung daripada risiko proteksionisme perdagangan, sementara kekal fokus kepada pasaran tempatan China," kata En. Wenxue Li, presiden LONGi Solar. "Menurut jangkaan awal, peluasan baharu ini akan menyokong $380 juta jualan tahunan dan secara kasarnya $19 juta untung bersih setiap tahun."

"India kini merupakan pasaran eksport terbesar China untuk produk solar berdasarkan nilai jualan. Pada 2017, eksport China merupakan 24.1 peratus produk suria India, dengan pertumbuhan jualan dalam kedua-dua sel dan modul," kata En. Wenxue Li.

Projek ini sedang dikendalikan oleh Lerri Solar Technology (India) Private Ltd, yang 40 peratus daripadanya dimiliki oleh LONGi dan 60 peratus dimiliki oleh LONGi Solar.

Peluasan kapasiti pengeluaran di India membolehkan LONGi memanfaatkan kelebihan sumber tempatan India yang kaya, kos yang rendah dan polisi yang dermawan terhadap industri tenaga solar. Ia juga merupakan peluang untuk LONGi mempercepatkan peluasan di luar negeri dan merangsang sahamnya di pasaran global untuk produk monohabluran.

Latar Belakang LONGi Green Energy Technology Co., Ltd

LONGi Green Energy Technology Co., Ltd merupakan pengeluar produk monohabluran terbesar di dunia. Melalui usaha selama 18 tahun, syarikat ini meluaskan barisan produknya daripada jongkong dan wafer mono kepada sel dan modul, bahkan penyelesaian solar.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170410/0861703498logo

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion