omniture

UAE Percepat Usaha Bina Penempatan di Angkasa Melalui Cabaran Pertama Pusat Mohammed Bin Rashid untuk Penyelidikan Masa Depan yang Dipercepat

Dubai Future Foundation
2018-02-11 10:35 908

DUBAI, UAE, 11 Februari 2018/PRNewswire/ --

Ditubuhkan oleh Yayasan Masa Depan Dubai, MBR untuk Penyelidikan Masa Depan berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaan cita-cita angkasa UAE

Dalam komitmennya untuk mempercepatkan kegiatan eksplorasi ruang angkasa global, UAE melancarkan Cabaran Angkasa dengan dana geran global khusus yang menyokong projek-projek bercita-cita tinggi dari semua bidang penyelidikan yang menggunakan idea dan konsep untuk membuka masa hadapan kediaman angkasa manusia. Cabaran ini berhasrat untuk menarik pemikir cemerlang dari seluruh dunia tanpa mengira bidang, latar belakang, atau asal usul.

generated by system

UAE telah mengumumkan geran benih khusus sebanyak AED2 juta ke arah Cabaran Angkasa untuk membiayai usul yang meneroka idea baharu dan membangunkan model perniagaan baharu untuk kehidupan dan pekerjaan di angkasa. Dana ini akan digunakan untuk mendapatkan cadangan projek dari pelbagai bidang melalui platform pendanaan ramai generasi seterusnya yang dipanggil "Guaana", yang mempunyai model inovatif yang mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan untuk membiayai idea benih dengan ketara.

Ditubuhkan oleh Yayasan Masa Hadapan Dubai (DFF) – Pusat Mohammed Bin Rashid untuk Penyelidikan Dipercepat telah mengkhususkan penerokaan angkasa sebagai salah satu cabaran global pertamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Masa Hadapan Dubai, Khalfan Belhoul berkata: "UAE telah meletakkan dirinya sendiri di laluan bercita-cita tinggi untuk menerajui perlumbaan angkasa global, mewujudkan bandar pertama di Marikh berdasarkan Projek Marikh 2117. Penyelidikan angkasa merupakan langkah seterusnya yang logik dalam pencarian pengetahuan dan kemandirian manusia, dan cara yang canggih untuk memelihara kebudayaan, masyarakat dan ekonomi manusia. Cabaran Penempatan Angkasa Mohammed Bin Rashid yang kami lancarkan hari ini direka untuk menyediakan sokongan untuk minda kreatif, idea yang tidak konvensional, rekaan dan penyelidikan inovatif."

Cabaran angkasa ini terdiri dari tiga kategori, yang pertama berkisar Penempatan Angkasa, bertujuan untuk membangunkan rancangan untuk lokasi yang boleh menyokong penempatan mampan yang berkembang di angkasa menampung seramai 100 orang. Ia meneroka perkara-perkara seperti automasi pembinaan, kuasa, makanan, air, pemanasan dan penyejukan, dan pada masa yang sama sentiasa mengambil kira faktor manusia.

Cabaran kedua – Pengubahan Persekitaran & Ekologi Angkasa – mengkaji penciptaan persekitaran yang boleh diduduki dalam jangka masa panjang, merumus strategi untuk pengubahan persekitaran yang bertanggungjawab bagi jasad-jasad luar planet berhampiran dengan Bulan, Marikh, asteroid dan habitat pengorbit yang lain.

Cabaran ketiga – Ekonomi, Model Perniagaan dan Tadbir Urus – bertujuan untuk membangunkan rancangan perniagaan untuk penggunaan ekonomi dan sumber yang optimal, menulis senario yang mengenal pasti rakan kongsi sektor swasta yang berminat dalam menjalankan kegiatan-kegiatan komersil di angkasa. Cabaran ini juga bertujuan untuk memastikan tadbir urus yang baik dengan mencadangkan dasar kebangsaan yang menggalakkan kesedaran masyarakat terhadap penempatan di angkasa yang aman.

Permohonan dibuka bermula 10 Februari 2018, untuk sebulan di:

http://www.mbrspacechallenge.ae

Sumber: Yayasan Masa Hadapan Dubai

Source: Dubai Future Foundation
Keywords: Airlines/Aviation