omniture

PharmaMar Lesenkan Muatan Perolehan Marin Sintetik Penuh kepada Seattle Genetics untuk Digunakan dalam Konjugat Ubat

PharmaMar
2018-02-16 09:00 1217

MADRID, 16 Februari 2018 /PRNewswire/ --

PharmaMar (MCE: PHM) hari ini mengumumkan penandatanganan satu perjanjian pelesenan eksklusif dengan Seattle Genetics Inc. (SGEN: NASDAQ GS) yang mana Seattle Genetics menerima hak seluruh dunia yang eksklusif terhadap molekul-molekul proprietari PharmaMar tertentu bagi tujuan pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan konjugat ubat-antibodi (ADC) dan/atau konjugat ubat lain yang menggabungkan muatan-muatan PharmaMar.

Menurut terma-terma perjanjian, PharmaMar menerima bayaran pendahuluan sebanyak 5,000,000 US dolar apabila menandatangani perjanjian, diikuti dengan tahap penting pembangunan sekiranya produk memasuki pembangunan klinikal yang dijalankan oleh Seattle Genetics. Di samping itu, PharmaMar juga layak menerima kelulusan berpotensi dan tahap pencapaian jualan selain royalti, sebaik produk menerima kelulusan kawal selia dan dikomersialkan.

PharmaMar mempunyai unit Muatan-muatan Marin. Ini merupakan molekul baharu dan pelbagai dari segi strukturnya dengan mekanisme tindakan baharu yang memberi peluang unik untuk membangunkan ADC generasi seterusnya. Muatan-muatan ini adalah amat poten, dengan aktiviti sitotoksik sub-nanomolar. ADC ialah rawatan kanser bersasaran yang direka untuk memanfaatkan sifat kekhususan antibodi bagi menghantar agen pembunuh sel terus kepada sel kanser.

Seperti yang dinyatakan oleh Luis Mora, Pengarah Urusan Unit Perniagaan Onkologi PharmaMar, "Kami berbesar hati dapat menandatangani perjanjian berlesen ini bersama Seattle Genetics, perintis dan syarikat yang terkemuka dalam pasaran ADC, kerana ia membolehkan kami berusaha bersama-sama untuk rawatan kanser yang canggih ini."

Jabatan muatan di PharmaMar masih baharu, meletakkan syarikat sebagai pembekal produk sitotoksik, yang diperlukan oleh semua syarikat yang terlibat dalam bidang ADC.

Latar Belakang Seattle Genetics Inc.  

Seattle Genetics Inc ialah sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan dan mengkomersialkan terapi berasaskan antibodi monoklon bagi tujuan rawatan kanser. Ibu pejabat Seattle Genetics terletak di Bothell, Washington (AS) http://www.seattlegenetics.com.

Latar Belakang PharmaMar  

Beribu pejabat di Madrid, PharmaMar ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang terkemuka di dunia bagi penemuan dan pembangunan ubat-ubatan antikanser inovatif yang diperoleh daripada marin. Syarikat mempunyai rancangan calon ubatan dan program onkologi R&D yang mantap. PharmaMar membangunkan dan mengkomersialkan YONDELIS® di Eropah dan mempunyai tiga program tahap klinikal lain yang sedang dibangunkan untuk beberapa jenis kanser pejal dan hematologi, lurbinectedin, plitidepsin, PM184 dan PM14. PharmaMar ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf global yang mempunyai subsidiari-subsidiari di Jerman, Itali, Perancis, Switzerland, United Kingdom. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PharmaMar, kunjungi kami di http://www.pharmamar.com.

Butiran perhubungan: Perhubungan Media (+34-638-79-62-15) dan Perhubungan Pelabur (+34-914444500).

Source: PharmaMar
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements