omniture

Arab Saudi Meningkat Lima Kedudukan di Indeks Rasuah 2017 Transparency International

The National Center for Performance Measurement (Adaa)
2018-02-26 08:52 553

RIYADH, Arab Saudi, 26 Februari 2018 /PRNewswire/ --

Transparency International telah melancarkan Indeks Persepsi Rasuah 2017 terkini, di mana kedudukan Arab Saudi terus bertambah baik, naik lima tempat dari kedudukan 62 pada tahun sebelumnya kepada 57 pada tahun ini. Walaupun indeks ini menggambarkan persepsi tahun lalu, berita ini menyusuli usaha terkini oleh Arab Saudi untuk memerangi rasuah di negara itu, yang telah menyaksikan negara mengambil tindakan berani termasuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan pada bulan November 2017.

Menurut data yang dikeluarkan oleh organisasi anti-rasuah global pada hari Selasa, skor keseluruhan Arab Saudi ialah 49 daripada 100. Di kalangan negara-negara Arab, Arab Saudi telah meningkatkan kedudukannya kepada tempat ketiga di rantau ini dan dengan skor yang lebih tinggi daripada purata serantau sebanyak 33. Pengiktirafan ini datang pada masa pembangunan pesat untuk Arab Saudi, semasa ia sedang giat mengejar agenda Wawasan 2030nya yang bercita-cita tinggi.

Para pegawai atasan Saudi mengalu-alukan laporan ini, dengan mengatakan bahawa, "ia menandakan keputusan ketara pelan Wawasan 2030 Arab Saudi dan komitmennya terhadap kebertanggungjawapan dan penambahbaikan yang berterusan." Pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan ini merupakan satu langkah terkini untuk meningkatkan ketelusan di negara ini, yang melibatkan beberapa agensi kerajaan. Ini termasuk Adaa, Pusat Pengukuran Prestasi Kebangsaan.

"Kami bertekad untuk mencapai objektif dalam pelan Wawasan 2030, yang termasuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam setiap aspek kerajaan kami, dan laporan ini menunjukkan kemajuan yang kami buat," kata Menteri Ekonomi dan Perancangan Mohamed Altwaijri. "Penggunaan Pusat Pengukuran Prestasi Kerajaan (Adaa) Arab Saudi untuk menilai prestasi entiti awam kami secara berasingan merupakan salah satu daripada banyak kaedah yang kami gunakan yang memberikan hasil peningkatan kedudukan global kami."

Husameddin AlMandani, Ketua Pengarah Adaa, Pusat Pengukuran Prestasi Kebangsaan berkata: "Mendayakan ketelusan dalam kerajaan ialah salah satu sebab utama Adaa diwujudkan, dan kami gembira bahawa usaha kami, dan usaha penuh dalam mencapai Wawasan 2030, menunjukkan pencapaian sebenar. Adalah penting untuk pemimpin global menubuhkan organisasi yang membantu meningkatkan kecekapan dan ketelusan kerajaan."

Laporan Indeks Persepsi Rasuah menganalisa persepsi rasuah sektor awam di 180 negara setiap tahun dan menentukan bagaimana skor setiap negara berbanding satu sama lain menggunakan skala 0 hingga 100, dengan 0 menunjukkan sangat korup dan 100 sangat bersih. Laporan 2017 mendapati bahawa purata rasuah global adalah 43, tidak berubah dari tahun 2016. 

Walaupun laporan ini secara amnya menunjukkan sedikit sahaja kemajuan dalam menghakis persepsi rasuah, skor Kerajaan Arab Saudi meningkat kepada 49 daripada 46 sejak tahun 2016.

Dorongan untuk ketelusan yang lebih besar dan peningkatan pengukuran prestasi merupakan bahagian utama Wawasan 2030, dan lambang keinginan Arab Saudi untuk bekerja bersama beberapa rakan kongsi antarabangsa untuk menubuhkan dan menggabungkan amalan terbaik merentas spektrum entiti awam dan swasta.

Hubungi: Dur Kattan, Pengarah Eksekutif Hubungan Awam & Komunikasi – Pusat Pengukuran Prestasi Kebangsaan

(Adaa). dkattan@adaa.gov.sa, +966-920001156

Sumber: Pusat Pengukuran Prestasi Kebangsaan (Adaa)

Source: The National Center for Performance Measurement (Adaa)
Keywords: Banking/Financial Service