omniture

Siam City Cement Group Thailand Mantapkan Kelayakan Hijau dengan Asas Komunikasi Avaya

Pengeluar simen utama gunakan penyelesaian komunikasi Avaya generasi seterusnya untuk pacu transformasi digital dan kekalkan komitmen terhadap pembangunan mampan
Avaya Newsroom
2018-02-27 10:00 643

DUBAI, UAE, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Siam City Cement Public Company Limited (SCCC) kini mengubah infrastruktur komunikasinya dengan sokongan Avaya Holdings Corp. (NYSE:AVYA), bagi membolehkan pengeluar simen utama Thailand untuk terus mengurangkan kesan karbonnya tatkala ia berkembang di seluruh rantau Asia-Pasifik.

SCCC telahpun menyokong pembangunan Thailand sejak lebih 47 tahun lamanya dan merupakan pengeluar simen Thailand pertama yang diperakui sebagai Green Industry Tahap 5, oleh Kementerian Industri, untuk ketiga-tiga kilangnya - Siam City Concrete Co., Ltd., Conwood Co., Ltd. dan INSEE SUPERBLOCK Co., Ltd. Syarikat berkembang pesat menjadikan lebih enam buah pejabat ditubuhkan di seluruh rantau, termasuk operasi-operasi di Sri Lanka, Bangladesh dan Vietnam, serta memerlukan infrastruktur komunikasi yang mantap untuk menyokong objektif-objektif transformasi digitalnya sekaligus mengekalkan komitmennya terhadap pembangunan mampan.

Syarikat menggunakan penyelesaian Avaya generasi seterusnya untuk menyelaraskan komunikasi buat pelanggan dan kakitangan. Loxley Public Company Limited, sebuah syarikat teknologi Thailand yang terkemuka dan rakan saluran Avaya, mereka bentuk dan melaksanakan projek ini.

Hasilnya, SCCC mengubah pengalaman pelanggan dan meningkatkan produktiviti kakitangan serta kolaborasi melibatkan 1,500 pekerja di pejabat utama dan kilang-kilang serantau. Penyelesaian Avaya membolehkan kakitangan di kawasan-kawasan berbeza untuk berhubung dengan lancar melalui peranti dan saluran pilihan mereka, tanpa mengira kualiti sambungan Internet di negara-negara berbeza. Kakitangan juga kini boleh menggunakan persidangan video untuk berkolaborasi, mengurangkan keperluan untuk ke luar negara.

"Menerusi pengembangan pesat kami di seluruh rantau, kami inginkan penyelesaian berkesan kos yang membolehkan kami mencapai objektif-objektif pembangunan mampan kami dan dalam masa yang sama memacu perjalanan transformasi digital kami. Penyelesaian komunikasi Avaya memperkasakan kakitangan kami untuk bekerja dan berkolaborasi antara satu sama lain dengan berkesan, tanpa mengira lokasi mereka, dan tanpa perlu meningkatkan kesan karbon kami. Kami telah bekerjasama dengan Avaya selama bertahun-tahun dan kami melihat Avaya sebagai rakan teknologi penting untuk terus berkembang maju," kata Khun Ittaya Sirivasukarn, Ketua Pegawai Eksekutif INSEE Digital Company Limited.  

"Kami amat berbangga dengan cara SCCC menggunakan teknologi-teknologi komunikasi bukan sahaja untuk mencapai matlamat perniagaannya, tetapi juga misi sosialnya. Teknologi-teknologi komunikasi Avaya menandakan bahawa syarikat-syarikat tidak perlu menjejaskan matlamat persekitaran mereka apabila mereka memulakan langkah perjalanan transformasi digital mereka. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada SCCC atas pendekatannya yang berpandangan jauh dan tidak sabar-sabar menantikan banyak idea hebat dan inovatif pada masa depan," kata Bundhit Vongbuntoon, Pengarah Negara Thailand, Avaya.

SCCC pernah memenangi pelbagai anugerah berkaitan inovasi dalam pengurusan tenaga dan penggunaan teknologi, dan juga nilai-nilai jenama korporat, termasuk Anugerah Kecemerlangan dalam Pengurusan Tenaga daripada Jabatan Tenaga Thailand. Menurut tinjauan terkini yang dijalankan oleh YouGov, separuh daripada kesemua pengguna di rantau APAC percaya syarikat-syarikat bertanggungjawab untuk memastikan rantaian bekalan mereka tidak memudaratkan alam sekitar.

Pertanyaan Media:
Iman Ghorayeb
+971-4-404-8275
ighorayeb@avaya.com

Source: Avaya Newsroom
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment