omniture

Lenzing masuki fasa baharu dengan pelancaran TENCEL(TM) sebagai jenama utama Lenzing untuk tekstil

Seni bina jenama TENCEL™ baharu bolehkan rakan industri tekstil, peniaga dan pengguna untuk "Rasa amat selesa" menerusi tawaran pakaian dan kediaman TENCEL™
Portfolio jenama TENCEL™ bertumpu pengguna berkembang melangkaui gentian kepada kegunaan atau aplikasi harian - Active TENCEL™, Denim TENCEL™, Home TENCEL™, Intimate TENCEL™ dan Luxe TENCEL™
Lenzing Group
2018-02-28 12:49 673

PARIS, 28 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Lenzing Group (Lenzing) menakrif semula TENCEL™, sebagai jenama premium tekstilnya di Premiere Vision Paris. Penakrifan semula jenama TENCEL™ ialah satu pencapaian penting terhadap strategi jenama baharu Lenzing untuk meningkatkan tawaran jenama produk, menggalakkan hubungan dengan pelanggan dan pengguna serta mendorong permintaan pengguna. TENCEL™ menempa kedudukan yang baik untuk menjadi enjin pertumbuhan utama dalam sektor tekstil, dengan portfolio jenama yang memenuhi permintaan penggunaan yang tersendiri -- Active TENCEL™, Denim TENCEL™, Home TENCEL™, Intimate TENCEL™ dan Luxe TENCEL™, semuanya didayakan oleh dua gentian serba guna dan amat serasi, Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™.

Direka dan berasaskan dapatan serta maklumat daripada kajian pasaran yang meluas, seni bina jenama merupakan langkah penting untuk Lenzing beralih daripada pengeluar gentian perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) kepada jenama perniagaan-kepada-perniagaan-kepada-pengguna (B2B2C). Seni bina jenama bukan sekadar memenuhi trend yang semakin berkembang antara jenama-jenama runcit dan para pengguna untuk mendapatkan produk yang membuatkan mereka kelihatan segak dan berasa selesa, tetapi juga dapat membuat kebaikan melalui proses-proses pengeluaran yang mampan serta telus, seperti proses-proses yang dijalankan untuk menghasilkan gentian Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™. Menurut dapatan kajian, meskipun Modal LENZING™ dikenali sebagai gentian berkualiti baik dengan kelembutan halus yang tahan lama, TENCEL™ ialah nama jenama yang amat terkenal dan dihargai dalam kalangan pemegang kepentingan, pelanggan dan pengguna di kawasan-kawasan sasaran utama Lenzing. Maka, TENCEL™ dipilih sebagai jenama khusus tekstil Lenzing untuk pakaian dan kegunaan kediaman, dan menyasarkan untuk membantu mencipta jenama yang unik dan berbeza dalam pasaran gentian Modal dan Lyocell. Jenama produk TENCEL™ yang ditakrif semula, berserta slogan "Rasa amat selesa", akan membolehkan Lenzing memulakan proses komunikasi berkisarkan pesanan yang melangkaui jenis-jenis dan ciri-ciri gentian kepada penggunaan harian dan faedah yang diutamakan oleh jenama dan juga pengguna.  

"Menerusi strategi jangka lebih panjang untuk meningkatkan hubungan bersama pelanggan dan pengguna, tahun 2018 akan menjadi tahun perubahan penting untuk Lenzing," kata Robert van de Kerkhof, Ketua Pegawai Komersial Lenzing Group. "Sejak memperkenalkan strategi perniagaan sCore TEN kami pada tahun 2015, Lenzing telah beralih kepada perniagaan gentian khusus dengan tumpuan kukuh terhadap inovasi, kualiti dan kemampanan. Jenama TENCELTM yang ditakrif semula menggariskan prinsip-prinsip teras kami iaitu kepercayaan, ketelusan, keandalan dan kemesraan, dan dengan menerajui inovasi teknologi dalam sektor tekstil, kami akan terus mendayakan rakan industri kami dan pengguna untuk berasa selesa, kelihatan segak dan berbuat baik."

Menurut strategi jenama baharu, gentian Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™ akan menjadi bahan-bahan utama dalam portfolio produk berjenama TENCEL™. Diperoleh daripada sumber-sumber kayu yang diperakui dan dikawal, kedua-dua gentian standard Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™ dihasilkan melalui proses pengeluaran yang bertanggungjawab dan boleh dijadikan kompos dan terbiodegradasi dalam persekitaran perindustrian, kediaman, tanah dan marin. Didayakan oleh inovasi industri, termasuk teknologi REFIBRA™, teknologi Eco Soft, teknologi filamen Eko dan teknologi Mikro, tekstil-tekstil yang dihasilkan di bawah jenama TENCEL™ menawarkan standard kemampanan premium dan keselesaan semula jadi bagi memenuhi kehendak pengguna yang berubah-ubah.

"Kami memetakan laluan berani yang baharu untuk memudahkan portfolio produk kami dan mengangkat jenama kami bagi memberi lebih nilai kepada pengguna dan rakan industri," kata Harold Weghorst, pengarah Pengurusan Jenama Global. "Sebagai jenama utama Lenzing dalam sektor tekstil, TENCEL™ akan berkembang melangkaui jenis gentian dan ciri-ciri fungsi, ia akan menjadi jenama bertumpu pengguna yang sebenar yang menjanjikan sesuatu yang lebih berfungsi dan beremosi. Dengan mengangkat jenama TENCEL™ menjadi janji terhadap pengguna dan bukannya pesanan produk kepada rantaian nilai, kami dapat mula mengujakan pengguna, peruncit dan jenama tentang faedah-faedah holistik gentian botani. Berpandukan janji jenama 'Rasa yang amat selesa', TENCEL™ membawakan tahap keselesaan yang lebih hebat dan prestasi lebih tinggi kepada pengguna sekaligus membuatkan mereka berasa selesa dengan pilihan yang dibuat. Kami berharap dapat menjalin hubungan yang lebih kukuh dengan rantaian nilai industri dan pengguna melalui kepakaran kami berhubung kemampanan, khususnya, gentian Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™. Dalam tempoh jangka panjang, kami merancang untuk memajukan TENCEL™ bukan sekadar menjadi jenama B2B yang dipercayai, tetapi juga kepada jenama pilihan pengguna, yang menyediakan pengguna B2B dengan kemudahan untuk memaksimumkan kecekapan pemasaran dan membolehkan pengguna mengenal pasti produk-produk 'rasa selesa' yang diperbuat daripada bahan-bahan lestari."

Beralih daripada gentian kepada kegunaan atau aplikasi harian yang tersendiri dalam tawaran berjenama-berfokus-pengguna, Active TENCEL™, Denim TENCEL™, Home TENCEL™, Intimate TENCEL™ dan Luxe TENCEL™ diwujudkan di bawah portfolio TENCEL™. Tanda pakaian baharu dan bahan-bahan pemasaran akan dilancarkan pada peringkat peruncitan bagi memberikan penjelasan tentang dakwaan faedah produk yang mengandungi gentian berjenama TENCEL™. Tag pakaian, berserta garis panduan yang lebih terperinci tentang penggunaan B2B dan B2C, kini disediakan melalui platform perkhidmatan e-penjenamaan baharu Lenzing, yang dapat menampung pelanggan B2B dan rakan niaga, menawarkan penyelesaian yang lebih pantas, lebih mampan dan lebih mesra pengguna untuk pensijilan dan pelesenan.

"Dengan mengguna pakai strategi jenama baharu, kami akan mengambil pendekatan yang lebih diperibadikan dan bersasaran bagi menonjolkan intipati jenama TENCEL™ iaitu 'kelembutan' dan 'rasa selesa dengan sentuhan semula jadi' bersama pelanggan B2B, rakan niaga dan juga pengguna," tambah Amit Gautam, naib presiden Pengurusan Perniagaan Global dalam Tekstil. "Kami akan bekerjasama erat dengan rantaian nilai industri dan jenama-jenama runcit bagi mendidik pengguna tentang proposisi nilai yang dibawakan oleh TENCEL™ seperti kualiti produk, faedah fungsi dan kemampanan. Program-program penjenamaan bersama seperti tanda pakaian atau pempakejan, serta kempen pemasaran bersama dengan jenama-jenama runcit akan membolehkan kami mendekati pengguna secara langsung. Dengan lebih banyak pendedahan jenama dan pendidikan pengguna yang berterusan mulai tahun ini dan seterusnya, pengguna akan lebih mengenali kami melalui jenama TENCEL™ menerusi pakaian dan tekstil rumah dan/atau dalam outlet runcit rakan kongsi kami di kawasan-kawasan berbeza."

Penakrifan semula TENCEL™ sebagai jenama utama tekstil Lenzing ialah langkah pertama dalam pelaksanaan jenama baharu Lenzing, yang mana pendekatan sama akan turut diguna pakai kepada aplikasi bukan tenun dan perindustrian, yang bakal diumumkan pada peringkat seterusnya.

Imej-imej daripada majlis pelancaran Tencel di Premiere Vision Paris boleh dimuat turun daripada: Pelancaran TENCEL™ (PIN: HLREfyamS7H7).

Untuk butiran lanjut tentang TENCEL™, Active TENCEL™, Denim TENCEL™, Home TENCEL™, Intimate TENCEL™ dan Luxe TENCEL™ sila kunjungi www.tencel.com.

Latar Belakang TENCEL™

TENCEL™ ialah jenama khusus tekstil di bawah Lenzing Group yang meliputi tawaran produk khusus tekstil untuk pakaian dan kediaman. Portfolio jenama produk TENCEL™ menakrifkan langkah berevolusi baharu dari segi kemampanan, faedah-faedah fungsi, keselesaan semula jadi dan menampung penggunaan atau aplikasi harian yang tersendiri. Gentian yang digunakan di bawah jenama TENCEL™ diperoleh daripada sumber-sumber yang diperakui dan dikawal yang mengikuti garis panduan ketat dalam Dasar Kayu dan Pulpa Lenzing. Modal TENCEL™ dan Lyocell TENCEL™ menerima designasi daripada Program BioPreferred® USDA (Jabatan Pertanian A.S.).

Source: Lenzing Group
Related Links:
Keywords: Fashion Retail Textiles Corporate Social Responsibility