omniture

GFSI Iktiraf Kecemerlangan dalam Keselamatan Makanan Menerusi Anugerah Pasaran Global 2018

Global Food Safety Initiative
2018-03-09 15:10 681

TOKYO, 9 Mac 2018 /PRNewswire/ --

  • Empat syarikat, Nuts and Legumes Co. (Pakistan), Plantation Industries Limited (Nigeria), Fuji Foods Co. Ltd. (Jepun) dan ASOCIACIONES AGROINDUSTRIALES SERRANAS S.A DE C.V (Mexico), diiktiraf bagi aplikasi Program Pasaran Global GFSI dalam perjalanan mereka ke arah pensijilan GFSI
  • Program Pasaran Global GFSI mengaturkan kaedah bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana menyediakan makanan yang selamat, mengurangkan bahaya dalam rantaian bekalan dan berusaha ke arah akses pasaran yang lebih hebat

Lembaga pengarah GFSI, Jawatankuasa Pemilih Anugerah Pasaran Global dan greenfence, penaja anugerah, dengan gembiranya mengumumkan pengiktirafan empat buah syarikat dari seluruh dunia atas cara mereka memanfaatkan Program Pasaran Global GFSI dalam perjalanan mereka ke arah pensijilan GFSI dan sistem keselamatan makanan bertaraf dunia yang dapat dicontohi. Empat buah syarikat telah diberi pengiktirafan atas kecemerlangan dalam memajukan aspek keselamatan makanan sebagai sebahagian daripada Anugerah Pasaran Global 2018.

Nuts and Legumes Co. (Pakistan), Plantation Industries Limited (Nigeria), Fuji Foods Co. Ltd (Jepun) dan ASOCIACIONES AGROINDUSTRIALES SERRANAS S.A DE C.V (Mexico) mendapat pujian atas aplikasi mereka terhadap Program Pasaran Global GFSI, mengaturkan kaedah syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana dapat menyediakan makanan yang selamat, mengurangkan bahaya dalam rantaian bekalan dan berusaha ke arah akses pasaran yang lebih hebat. Anugerah ini disusuli dengan Persidangan Keselamatan Makanan Global tahun ini, yang diadakan di Tokyo dan menghimpunkan para pemimpin industri bagi membincangkan trend keselamatan makanan yang utama dalam sektor FMCG. Para penerima anugerah di GFSC 2018, Tokyo mewakili empat perusahaan bersaiz kecil dan sederhana dari Mexico, Pakistan, Nigeria dan Jepun.

Anugerah Pasaran Global mengiktiraf kejayaan organisasi dalam mengaplikasikan Program Pasaran Global GFSI, satu rangka kerja untuk mewujudkan kapasiti keselamatan makanan dalam operasi-operasi pengeluaran dan pengilangan, selain menggalakkan penambahbaikan yang berterusan. Ia telah diguna pakai oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia sebagai penyelesaian keselamatan makanan peringkat permulaan untuk syarikat-syarikat kecil yang sedang membangun dalam pasaran-pasaran tempatan. Ia merupakan sebahagian daripada visi GFSI untuk menyediakan makanan yang selamat kepada pengguna di mana-mana jua.

Program Pasaran Global GFSI berfungsi melalui beberapa fasa serta instrumen dan berasaskan unsur-unsur daripada Keperluan Penandaarasan GFSI, yang seterusnya adalah berdasarkan Prinsip-prinsip Umum Codex bagi Kod Amalan Kebersihan Makanan. Ia diwujudkan sebagai proses penilaian bukan-pensijilan yang dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Program ini berfungsi melalui beberapa fasa serta instrumen dan berasaskan unsur-unsur daripada Keperluan Penandaarasan GFSI, yang seterusnya adalah berdasarkan Prinsip-prinsip Umum Codex bagi Kod Amalan Kebersihan Makanan. Ia diwujudkan sebagai proses penilaian bukan-pensijilan yang dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan

Dalam sebuah majlis yang dipengerusikan oleh Mike Robach, Pengerusi Lembaga GFSI, Mike Taylor, Pengerusi jawatankuasa pemilih anugerah dan Mitch Chait, Ketua Pegawai Eksekutif penaja, greenfence, para penerima anugerah berpeluang untuk mengetengahkan perjalanan mereka dalam sidang plenari di Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018.

"Anugerah Pasaran Global 2018 menonjolkan kepelbagaian Program Pasaran Global di serata dunia pada hari ini sebagai laluan bagi memperoleh pensijilan dan program untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil membangunkan sistem pengurusan keselamatan makanan yang mantap. Menerusi anugerah ini, GFSI ingin mengiktiraf komitmen syarikat-syarikat di seluruh dunia terhadap perjalanan keselamatan makanan mereka," kata Mike Robach.

"Keempat-empat penerima Anugerah Pasaran Global dipilih daripada sekumpulan pemohon yang mantap, yang telah mendapat manfaat dalam perjalanan keselamatan makanan mereka dengan menggunakan Program Pasaran Global. Jawatankuasa Pemilih Anugerah GFSI menumpu pada usaha dan saiz langkah yang diambil oleh syarikat-syarikat bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan keselamatan makanan dan budaya penambahbaikan yang berterusan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat yang mengambil bahagian," kata Mike Taylor, Pengerusi jawatankuasa pemilih Anugerah Pasaran Global.

"greenfence berbesar hati untuk menaja anugerah berprestij ini yang mengiktiraf syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan makanan global atas usaha mereka untuk menjadi rakan dagangan yang dipercayai. Anugerah tersebut benar-benar selari dengan objektif greenfence untuk menyediakan industri makanan dengan cara yang dipercayai serta berkesan untuk mengenal pasti dan juga mengesahkan pembekal-pembekal produk dan perkhidmatan," tambah Mitch Chait, Ketua Pegawai Eksekutif greenfence.

Source: Global Food Safety Initiative
Keywords: Food/Beverages Awards