NIWOT, Colo., 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini melancarkan kempen pemasaran global "Come As You Are" tahun keduanya. Bagi tahun 2018, peralihan "Come As You Are" daripada undangan kepada semua untuk menjadi individu unik kepada perayaan keunikan dan keindividuan, menggalakkan semua orang untuk berasa selesa dengan diri mereka sendiri. Kempen diterajui oleh muzikal berilhamkan filem cetera dibintangi oleh Drew Barrymore yang menyanyi dan menari, dengan versi-versi yang menampilkan barisan selebriti global jenama ini.
"Ketika kami membincangkan bagaimana untuk menjadikan kempen 'Come As You Are' lebih hebat dan lebih baik untuk tahun 2018, persembahan muzikal ialah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya," kata Barrymore. "Saya bukanlah seorang penyanyi atau penari, namun untuk kempen ini meraikan segala yang boleh dicapai apabila kita berasa selesa menjadi diri sendiri, saya ingin keluar dari zon selesa saya. Saya sukakan hasilnya dan ia membuktikan kepada saya bahawa apabila anda berasa selesa menjadi diri sendiri, anda boleh melakukan apa sahaja."
Matlamat kempen "Come As You Are" adalah untuk mencetuskan perbualan di seluruh dunia mengenai apa yang orang ramai dapat lakukan apabila mereka berasa selesa menjadi diri sendiri – membawakan keaslian dan keinsanan dalam mesej kempen. Kempen ini akan dijalankan dalam pasaran-pasaran seluruh dunia dan dipacu oleh gabungan antara pengiklanan digital, pengaktifan media sosial dan perkongsian pihak berpengaruh.
Crocs memulakan perkongsiannya dengan pelakon wanita, penerbit, pengarah, pengarang dan ibu yang pernah memenangi Anugerah Golden Globe untuk melancarkan kempen "Come As You Are" tahun lalu. Perkongsian berkenaan berkembang untuk melibatkan barisan gaya kasut edisi-istimewa untuk wanita dan kanak-kanak, Drew Barrymore - Crocs Collection, yang dilancarkan awal tahun ini.
Koleksi Crocs yang paling popular akan dipaparkan sepanjang kempen tersebut, termasuk LiteRide™, inovasi terkini jenama ini dalam teknologi keselesaan, Crocs Isabella, Swiftwater, dan pastinya, Classic Clog yang ikonik.
"Sekiranya 'keselesaan' menjadi kebenaran kami, maka 'Come As You Are' menjadi slogan kami," kata Terence Reilly, Ketua Pegawai Pemasaran, Crocs. "Kami berharap persembahan muzikal, digandingkan dengan pengaktifan jenama kami melalui media sosial, bukan sahaja dapat menghiburkan tetapi menginspirasikan pengguna seluruh dunia untuk mencari ruang keluar dari kebiasaan, berkongsi detik paling selesa dan paling penting, meraikan setiap sesuatu yang membuatkan mereka unik."
Crocs akan melancarkan kempen "Come As You Are" tahun keduanya dengan meminta pengguna dan individu berpengaruh dalam media sosial untuk menakrifkan maksud berasa selesa menjadi diri sendiri – sama ada mencipta olahan baharu bagi lagu muzikal yang dinyanyikan oleh mereka sendiri, mengkoreografi tarian unik atau melakukan sesuatu yang benar-benar asli menggunakan kasut Crocs mereka.
Kembali sebagai duta jenama global dan membintangi bersama-sama Barrymore dalam versi semua-selebriti untuk persembahan muzikal ialah YOONA, pemuzik dan pelakon Korea Selatan yang membuat penampilan sulung pada tahun 2007 sebagai ahli kumpulan Girls' Generation, dan Henry, seorang penyanyi, penggubah lagu, pemuzik dan komposer bertaraf antarabangsa.
"Sejak hari pertama, saya yakin 'Come As You Are' akan berjaya," kata Henry. "Kita semua pernah mengalami jatuh bangun, serta kejayaan dan juga kegagalan 'Come As You Are' meraikan semua detik kehidupan dan menjadikan anda berasa bangga menjadi diri sendiri. Persembahan muzikal ini meraikannya dengan cara yang lebih riang, menyeronokkan dan positif."
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen "Come As You Are", layari www.crocs.com/comeasyouare.
Latar Belakang Crocs, Inc.
Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan digemari pengguna. Setiap pasang kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™, teknologi kasut dibentuk yang proprietari, memberikan keselesaan luar biasa pada setiap langkah.
Pada tahun 2018, Crocs mengukuhkan misi "semua orang selesa dengan diri mereka sendiri" dengan tahun kedua kempen Come As You Are™ globalnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau kempen Come As You Are, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084259-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084259-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180320/2084259-1-c