omniture

KISS Anjur 'Makan Tengah Hari Besaran Komanwel'

KIIT
2018-03-26 11:23 623

BHUBANESWAR, India, 26 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Kalinga Institute of Social Sciences (KISS), Bhubaneswar, syarikat saudara Kalinga Institute of Industrial Technology (KIIT), dengan kerjasama British Council India menganjurkan 'Commonwealth Big Lunch' ('Makan Tengah Hari Besar Komanwel') pada 23 Mac. Lebih 30,000 kakitangan dan pelajar pribumi institut ini menikmati makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dan wakil-wakil Suruhanjaya Tinggi dari 53 negara Komanwel serta British Council bersama-sama di tempat yang sama.

generated by system

Para delegasi diberikan satu sambutan tradisional oleh para pelajar apabila tiba di KISS. Mereka mengambil bahagian dalam pelbagai program di KIIT dan KISS pada 23 Mac dan menikmati makan tengah hari bersama 27,000 pelajar KISS bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang. Mereka turut mengunjungi pameran kraftrangan oleh pelajar-pelajar KISS, merasmikan Dewan Komanwel di kampus KISS dan berinteraksi bersama para pelajar KISS. Delegasi-delegasi ini turut melepaskan 53 burung merpati putih sebagai lambang keamanan dan keharmonian di dunia. Sepuluh hidangan berbeza yang dimasak di Dapur Mega KISS disajikan dalam Makan Tengah Hari Besar ini, yang mana sejumlah Rs. 30 lakh disumbangkan oleh British Council.

British Council menyambut 70 tahun penubuhannya dalam negara-negara Komanwel dunia. Pada kesempatan ini, British Council menganjurkan Makan Tengah Hari Mega seperti ini. KISS ialah satu-satunya organisasi yang dipilih dari Asia berserta empat negara Komanwel lain termasuk Australia, Afrika Selatan, Ghana dan Edinburgh (UK) untuk menganjurkan Makan Tengah Hari Besar Komanwel.

Sambil melahirkan rasa gembira, En. Alan Gemmell OBE, Pengarah, British Council India berkata, "Kami mendapat inspirasi daripada visi dan kesungguhan Pengasas KISS Dr. Achyuta Samanta untuk berkongsi kuasa pendidikan yang transformatif dengan anak-anak suku asli. Agar sukar untuk menolak apabila kami diminta untuk menganjurkan majlis makan tengah hari yang amat besar di India dan kami meminta bantuan pasukan KISS untuk mewujudkan sambutan Komanwel yang tidak dapat dilupakan dan kepentingan orang muda terhadap masa depan Komanwel. Melalui Makan Tengah Hari Besar di KISS, Bhubaneswar kami turut mengadakan sambutan ulang tahun ke-70 kami di India kepada Odisha."

Dr. Achyuta Samanta, Pengasas, KIIT dan KISS, mengucapkan terima kasih kepada British Council kerana memilih KISS untuk mengadakan majlis Makan Tengah Hari Besar Komanwel. "Odisha berasa bangga kerana dapat menjadi tuan rumah kepada orang-orang kenamaan dari 53 negara Komanwel yang pastinya akan membawa pulang sebahagian daripada Odisha bersama mereka," kata beliau.

Perhubungan media:
Shradhanjali Nayak
Pengarah - Perhubungan Awam
KIIT
+91-9437020240
shradhanjali@kiit.ac.in

Sumber: KIIT

Source: KIIT
Keywords: Education