omniture

Keluaran Terkini HCI Sangfor Perkenal Perlindungan Data Bersepadu

Menggunakan Aplikasi Bermisi Kritikal dan Tidak Mahu Membayar Kos yang Tinggi kepada VMware?
Sangfor Technologies
2018-03-29 20:05 702

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Sangfor ialah vendor Infrastruktur Tertumpu-Hiper (HCI) pertama yang memperkenalkan fungsi Perlindungan Data Berterusan (CDP) terbina dalam yang memberikan Objektif Titik Pemulihan (RPO) hampir sifar kepada pelanggan. Keluaran ini turut menawarkan penyelesaian sandaran tahap-Mesin-Maya yang ringkas untuk pelanggan yang beroperasi pada platform VMware.

Dalam dunia transformasi digital hari ini, organisasi-organisasi melibatkan semua saiz dan industri harus menyediakan perlindungan data yang mencukupi untuk aplikasi mereka agar tidak mengalami kegagalan perkakasan, kerosakan data, kecurian data, perisian hasad dan banyak kesilapan manusia. Untuk aplikasi bermisi kritikal, perlindungan data perlu dibuat hampir pada masa nyata bagi mengelakkan sebarang kehilangan data. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian kecil daripada organisasi mampu mendapatkan perkhidmatan ini memandangkan penyelesaian sedia ada daripada vendor seperti VMware sama ada tidak wujud, terlalu rumit mahupun terlalu mahal untuk dilaksanakan.

"Ramai pelanggan saya telah menyeragamkan pada VMware dalam seluruh organisasi mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka mendapati mereka berada dalam situasi sukar apabila mereka perlu menawarkan perlindungan data," kata Jason Yuan, Naib Presiden Produk dan Pemasaran Sangfor. "DR VMware menuntut sejumlah besar lesen yang biasanya menggandakan pelaburan infrastruktur. Untuk aplikasi bermisi kritikal, VMware tidak mempunyai penyelesaian CDP miliknya sendiri untuk operasi sepanjang masa mereka. Ketiadaan CDP bermakna sandaran data bagi tempoh satu hari mahupun satu jam menyebabkannya terdedah kepada kehilangan data perniagaan dan syarikat yang tidak dapat ditanggung oleh mereka. Walau bagaimanapun, penyelesaian CDP tradisional untuk VMware memerlukan pelaburan yang besar termasuk pelayan tambahan, storan dan lesen perisian. Reka bentuk pelaksanaan biasanya memakan masa sehingga tiga bulan lamanya. Kerumitan projek biasanya memerlukan penglibatan daripada pakar-pakar VMware dan storan yang diperakui dan mahal."

Fungsi sandaran CDP Sangfor dan VMware mudah digunakan, pelanggan hanya memerlukan dua pelayan tambahan untuk memulakannya. Selain itu, keupayaan ini digabungkan dan diurus melalui platform HCI yang intuitif. Reka bentuk dan pelaksanaannya boleh dilakukan oleh kebanyakan jurutera IT tanpa memerlukan latihan khusus. Jumlah kosnya pula hanyalah sebahagian kecil daripada kos menggunakan alternatif tradisional mahupun VMware.

Sangfor ialah vendor utama bagi HCI. Lebih 2,000 pelanggan memilih HCI Sangfor untuk membina pusat data mereka sejak tahun 2015. Sebelum diperkenalkan kepada pasaran antarabangsa, perlindungan data telahpun dilaksanakan dengan jayanya oleh lima belas pelanggan dalam sektor kerajaan, edagang dan juga hospital sejak Februari 2018.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://go.sangfor.com/hcifm583my atau emelkan kepada sales@sangfor.com.

Source: Sangfor Technologies
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services