PETALING JAYA, Malaysia, 2 April 2018 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, telah mengulas bahawa Pacific Mutual menjangka volatiliti pasaran yang lebih tinggi untuk tempoh akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, Teh Chi-cheun, mengulas pandangan syarikatnya terhadap pasaran untuk suku kedua tahun 2018, "Kedua-dua data ekonomi global dan tempatan terus mengukuh. Dengan itu, prestasi pasaran juga baik untuk suku pertama tahun 2018. Tetapi baru-baru ini, risiko yang berpunca dari dasar dan politik telah menyebabkan pasaran menjadi lebih tidak menentu. Kami menjangka pasaran saham akan terus berada pada tren meningkat tetapi turun naik pasaran akan lebih kerap."
Teh terus mengulas bahawa, "Isu dasar dan politik yang mungkin menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu termasuklah peningkatan ketegangan dagangan sungguhpun dalam jangkaan kami trade war sepenuhnya tidak akan berlaku; kesan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat; penurunan bantuan kewangan di zon Euro; perubahan dalam pentadbiran Amerika Syarikat; rundingan Brexit; dan risiko geo-politik di Timur Tengah, Rusia dan Korea Utara. Di pasaran tempatan pula, pilihan raya umum yang akan berlaku di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti memperlahan kerana para pelabur dan perniagaan kesemuanya menunggu pembubaran Parlimen dan pelbagai kempen pilihan raya. Untuk bursa tempatan, ada peluang pelaburan dalam persekitaran sebegini. "
Pada kenyataan yang sama, Pacific Mutual mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM15.8 juta untuk pelabur tujuh buah dananya. Pacific Mutual mengisytiharkan agihan pendapatan tahunan sebanyak 5 sen seunit untuk Pacific Pearl Fund; 2.5 sen seunit untuk Pacific Dana Aman; 1.7 sen seunit untuk Pacific Dana Murni; dan 2.5 sen seunit untuk Pacific Focus China Fund.
Pacific Mutual juga mengumumkan agihan suku tahunan sebanyak 0.4 sen seunit untuk Pacific Cash Fund. Di samping itu, agihan bulanan juga diumumkan untuk Pacific Cash Deposit Fund pada 0.3 sen seunit dan Pacific OCBC Cash Fund 0.25 sen seunit untuk untuk bulan Mac 2018.
PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir bulan Mac 2018, Pacific Mutual mengurus RM1.7 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian. Pada anugerah The Edge | Thomson Reuters Lipper Malaysia Fund Awards 2018 baru-baru ini, Pacific Mutual menerima empat anugerah bagi dana terbaik dalam kategori masing-masing - Pacific Premier Fund (Equity Malaysia Income - 3 tahun dan 5 tahun); Pacific AsiaPac Income Fund (Mixed Asset MYR Balanced - Global - 3 tahun); dan Pacific SELECT Balance Fund (Mixed Asset MYR Balanced - Malaysia - 10 years).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pacificmutual.com.my
HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong | cindy@pacificmutual.com.my | +60-03-7725-9877 sambungan 173