omniture

Soogang Chemical Co., Ltd. Peroleh Pensijilan ISO untuk Pengurusan Kualiti

Soogang Chemical Co., Ltd.
2018-04-05 09:00 1126

SEOUL, Korea Selatan, 5 April 2018 /PRNewswire/ -- Soogang Chemical Co., Ltd, pengeluar pita pelekat dan juga bahan penyerap bunyi, memperoleh pensijilan ISO 9001 dan ISO 14001 untuk sistem pengurusan kualitinya.

‘Pegar’, jenama pita pelekat yang terpilih
‘Pegar’, jenama pita pelekat yang terpilih

Pensijilan ini, yang diperoleh daripada Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO), bermakna pengguna boleh berasa yakin bahawa produk-produk yang diperakui adalah selamat, andal dan berkelayakan.

Oleh yang demikian, pensijilan ini menjamin bahawa produk-produk Soogang Chemical Co., Ltd, adalah berkualiti tinggi, dan dengan demikian dapat meningkatkan kepuasan pelanggan.

Produk yang terpilih ialah pita pelekat yang mengandungi empat ciri utama yang berikut:

  • Terdapat 8 jenis pelekat yang diperbuat daripada pelbagai bahan yang boleh digunakan dalam berbagai-bagai bidang.  
  • Pita pelekat boleh disesuaikan bergantung pada tujuan, suhu dan iklim.
  • Kekuatan pelekat yang kuat dan sebelah sisinya mempunyai salutan menyama bentuk berasaskan akrilik.  
  • Ia boleh dipotong dengam mudah, meningkatkan kecekapan kerja.

Pita pelekat syarikat, yang diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi pada harga yang berpatutan, dieksport ke Lubnan, Mesir dan Iran. Syarikat dijangka akan mengeksport produk-produk ke Australia dan England.

Ketua Pegawai Eksekutif Na Seung-Myeon berkata, "Kami berbangga dengan produk-produk kami yang bersifat mesra alam, menggunakan pelekat boleh larut yang tidak berbahaya dan komited untuk menjadi yang terbaik dalam bidang ini dengan meningkatkan kualiti produk dan amalan pengurusan kami."

Pensijilan ini, tambah beliau, "menonjolkan pencapaian baharu terhadap produk dan juga falsafah syarikat kami; Keutamaan Nilai Pelanggan."

Soogang Chemical menggunakan sistem satu laluan bermula daripada aplikasi silikon kepada penyalutan serta pemprosesan pelekat dan akan terus meluaskan pelaburan penyelidikan & pembangunan (R&D) demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

SOOGANG CHEMICAL CO.,LTD

http://soogang.tradekorea.com/  
(23, Neungjunonggong-gil, Neungju-myeon)
Hwasun-gun, Jeollanam-do, Korea
Tel +82-61-373-2902
E-mel soogang_kr@naver.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180402/2093972-1

Source: Soogang Chemical Co., Ltd.
Keywords: Chemical Household/Consumer/Cosmetics Office Products