omniture

Hikvision Adakan Sidang Kemuncak Dunia Awan AI "Membentuk Kepintaran"

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2018-04-06 03:47 910

Sidang kemuncak bincangkan pembinaan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) melalui kolaborasi terbuka

HANGZHOU, China, 6 April 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Hikvision, Sidang Kemuncak Dunia Awan AI 2018 diadakan dengan jayanya di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou mulai 30-31 Mac.

Sidang Kemuncak Dunia Awan AI Hikvision
Sidang Kemuncak Dunia Awan AI Hikvision

Lebih 2,000 peserta menghadiri sidang kemuncak tersebut, termasuk pakar-pakar dan para ilmuwan industri, serta rakan-rakan kongsi Hikvision termasuk Microsoft, Intel, Milestone Systems dan AxxonSoft. Para hadirin dan pembentang meneroka trend dalam pembangunan AI, aplikasi dunia sebenar teknologi ini dan peluang-peluang untuk menjalin kerjasama bersama rakan kongsi berkaitan AI dalam pasaran global.

Hikvision memperkenalkan Awan AI pada Oktober 2017 di Ekspo Keselamatan Awam China di Shenzhen. Awan AI ialah satu konsep pembangunan yang tercetus daripada era Internet Komunikasi Benda (IoT). Ia merupakan seni bina tiga lapisan yang menggabungkan pengkomputeran awan dan pinggir bagi memberikan persepsi berbilang dimensi dan pemprosesan bahagian depan di Nod Pinggir, dan kemudiannya memproses data pada masa sebenar dan ditumpukan pada Domain Pinggir untuk aplikasi pintar dan mencipta data baharu, serta terus menumpukan data atas-permintaan kepada Pusat Awan untuk analisis data besar.

Membina Ekosistem Awan AI Melalui Kolaborasi Terbuka

Kecerdasan buatan dianggap menjadi satu lagi teknologi yang semakin meningkat naik yang bakal memberi impak penting terhadap umat manusia.

Dalam ucapan dasar beliau, Yunhe Pan, anggota Akademi Kejuruteraan Cina, menekankan bahawa Kecerdasan Buatan telahpun berkembang ke peringkat seterusnya disebabkan oleh kemunculan keperluan sosial baharu seperti bandar pintar, perubatan pintar dan pemanduan tanpa pemandu, serta perubahan ketara dalam persekitaran maklumat seperti Internet, pengkomputeran mudah alih, pengkomputeran awan, Internet Komunikasi Benda dan lain-lain. Ringkasnya, generasi Kecerdasan Buatan seterusnya berkembang ke arah kepintaran data besar, kepintaran kolektif dan kepintaran rentas-media.

"Sejumlah besar keperluan aplikasi melonjak dalam cara yang terpecah-pecah. Pelaksanaan AI dibatasi khususnya oleh tiga faktor – data, kuasa pengkomputeran dan aplikasi. Bagi mempercepatkan proses tersebut, semua pihak berkepentingan dalam setiap industri perlu bersifat terbuka dan kolaboratif untuk membina ekosistem industri AI," kata Yangzhong Hu, Presiden Hikvision ketika berucap dalam sidang kemuncak tersebut, "Bagi membolehkan lebih ramai rakan kongsi mengambil bahagian dalam pembinaan dan perkongsian ekosistem AI, syarikat akan bersifat terbuka sepenuhnya terhadap produk dan perkhidmatannya, termasuk platform perisian Awan AI, sistem latihan, perkhidmatan AI, anotasi data dan perkhidmatan perkongsian data, dsb."

Keperluan Baru Muncul terhadap Pengkomputeran Pinggir

Di sidang kemuncak berkenaan, Oliver Philippou, Pengarah Penyelidikan Bersekutu di IHS Markit, mengadakan pembentangan kepada hadirin antarabangsa Hikvision yang bertajuk "Kecerdasan Buatan – Prospek Semasa dan Masa Depan untuk Pengawasan Video." Menurut Philippou, peningkatan bilangan kamera rangkaian dalam pasaran global terus menggalakkan pembangunan analitik video ke arah penumpuan – kepada sistem pinggir dan awan – yang memerlukan algoritma yang lebih baik dan pembelajaran mendalam bagi menyediakan ketepatan maksimum.

Dr. Shiliang Pu, Presiden Institut Penyelidikan Hikvision, berkongsi kemudahan penyelidikan AI, kemajuan penting dan pencapaian syarikat sejak beberapa tahun lalu. Dr. Pu menekankan kelebihan persepsi pinggir dan kebolehannya untuk menghasilkan kognisi berbilang lapisan bagi memperkasa aplikasi AI.

Ia merupakan usaha sama pelbagai penyedia bagi tujuan membina ekosistem AI ini. Hikvision berbesar hati kerana tiga rakan kongsi strategiknya – Intel, Milestone Systems dan AxxonSoft – memberikan ucapan dasar dalam sesi sidang kemuncak tentang perkongsian bersama dan bagaimana AI mengubah ekosistem rakan kongsi.

Untuk mendapatkan sekilas imbasan mengenai Sidang Kemuncak Dunia Awan AI Hikvision, sila klik di sini bagi menonton video menarik.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian pengawasan video yang inovatif. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) paling mantap dalam industri, Hikvision memajukan teknologi-teknologi teras pengekodan audio dan video, pemprosesan imej video dan storan data berkaitan, serta teknologi-teknologi berpandangan jauh seperti pengkomputeran awan, data besar dan pembelajaran mendalam. Selain industri pengawasan video, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Sentiasa berusaha mencipta nilai untuk pelanggannya, Hikvision mengendalikan 33 subsidiari serantau di seluruh dunia bagi mencapai kehadiran global yang sebenar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com .

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180404/2096388-1

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Trade show news Data Analytics