omniture

Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-21 bakal Kembali pada 2019

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
2018-04-11 10:00 907

SHANGHAI, 11 April 2018 /PRNewswire/ -- Hortiflorexpo IPM Shanghai kali ke-21 bakal kembali pada 20-22 April 2019 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (Dewan W2-W5) dengan keluasan pameran berukuran 50,000 meter persegi.

Dengan usaha pemupukan intensif selama lebih 20 lebih tahun, Hortiflorexpo IPM Shanghai secara rasminya merupakan pameran perdagangan terbesar di Asia untuk industri hortikultur, florikultur dan perkebunan.

Pada tahun 2019, pameran hebat ini akan kembali pada 20-22 April di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (Dewan W2-W5) dengan keluasan pameran berukuran 50,000 meter persegi, membawakan pilihan pameran bermula dengan bunga/daun keratan, benih/anak benih/bebawang, bahan-bahan florikultur, tumbuhan pasu, tumbuhan hiasan, tumbuhan sukulen, taman rumah, bahan-bahan untuk penjual bunga, tumbuhan buatan, bahan-bahan hortikultur, baja, penyelesaian nutrien, substrat, bekas tumbuhan, kawalan serangga, kemudahan rumah hijau dan bahan-bahan sokongan, kultur tisu, pengairan, internet komunikasi pertanian, kewangan pertanian, jentera/alat taman, anak pokok, benih rumput, lanskap taman, bahan-bahan lanskap, lakaran lanskap, perabot taman, pandangan air dan penghijauan vertikal.

Di Hortiflorexpo IPM Shanghai kali ke-19 pada tahun 2017, keluasan pameran tersebut mencecah 40,000 meter persegi, dengan lebih 800 syarikat yang ternama dari 30 negara dan wilayah dari serata Belanda, Jerman, Perancis, Itali, UK, Australia, Belgium, Poland, Denmark, Sweden, AS, Kanada, Israel, Lithuania, Estonia, Ecuador, Colombia, Afrika Selatan, Etiopia, Kenya, UAE, Jepun, Korea Selatan, Thailand, India, Tanah Besar China, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Wilayah Taiwan China mengadakan pameran. Sembilan Astaka dari Belanda, Perancis, Jerman, Ecuador, Colombia, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Wilayah Taiwan China turut mengadakan pameran. Semasa acara sepanjang tiga hari itu berlangsung, terdapat seramai 31,264 hadirin dari 57 negara dan wilayah turut serta bagi menikmati pameran tersebut.

Sementara itu, pelbagai pilihan aktiviti seperti forum, seminar, pertunjukan gubahan bunga, lawatan lapangan akan diadakan semasa pameran tersebut. Usaha-usaha khas akan dijalankan bagi memastikan semua jabatan kerajaan yang berkaitan, persatuan, syarikat dan rakan media akan turut hadir. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan kehadiran pakar industri serta individu berpengaruh, anda akan memperoleh pandangan jelas tentang trend dasar Cina serta pembangunan pasaran yang terkini dan juga peluang perangkaian penting.

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan pasaran Cina, atau ingin meluaskan operasi anda dengan jayanya di sini, anda tidak seharusnya melepaskan faedah-faedah yang ditawarkan oleh platform komunikasi penting ini dalam mewujudkan penembusan yang lebih hebat ke dalam China. Anda dialu-alukan dengan penuh mesra untuk mengambil bahagian dalam Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-21 dan merebut peluang perniagaan anda.

Sila hubungi Shanghai Intex Exhibition Co Ltd bagi pendaftaran dan permintaan reruai.

Laman sesawang rasmi:  www.hfexpo.org
E-mel: wanqi@shanghai-intex.com; dongxinyi@shanghai-intex.com

Wechat: hfexpo

Xinyi Dong, +86-21-62957551, dongxinyi@shanghai-intex.com  

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Home Improvement Trade show news Future Events