omniture

PHNIX Berjanji Lancarkan Lebih Banyak Produk Air Panas Pam Haba Baharu di Asia Tenggara Demi Penuhi Permintaan Pengguna

Guangdong PHNIX Eco-Energy Solution Ltd.
2018-04-12 14:59 987

GUANGZHOU, China, 12 April 2018 /PRNewswire/ -- Ekoran peningkatan permintaan yang tinggi dari Asia Tenggara terhadap produk air panas pam haba PHNIX sejak enam bulan lalu, PHNIX, pengeluar pam haba utama di China, mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan lebih banyak produk baharu dan sumber sokongan pasaran di Asia Tenggara. Peter Wang, Timbalan Pengurus Besar yang bertanggungjawab terhadap perniagaan luar negara global PHNIX, menyatakan bahawa PHNIX membangunkan siri-siri produk pam haba air panas baharu yang direka khusus untuk pasaran Asia Tenggara, yang bakal diperkenalkan dalam HVACR Vietnam akan datang.

Kepelbagaian pam haba air panas PHNIX baharu di Asia Tenggara tahun ini adalah hasil daripada aplikasi produk matang PHNIX yang menggabungkan pengalamannya dalam pasaran Cina dan pasaran Eropah, khususnya berdasarkan ciri-ciri iklim dan tabiat pengguna Asia Tenggara.

The applications of PHNIX hot water heat pump in China.
The applications of PHNIX hot water heat pump in China.

Penyelesaian air panas pam haba PHNIX telah mencapai kejayaan besar di negara-negara seluruh Asia Tenggara sejak beberapa tahun lalu. Permintaan dari Indonesia, India dan Vietnam baru-baru ini meningkat dengan ketara, menerusi kedua-dua Siri HeatPlus PHNIX dengan COP setinggi 4.68 dan Siri HeatSpring dengan suhu keluar setinggi 65°C  khususnya mendapat permintaan tinggi, menurut En. Troy Wang, pengurus produk PHNIX.

Latar Belakang Pam Haba HeatSpring PHNIX 

Suhu keluar setinggi 65°C  Siri Pam Haba HeatSpring PHNIX boleh menghasilkan air keluar yang berterusan pada suhu setinggi 65°C dengan mengedarkan pemanasan, manakala kebanyakan pemanas air domestik dalam pasaran tempatan hanya dapat mencapai suhu 55°C. Suhu keluar setinggi 65°C dapat meningkatkan bekalan jumlah air panas sebanyak 30%.

Pengumpul Solar + Pam Haba PHNIX Buat pengguna yang kini terganggu dengan bekalan air panas yang tidak stabil pada sistem pemanas solar mereka, sistem revolusioner yang mudah dipasang ini boleh menjadi penyelesaian yang ideal. Ia dapat menjamin bekalan air panas berkos rendah yang banyak secara cekap dan tekal. Memanfaatkan tenaga haba daripada matahari dan air, sistem inovatif ini membantu meningkatkan prestasi dengan hebat.

Latar Belakang PHNIX

PHNIX, pengeluar terkemuka bagi pam haba di China, ialah sebuah perusahaan antarabangsa yang mengkhusus dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk pam haba dan juga penyelesaian yang menjimatkan tenaga. Hampir 50% daripada produk PHNIX dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan pasaran-pasaran luar negara yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang PHNIX dan produk-produknya, sila layari www.phnix-e.com

Maklumat Perhubungan

John Zhu
+86-20-39067742
john_zhu@phnix.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180411/2102118-1

Source: Guangdong PHNIX Eco-Energy Solution Ltd.
Keywords: Oil/Energy Utilities