omniture

Medtec Japan 2018 bakal Diadakan mulai 18 - 20 April di Tokyo, Jepun

UBM Japan Co., Ltd.
2018-04-16 09:16 650

TOKYO, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Pameran dan persidangan yang terbesar di Asia khusus untuk industri Reka Bentuk dan Pengilangan Peralatan Perubatan, "Medtec Japan 2018" bakal diadakan di Tokyo mulai 18 - 20 April 2018.

 

Conference from Medtec Japan 2017
Conference from Medtec Japan 2017

 

Floor image from Medtec Japan 2017
Floor image from Medtec Japan 2017

 

Floor image from Medtec Japan 2017
Floor image from Medtec Japan 2017

Lebih 560 pempamer dari kira-kira 25 negara seluruh dunia akan mempamerkan teknologi dan perkhidmatan terkini mereka di Jepun, iaitu pasaran peralatan perubatan yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Dengan penduduk yang semakin pantas meningkat usia dan peningkatan permintaan terhadap rawatan yang semakin sofistikated, industri peralatan perubatan ialah salah satu daripada sebilangan sektor yang telah menyaksikan pertumbuhan yang berterusan dan mantap.

Lebih 35,000 pengunjung dijangka menghadiri acara ini dari hampir 30 negara, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, negara-negara ASEAN, China, Korea dan banyak lagi. Medtec Japan ialah acara yang mendapat sasaran tinggi, dengan lebih 60% pengunjung terdiri daripada pengeluar peralatan perubatan. Antara mereka yang hadir ialah pembeli-pembeli dan kakitangan penyelidikan & pembangunan (R&D) dari syarikat-syarikat seperti Terumo Corporation, Olympus Corporation, OMRON Corporation, Panasonic Healthcare Co., Ltd., Nipro Corporation, JMS Co., Ltd., HOYA Corporation, Hitachi Aloca Medical, Ltd., Canon Medical Systems Corporation, Sysmex Corporation, FujiFilm Corporation dan Toray Medical Co., Ltd.,

Medtec Japan Terdiri Daripada Sebelas Kawasan Khusus:

-    Kawasan Teknologi Plastik 
-    Kawasan Pemprosesan Logam & Perkakas Mesin
-    Kawasan Pengurusan dan Pemeriksaan
-    Kawasan Teknologi Pemprototaipan Pesat dan CAD/CAM
-    Kawasan Pempakejan
-    Kawasan Rawatan/Pemprosesan Permukaan
-    Kawasan Pensijilan / Perunding 
-    Kawasan Teknologi Bionik
-    Kawasan Keselamatan
-    Kawasan Pengurusan Dokumen dan Linguistik
-    Kawasan Teknologi dan Kemudahan Bersih

Medtec Japan ditempatkan bersama-sama empat pameran lain:

-    ElectroMED Jepun

(IC, Sensor, Pemproses, EDA, Teknologi Laser, Bateri, Kuasa/Penyesuai, Kamera, Monitor, teknologi MEMS, Antara Muka Grafik, Motor, sinar-X, CT, MRI dsb.)

-    Kesihatan Pintar Jepun

(Peranti boleh pakai, Aplikasi, Perisian, OS, Perkakasan Antara Muka, Hiburan Kesihatan, teknologi tanpa wayar, peralatan telekomunikasi, pembawa dsb.)

-    Kit Ujian Jepun

(Produk siap/Teknologi pengilangan dan komponen/bahan untuk Kit Ujian seperti Kit Ujian Darah, Kit Ujian Selesema, Kit Ujian Alahan, Kit Ujian STD, Kit Ujian Kanser, Kit Ujian DNA Test dsb.)

-    Ekspo Robot & Peranti Penjagaan/Kebajikan

(Mengeluarkan dan membangunkan Robot/Mesin sokongan Penjagaan, robot komunikasi, rehabilitasi dan peranti kebajian dsb.)

Masuk percuma untuk pengunjung yang membuat prapendaftran dalam talian. 
https://www.medtecjapanreg.com/2018/form.cgi?lang=en

Medtec Japan 2019 bakal diadakan di Tokyo mulai 18 – 20 Mac 2019. 
Tempahan pempamer untuk tempahan reruai boleh dibuat mulai 23 April 2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2102192-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2102192-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2102192-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180412/2102192-1LOGO 

Source: UBM Japan Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news