omniture

Silot Peroleh Pembiayaan Pra-Siri A daripada Pelabur-pelabur Utama

Silot Pte Ltd
2018-04-16 10:11 776

SINGAPURA, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Silot Pte. Ltd. (dikenali sebagai Silot) hari ini mengumumkan tentang kejayaan penyelesaian pembiayaan pra-siri A. Silot berjaya mengumpul sebanyak 2.87 juta USD daripada Arbor Ventures dan Eight Roads Ventures. Pembiayaan ini adalah susulan daripada hanya sembilan bulan setelah pusingan pembiayaan peringkat awal daripada ZhenFund, yang merupakan pelaburan pertama oleh pelabur persendirian itu di Asia Tenggara.

Pasukan Silot
Pasukan Silot

Arbor Ventures, dikenali ramai sebagai dana usaha niaga bertumpu teknologi kewangan (Fintech) yang terbesar di Asia, disokong oleh pelabur dan jaringan strategik korporat yang penting. Eight Roads Ventures ialah cabang pelaburan proprietari Fidelity International Limited. Silot dipilih dengan teliti oleh pasukan pelaburan kanan Eight Roads Ventures dan merupakan salah satu daripada sebilangan syarikat baharu tahap awal luar biasa yang terpilih untuk pelaburan ini. Pembiayaan pra-Siri A ini akan dijalankan khususnya untuk mendorong peluasan Silot di Thailand, Malaysia, Hong Kong serta pasaran-pasaran lain di rantau ini.

Wei Hopeman, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan Arbor Ventures berkata: "Pasukan Silot mempunyai pengetahuan pasaran yang mantap dan kebolehan untuk terlibat dan bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan ternama melalui penyelesaian hujung-ke-hujung dan penyepaduan teknologinya. Kami percaya Silot akan memainkan peranan penting dalam pembangunan yang pesat berkembang dan dinamik melibatkan pembayaran mudah alih dan penggunaan teknologi baharu di Asia Tenggara dan berkemungkinan di seluruh dunia."

"Keluasan kepakaran jaringan dan industri oleh Arbor Ventures dan Eight Roads Ventures akan memberikan Silot dengan kelebihan untuk penaiktarafan dan pertumbuhan teknologi pada masa depan," kata En. Andy Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Silot. Sebelum menubuhkan Silot, Andy memimpin peluasan global firma-firma teknologi unggul seperti Baidu, Sohu, SEA Group dan Kingsoft. "Dengan produk dan teknologi menjadi terasnya, Silot menerima revolusi tanpa tunai dengan membangunkan ekosistem Fintech secara aktif yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan pelbagai kepada banyak institusi."

Memperkasa Institusi Kewangan dengan menghubungkan silo legasi dengan Data Besar dan AI

Dalam tahun-tahun akan datang, teknologi akan memainkan peranan yang lebih besar dalam perkhidmatan kewangan, dengan Institusi-institusi Kewangan (FI) semakin banyak melabur dalam transformasi digital. Teknologi kewangan (Fintech) telah meraih populariti, mengubah atau menggantikan mekanisme perbankan konvensional, yang seterusnya merangsang pertumbuhan pesat dan pelaburan dalam Fintech. Pelaburan dalam Fintech di Singapura mencecah S$83.3 juta pada suku kedua tahun 2017, menurut KPMG. Bagi mengekalkan daya saing dalam tempoh jangka panjang dan agar dapat beradaptasi dengan keperluan dan tingkah laku pelanggan yang berubah-ubah, penting untuk FI menaik taraf infrastruktur perbankan semasa mereka.

Silot menyediakan platform perbankan sehenti yang memperkasa inovasi serta mempercepatkan pertumbuhan institusi-institusi kewangan melalui produk Fintech yang menetapkan penanda aras dan proprietari. Silot menghubungkan silo pembayaran, penyepaduan, operasi dan Anti-Penipuan / Anti-Pengubahan Wang Haram (AF/AML).

Dalam tempoh kurang daripada setahun, pasukan Silot melanjutkan Platform Perbankan Silot proprietari kepada bank-bank di Thailand dan Malaysia serta berjaya menarik minat rakan-rakan kongsi yang wajar diperhatikan seperti Krungsri Bank dan Visa, seraya membolehkan transaksi saudagar dengan pengenalan keselamatan terbukti dan perniagaan yang pantas. Platform Perbankan Silot (SBP) memperkasa institusi-institusi kewangan dengan menyediakan tiga komponen utama:

  • Enjin Pembayaran Silot - Enjin pembayaran seragam yang menyokong kaedah-kaedah pembayaran utama (kedua-dua pembayaran kad legasi & pembayaran mudah alih baharu) dalam pasaran.
  • Suit Saudagar Silot - Platform penyepaduan dan pengurusan saudagar seragam yang boleh digunakan oleh saudagar merentasi kesemua saluran pembayaran.
  • Silot Guardian - Sistem Anti-Penipuan dan Anti-Pengubahan Wang Haram seragam yang dibangunkan untuk melindungi aktiviti-aktiviti penyepaduan dan transaksi dalam semua saluran pembayaran.

SBP disokong oleh penyelesaian rantaian blok Silot Connect, yang memperkasa bank, rakan kongsi dan Silot sendiri menerusi perkongsian data yang terjamin serta ekosistem kewangan inklusif yang dapat mengurangkan dengan ketara kos pengendalian dalam ketekunan wajar dan KYC. Data yang dikumpul oleh SBP seterusnya boleh digunakan bagi mengenal pasti peluang-peluang pinjaman kewangan dan risiko-risiko dalam perusahaan-perusahaan bersaiz kecil dan sederhana.

Untuk editor

Latar Belakang Arbor Ventures

Arbor Ventures ialah sebuah firma modal usaha niaga tahap awal global yang menumpu pada pembentukan cara dunia menjalankan transaksi dengan melabur dalam syarikat-syarikat tahap awal antara perkhidmatan kewangan, data besar dan perdagangan digital, melalui jalinan kerjasama dengan pengasas luar biasa dan mempercepatkan pertumbuhan Teknologi Kewangan (FinTech) generasi seterusnya, yang dibantu oleh rangkaian strategik yang hebat. www.arborventures.com

Latar Belakang Eight Roads Ventures

Eight Roads Ventures ialah cabang pelaburan proprietari Fidelity International Limited (FIL) dan rakan-rakan kongsi bersama syarikat-syarikat berkualiti tinggi yang mengalami pertumbuhan tinggi dalam pelbagai jenis sektor. Eight Roads menyediakan penetapan minda pelaburan jangka panjang, jaringan sumber yang hebat serta pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli profesional pelaburan dengan rekod kejayaan terbukti. Pelaburan-pelaburan termasuk Alibaba, Akulaku, BankBazaar, Early Salary, Icertis, Manthan Systems, Netmagic, Northern Arc Capital dan Securonix. www.eightroads.com

Maklumat Perhubungan Awam
Helena Ma
Sokongan Perhubungan Awam Silot
Emel: pr@silot.ai

Layari http://www.silot.ai untuk mengakses lebih banyak maklumat tentang produk, pasukan, pembiayaan dan berita lain daripada syarikat.

Latar Belakang Silot

Diasaskan pada Mac 2017, Silot ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang berpangkalan di Singapura yang memperkasa institusi-institusi kewangan dengan kecekapan & keupayaan generasi seterusnya dengan menghubungkan data dan fungsi silo menerusi penggabungan antara AI dan Rantaian Blok. Silot mempelopori pembangunan platform perbankan yang diselaraskan yang membantu institusi-institusi kewangan di Asia Tenggara menghimpunkan Pembayaran, AF/AML, Penyepaduan dan Operasi Perbankan. www.silot.ai

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180414/2104620-1

Source: Silot Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financing agreements Financial Technology