omniture

Herbalife Lancar Pusat Perkhidmatan Bersekutu Asia Pasifik di Malaysia untuk Menyokong Permintaan Pemakanan yang Semakin Berkembang di Nusantara

Herbalife Asia Pacific
2018-04-17 16:05 880

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 April 2018 /PRNewswire/ -- Dengan tujuan menjadikan penduduk dunia lebih sihat dan ceria, syarikat nutrisi global utama, Herbalife, hari ini secara rasmi melancarkan Pusat Perkhidmatan Bersekutu Asia Pasifik (SSC) yang pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Beroperasi di dua tingkat di Horizon 2, Bangsar Selatan Kuala Lumpur, SSC yang baru ini merupakan pusat kelima yang akan dilancarkan secara global sebagai sebahagian daripada strategi Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBSC) Herbalife, menempatkan lebih 100 pekerja bagi menyokong permintaan nutrisi yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, dan di seluruh dunia.

CEO Herbalife Rich Goudis (tengah), di pelancaran Pusat Perkhidmatan Bersekutu Asia Pasifik terbaru, bersama pegawai Herbalife dan tetamu termasuk Dato’ Ng Wan Peng, COO, MDEC (kiri Goudis); Lim Bee Vian, Pengarah Eksekutif Perancangan Strategik (Perkhidmatan), MIDA (kanan Goudis); Stephen Conchie, Naib Presiden & Pengarah Urusan, Herbalife Asia Pasifik (ke-5 dari kiri, baris ke-2) dan Dean Thompson, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia (ke-3 dari kanan, baris depan)
CEO Herbalife Rich Goudis (tengah), di pelancaran Pusat Perkhidmatan Bersekutu Asia Pasifik terbaru, bersama pegawai Herbalife dan tetamu termasuk Dato’ Ng Wan Peng, COO, MDEC (kiri Goudis); Lim Bee Vian, Pengarah Eksekutif Perancangan Strategik (Perkhidmatan), MIDA (kanan Goudis); Stephen Conchie, Naib Presiden & Pengarah Urusan, Herbalife Asia Pasifik (ke-5 dari kiri, baris ke-2) dan Dean Thompson, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia (ke-3 dari kanan, baris depan)

"Pusat Khidmat Bersekutu yang baru ini terletak berdekatan dengan majoriti tapak operasi ahli syarikat di Asia Pasifik dan memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan berterusan perniagaan nutrisi di rantau ini," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Herbalife.

SSC yang terbaru di Kuala Lumpur bersama dengan pusat-pusat lain di seluruh dunia iaitu di Guadalajara, Mexico; Queretero, Mexico; Krakow, Poland; dan Bangalore, India, mempunyai matlamat untuk memperkemaskan operasi perniagaan, menyeragamkan piawaian perkhidmatan dan meningkatkan kemampanan perniagaan nutrisi Herbalife yang semakin berkembang. SSC Kuala Lumpur mempunyai pasukan yang mahir dan mampu bekerja di seluruh lokaliti dalam apa jua pengkhususan untuk memacu peningkatan kecekapan perniagaan serta keberkesanan kos untuk operasi yang lebih lestari dalam jangka masa yang panjang bagi menyokong operasi belakang tabir seperti kewangan dan perakaunan, sumber global, teknologi maklumat, amalan perniagaan ahli dan pematuhan serta Teknologi dan Strategi Ahli (MTS).

"Pelancaran Pusat Khidmat Bersekutu Herbalife di Kuala Lumpur, memberi kelebihan dan keupayaan untuk memberikan khidmat balas dengan lebih pantas serta memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada ahli dan pelanggan di seluruh rantau ini," kata Neil Spiers, Naib Presiden Perkhidmatan Perniagaan Global, Herbalife.

Dengan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia, kos persaingan yang kompetitif, ditambah pula dengan tenaga kerja yang  mahir, serta kekuatan pemasaran dan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat, Kuala Lumpur telah mendapat reputasi sebagai salah sebuah hab perniagaan terbaik di rantau ini. Kotaraya ini menempatkan lebih daripada 250 perusahaan asing dan multinasional, juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menghadapi cabaran perniagaan moden masa kini yang semakin meningkat, termasuk Herbalife.

Latar belakang Herbalife 

Herbalife adalah sebuah syarikat nutrisi global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih ceria. Syarikat kami telah melaksanakan misi untuk nutrisi - mengubah kehidupan orang ramai dengan produk dan program nutrisi yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama dengan ahli bebas Herbalife, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah nutrisi yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan peningkatan dalam keusahawanan bagi semua peringkat umur. Kami menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakan dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh syarikat kami, bimbingan khusus secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife, dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.

Produk nutrisi, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri disediakan secara eksklusif bagi ahli-ahli Herbalife yang berdedikasi di lebih daripada 90 buah negara.

Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat kami, Herbalife menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife untuk membantu memberikan nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukannya. Kami juga berbangga untuk menaja lebih daripada 190 orang atlet bertaraf dunia, pasukan dan acara di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai pasukan Olimpik.

Syarikat ini mempunyai lebih daripada 8,000 kakitangan di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira AS $4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Herbalife juga menggalak para pelabur untuk melayari laman web pelaburannya di ir.herbalife.com bagi maklumat kewangan dan kemaskini baru, selanjutnya.

Pertanyaan Media:

Herbalife Asia Pacific
Daliea Mohamad-Liauw
VP, Corporate Communications, Asia Pacific 
DID: +852-3589-2643
Email: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180416/2105694-1

Source: Herbalife Asia Pacific
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Expansion